Cinta ILAHI Cinta Utama

Thursday, May 22, 2008

Pembatalan MoU Ke AL-Azhar-Agenda Tersembunyi?

Bila baca paper berkenaan pembatalan MoU antara Kerajaan Malaysia dengan Universiti AL-Azhar yang membabitkan pelajar-pelajar institusi tempatan (pelajar Muadalah)..hati terdetik..kenapa dan mengapa perkara ini berlaku....memang desas desus perkara ini sudah lama kedengaran..tapi bila kerajaan memutuskan untuk teruskan rancangan ini...timbul perasaan sedih dan kecewa dalam hati saya....
Mula-mula alasan yang diberi(seingat saya) adalah pelajar muadalah ini tidak berkualiti dari segi ilmu....hanya belajar setahun dua di AL-Azhar kemudian balik ke Malaysia...tidak fasih berbahasa Arab dan sebagainya....ini ada benarnya juga....tapi bila baca Harian Metro 22/5/2008 yang mengatakan kerajaan membatalkan MoU pelajar Muadalah ini ke AL-Azhar kerana pengajian ISLAM tidak laku dan peluang pekerjaan di MAlaysia adalah nipis...perasaan saya terusik....kenapa hanya kaitkan pelajar AL-Azhar?sedangkan kita tahu..pelajar agama di timur tengah bukan setakat AL-AZhar..tapi juga di Jordan,Syria dan lain-lain negara?
Persoalan yang timbul di fikiran saya juga adalah kenapa hendak mempersoalkan pelajar yang hendak menyambung pelajaran mereka di AL-Azhar sedangkan itu adalah pilihan mereka?Mereka tahu risiko yang akan mereka terima...umum mengetahui pengajaran dan pembelajaran di Azhar agak susah....namun masih ramai yang hendak melanjutkan pelajaran disini semata2 kerana ilmu.....disini adalah bumi anbiya' yang dikenali sebagai gedung ilmu....dan umum juga mengetahui Azhar adalah pusat ilmu-ilmu ISLAM sejak zaman berzaman......
Kenapa kerajaan tidak mansuhkan saja kursus-kursus agama di intitusi pengajian tempatan?jika tidak mahu pelajar melanjutkan pengajian di Azhar?dan mengapa AL-Azhar sahaja yang difokuskan?
Adakah kerana kerajaan mahu pelajar2 ini melanjutkan pengajian mereka di Al-Azhar cawangan Rembau yang diura-urakan sebelum ini? atau kerana ramainya pelajar keluaran AL-Azhar yang menentang mereka secara terang-terangan atau tidak?Adakah kerajaan lupa MoU ini sudah memakan puluhan tahun....kenapa sekarang???
Rezeki itu ada di mana-mana asalkan kita usaha...memang betul peluang pekerjaan bagi yang ambil agama adalah nipis kerana kerajaan sendiri yang banyak menutup peluang pekerjaan bagi golongan ini.....tapi jangan lupa...ramainya pemimpin di kalangan kerajaan sendiri adalah golongan mereka yang mengambil kursus agama ini...juga ramai bekas pelajar AL-Azhar termasuk Datuk Dr. Mashitah Ibrahim-Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri??

Adakah kerana ramainya pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Ust. Azizan Abd Razak(Menteri Besar Kedah),Tuan Guru Datuk Seri Ust Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan),Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Presiden PAS),Arwah Datuk Seri Haji Fadzil Noor(Bekas Presiden PAS) dan ramai lagi pemimpin pembangkang yang lain adalah dari keluaran AL-Azhar,maka kerajaan hendak menghentikan penghantaran pelajar muadalah ini ke AL-Azhar?

Disebalik keruntuhan moral dan sosial yang semakin membarah di Malaysia..kenapa hendak menyekat mereka yang hendak melanjutkan pelajaran dalam bidang agama?

Saya menyeru kepada kerajaan Malaysia supaya mengkaji balik pembatalan MoU ini...berilah peluang dan ruang kepada mereka yang mengambil pengajian agama ini...janganlah disekat,diugut,dihalau-(macam2 cerita yang kurang enak didengar dari asrama-asrama negeri tentang sikap pegawai kepada pelajar di asrama negeri.....)..apa yang kamu lakukan akan disoal dihadapan ALLAH kelak.......InsyaALLAH...



(( Kehidupan dunia dijadikan indah pada pandangan orang-orang kafir dan mereka memandang hina orang-orang beriman,padahal orang2 yang bertakwa itu adalah lebih mulia daripada mereka dihari kiamat.Dan ALLAH memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendakiNYA tanpa batas))
SUrah Al-Baqarah Ayat 212