Cinta ILAHI Cinta Utama

Wednesday, November 29, 2006

Carilah Keredhaan Mereka




Kasih saudara tika berada,
Kasih ibu bawa ke syurga.


Kata-kata diatas menggambarkan kasih sayang seorang ibu yang tiada tolak bandingnya.Mereka yang sanggup berkorban kebahagiaan diri untuk melihat anak-anak hidup sempurna.Ibu yang bersusah payah mengandungkan kita selama sembilan bulan,menyusu,membesarkan dan mendidik anak-anaknya.

Ibu bapa adalah orang yang patut kita taat selepas ALLAH Taala dan Rasul.Malah di sebut dalam hadith keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan ibu dan bapa.Jika kita tidak mendapat keredhaan ibu bapa maka keredhaan ALLAH tidak bersama dengan kita.Subbhanallah…besarnya peranan ibu bapa terhadap kita.

Ada satu hadith yang begitu menyentuh perasaan saya dimana seorang sahabat Rasulullah bertanyakan kepada baginda siapa yang patut seorang manusia itu taati selepas ALLAH dan Rasul,maka baginda menjawab “ibumu”,kemudian siapa lagi,”ibumu”,kemudian siapa lagi?”ibumu” kemudian siapa lagi”ayahmu”.Ini menunjukkan peranan seorang ibu cukup besar.
Namun dalam dunia yang serba serbi canggih ini,dunia yang dikatakan global dan entah apa lagi ini,peranan seorang ibu semakin hari semakin dilupakan.Kasih sayang mereka sudah dipinggirkan dalam hati sang anak.Mereka dengan senang hati “menswastakan” ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua.Alasan yang diberikan sibuk dengan urusan kerja dan sebagainya.Mana sifat kemanusiaan mereka?
Dikaca-kaca televisyen dan didada-dada akhbar seringkali dipaparkan kisah ibu bapa yang hidup melarat atau terbiar.Sama ada mereka hidup dalam keadaan miskin atau dipinggirkan kerana sakit,terlalu uzur atau terlalu tua.Mereka ini ada yang menpunyai ramai anak tetapi tiada seorang anakpun yang mengambil berat terhadap mereka.Benarlah kata pepatah “Seorang ibu boleh menjaga sepuluh anak,tapi sepuluh anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu”.

Sayangilah ibu bapa kita..insyaALLAH kita akan mendapat kebahagiaan ALLAH dan kasih sayang ALLAH dunia dan akhirat.