Ramadhan Kareem....Ahlan Bik....
Tak berapa lama lagi.....bulan mulia yang di tunggu-tunggu umat ISLAM sedunia akan menjelma....bulan Ramadhan Al-Mubarak.....niat dihati nak sambut Ramadhan di tanah air...tapi perancangan ALLAH lebih teliti...saya akan menyambut bulan mulia ni di bumi anbiya' yang penuh barakah ni.....ini kerana saya perlu tasfiah untuk madah Al-Quran ...alhamdulillah...natijah dah kuar...dan semua subjek lulus...hanya Quran yang perlu diperbaiki...doakan moga saya najah insyaALLAH....dan disamping usaha yang berterusan...saya berusaha untuk mencintai Al-Quran...bukan sekadar mencintainya setakat "kulit" atau luaran sahaja...namun insyaALLAH berusaha untuk mendalami isi kandungannya...sama2 doakan k....
Cuba pujuk diri......lihat balik kisah-kisah sahabat RAsulullah s.aw....kisah2 pendakwah yang sememangnya tidak lari dari diuji dan diuji.....air mata sememangnya teman paling akrab...namun...untuk apa kalau terus bersedih....jika kita tidak bangkit dan tidak belajar dari kesilapan.....perancangan ALLAH tiada siapa yang tahu...dan kita manusia...hanya mampu merancang.....firman ALLAH yang banyak mengubati hati saya ketika ini adalah dari surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud
(( Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu,ALLAH mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahui.))
Bila fikirkan balik....banyak hikmahnya sambut Ramadhan Kareem disini...dimana penghayatan bulan puasa ini lebih baik dari di tanah air....lagi terasa...suasana yang sememangnya tidak dapat dirasai di tanah air....saya hanya merasai bulan puasa sekali sahaja semasa mula-mula datang ke Mesir dahulu...dan subhanALLAH....saya begitu terharu dengan sambutan bulan mulia ini oleh masyarakat Arab disini.....masjid Salam di Hayyu Asyir tempat saya solat terawih dipenuhi orang sampai ke tepi jalan....imam akan bacakan satu juzuk untuk satu malam dengan bacaan yang penuh syahdu.....dan masyarakat Arab yang kaya biasanya akan mengagih-agihkan air,Quran dan sebagainya untuk disedekahkan kepada para jemaah...semua berlumba-lumba untuk fastabiqul khairaat(melakukan kebaikan).....dan kami juga selalu dapat "hagah Ramadhan" yang biasanya terdiri dari makanan yang diagih-agihkan oleh mereka yang berkemampuan......disini juga...sebaik tiba bulan Ramadhan..akan didirikan khemah-khemah yang menyediakan makanan percuma untuk iftor-berbuka puasa...masyaALLAH....
Masyarakat Arab disini juga akan mengantungkan Fanus (seolah-olah tanglung tapi diperbuat dari besi,kat dalamnya ada api..atau dipasang lampu..atau semacam pelita tapi bersarung...mcm mana nak terangkan ek..) dirumah-rumah atau bangunan-bangunan atau dimana-mana sahaja sebagai meraikan kedatangan bulan mulia ini...cukup meriah...dan dimana-mana sahaja kita pergi..kita akan disapa dengan ucapan "Ramadhan Kareem" yang akan dijawab dengan "ALLAHU Akram"....situasi yang mana tak jumpa di Malaysia......sebagaimana yang kita semua maklum...masyarakat Arab sangat memuliakan bulan Ramadhan ini..bertepatan dengan ajaran ISLAM yang menyuruh kita memuliakan Ramadhan...bulan yang lebih baik dari seribu bulan...bulan Rahmah dan barakah....tetapi di Malaysia.....masyarakat kita terlalu taksub dengan Syawal...dengan Hari Raya Eidulfiri...sampaikan belum sampai dipertengahan puasa...lagu-lagu raya sudah dipasang...berlumba-lumba hendak pergi ke jualan murah...sampaikan ibadat yang wajib iaitu puasa dilupakan...terawih yang sunat apatah lagi.....
Belum masuk pengertian puasa yang sebenarnya...ramai diantara kita(termasuk saya juga)...masih kabur dengan istilah puasa itu...hanya puasa itu setakat menahan makan dan minum...tapi ada yang masih mengumpat..mengata...mencela....dan pelbagai lagi....masih dibuai hiburan-hiburan yang melampau.....seolah-olah Ramadhan ini tiada bezanya dengan bulan-bulan lain....
Marilah sama-sama muhasabah diri kita balik...supaya kita menjadi hambaNYA yang bersyukur...rebutlah peluang keemasan yang ALLAh bagi di waktu bulan Ramadhan ini dengan perbanyakkan amal dan ibadat....dan semoga kita semua beroleh malam Lailatul Qadar yang dinanti-nantikan oleh semua...insyaALLAH......
Ramadhan Kareem......ALLAHU Akram.....
<< Home