Cinta ILAHI Cinta Utama

Thursday, November 23, 2006

Ujian Hidup

Kadang-kadang hidup ini sukar untuk kita jangkakan…banyak persoalan2 hidup yang kita masih tercari2 jawapannya….dan selalunya semasa kita dilanda ujian,musibah,kehilangan yang tersayang atau dalam kesedihan…..selalunya yang sering bermain di minda….kenapa kita?bukan orang lain?kenapa kita yang sering diuji?kenapa orang lain bahagia sedangkan aku tidak?..kenapa itu..kenapa ini…
Firman ALLAH Taala:
ام حسبتم أن تدخلواالجنة ولما يأتكم مثلو الذين خلوا من قبلكم.............
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga ,padahal belum datang kepadamu(cubaan)sebagaimana halnya orang2 yang terdahulu sebelum kamu?…
( Al-Baqarah: 214)
Ingatlah…tidak dinamakan sebagai manusia jika kita tidak diuji,ujian dan dugaan itu untuk melihat sejauh mana tahap keimanan kita sebagai seorang hamba,untuk melihat sejauh mana kesabaran kita dan adakah kita sentiasa berbaik sangka atau tidak dengan DIA?
Apa yang sering dilihat,jika dalam kesedihan,putus asa atau kecewa,kita sering kali menyangka bahawa tiada siapa yang memahami kita,tiada siapa yang pedulikan kita,kita berburuk sangka pada orang lain….kita selalu pekakkan telinga,butakan mata,selalu merasakan bahawa orang lain tidak merasai apa yang kita rasakan,rasa tidak punya sesiapa…..padahal jika kita celikkan mata,luaskan minda…masih ada yang menyayangi..masih ada yang sudi mendengar…masih ada yang memahami….namun kita ego…segala masalah dipendam dan kita menjadi seorang pedendam dengan telahan-telahan kita sendiri…..kita masih "terikat" dengan peristiwa-peristiwa lama yang berlaku atas diri kita….jadi kita menjadi seorang yang takut untuk mencuba,takut gagal,takut kecewa…takut serba serbi…..
Kenapa perkara ini berlaku kepada kita?sikap tidak percaya pada orang lain dan yang paling teruk pada diri kita sendiri….perkara ini pernah terjadi pada saya,disaat2 kecewa..rasanya semuanya sudah berakhir dalam kehidupan…menjadi seorang yang terlalu pesimis,merasakan semua orang disekeliling tidak memahami…namun rupa-rupanya saya silap…masih ada yang sayang…masih ada yang sudi mendengar luahan hati saya….kenapa terlalu lambat untuk saya melihat semua itu,atau adakah saya selama ini nampak tetapi berpura2 tak nampak?
Semua yang berlaku adalah kesilapan kita menafsir….bila kita memikirkan sesuatu itu positif maka ia akan menjadi positif..begitu juga sebaliknya..dan yang paling penting…kita masih punya ALLAH Yang Maha Mendengar…Yang Maha Penyayang….
Jangan kerana kebutaan kita menilai sesuatu..kita kehilangan sesuatu yang amat berharga….jangan kerana kita asyik mengejar "kaca",kita kehilangan "mutiara"..luaskan minda…celikkan mata……
Kadang-kadang apa yang berlaku pada diri kita kerana kita selalu ingin menjadi sempurna di mata manusia…sempurna dalam serba serbi…bila orang kata begitu,maka begitulah yang kita akan buat,jika orang kata begini maka beginilah yang kita akan buat…namun kita lupa..kita lupa untuk menjadi "sempurna" pada pandangan ALLAH….yang sepatutnya pandangan inilah yang patut kita dahulukan.
Firman ALLAH Taala:
ولا تهنوا ولا تحزنواوأنتم الأعلمون ان كنتم مؤمنين
Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati,padahal kamulah orang2 yang paling tinggi (darjatnya),jika kamu orang-orang yang beriman.
(Ali-Imran:139)

Disini saya petik kata2 dalam buku "Jangan Bersedih:Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia" karya Dr.Aidh bin Abdullah al-Qarni (buku ini hadiah dari seorang sahabat yang memahami )
" Jadilah seperti pohon kurma,tinggi cita-citanya,kebal dari penyakit dan dilempar batu ia membalas dengan buahnya.
Pernahkah engkau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu dapat mengembalikan kenangan di masa lalu dan sesungguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan.Maka dari itu mengapa kau harus bersedih dan merasa gelisah?
Hapuskanlah air matamu dengan berprasangka baik kepadaNYA..Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat ALLAH kepadamu.
Ingatlah..bahawa sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengampuni orang yang beristighfar,Maha Pemberi taubat atas sesiapa saja yang bertaubat dan menerima orang yang kembali kepadaNYA.
Tidak..anda tidak akan mengingat musibah yang berlalu,bencana yang sudah silam atau kekeliruan yang pernah dialami."
Kebahagiaan itu milik kita,milik semua orang….Cuma masing-masing meletakkan bahagia itu atas definisi yang berbeza-beza….ada yang mengatakan bahagia itu bila memiliki wang yang banyak,pada harta yang bertimbun,isteri yang cantik,pangkat yang besar..ada juga yang mengatakan bahagia itu pada kesihatan yang baik,ketenangan hati,isteri yang solehah……Cuma pandai2lah kita menjaga kebahagiaan kita…Pada saya bahagia itu jika kita menjadi hambaNYA yang baik,meninggalkan segala larangan dan lakukan apa yang disuruh,maka kebahagiaan itu milik kita..InsyaALLAH……