Bila Anak Menjadi Tuan....
Alhamdulillah..kita baru sahaja meraikan Eid Mubarak baru2 ini setelah menjalani ibadat puasa selama sebulan...dan sekarang kita masih di bulan Syawal yang mulia....
Di waktu inilah sanak saudara berkumpul,saya kira yang paling gembira mestilah ibu dan ayah..dapat melihat dan berjumpa anak-anak yang tersayang setelah sekian lama 'berpisah'.Yelah...ada anak2 yang berpeluang berjumpa ibu dan ayah setahun sekali,setahun dua kali,ada juga yang berpeluang jumpa ibu dan ayah dua tiga tahun sekali.....
Saya hairan kalau anak-anak yang bekerja,berjawatan tidak boleh meluangkan masa cuti mereka untuk menjenguk ibu bapa mereka...kerana tidak timbul masalah kewangan disini..apa salahnya cuti yang ada diluangkan bersama ibu dan ayah yang kesepian di kampung..yang mengharapkan kepulangan anak-anak mereka,bukan menanti raya sahaja....
Lebih malang lagi jika anak-anak melupakan terus ibu bapa mereka setelah berhijrah ke bandar atau mendirikan rumah tangga..ibu dan bapa ditinggalkan hidup susah dan merempat...malah ada yang malu mengaku dan tidak mahu mengambil berat perihal ibu bapa mereka setelah berjaya dalam hidup...inilah sikap anak- anak derhaka pada hari ini...
Tersentuh hati membaca Mastika keluaran Oktober baru2 ini yang memaparkan sikap biadap anak2 muda kita hari ini terhadap ibu yang mengandung dan membesarkan mereka...malahan tanggang2 moden ini tanpa rasa bersalah sanggup memukul,menghina malahan sepak terajang sudah menjadi perkara biasa...ini agaknya yang dikatakan tanda2 kecil kiamat iaitu "anak-anak menjadi tuan dan ibu menjadi hamba"...
Sudah banyak contoh2 di depan mata bila mana ibu menjadi penjaga kepada cucu2,tetapi duit tidak diberikan,malah ibu diperlakukan seumpama pembantu rumah....
Bila dirasakan ibu bapa sudah dianggap 'tidak berguna'...si tanggang moden ini dengan rela hati menghantar ibu bapa mereka ke pusat jagaan warga tua....
Dalam Al-Quran dinyatakan" Janganlah kamu berkata 'uh'...."..kalau berkata uh sahaja sudah boleh dikatakan derhaka..maka perlakuan2 sedemikian semestinya lebih teruk dan buruk lagi....
Adakah perlakuan-perlakuan tanggang moden ini adalah salah ibu bapa yang mendidik atau mengabaikan didikan agama atau salah anak-anak itu sendiri??
Marilah kita sama-sama merenung diri kita..adakah kita boleh dikategorikan tanggang moden?..Nauzubillahiminzalik......minta-minta dijauhkan....
Teringat sebuah cerita dizaman Rasulullah s.aw..dimana seorang sahabat bernama Al-Qomah yang taat beribadah sepanjang hidupnya..namun mengalami kesukaran sewaktu hendak menghembuskan nafas yang terakhir gara2 membuat hati sang ibu tersinggung..malahan sang ibu tidak mengaku Al-Qomah adalah anaknya...Ya ALLAH...jauhkanlah kita dari perkara sebegini....
Berbuat baiklah kepada ibu bapa kita..tidak rugi..malahan kebaikan untuk kita dariNYA di dunia dan Akhirat.....tak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Salam Eidulfitri..Kullu 'Am Wa Antum Bikhair......
<< Home