Cinta ILAHI Cinta Utama

Tuesday, April 01, 2008

Sekadar Renungan...........

Saya pernah mendapat artikel ini dari seorang sahabat ketika di kolej dulu..bila baca balik ...tersentuh rasa hati.....sekadar renungan bersama..........

Jika kamu memancing ikan....
setelah
ikan itu terlekat dimata kail hendaklah
kamu mengambil terus ikan itu....
janganlah sesekali
kamu lepaskan ia semula ke dalam air
begitu sahaja.... kerana ia akan sakit
oleh kerana bisanya ketajaman mata kail
mu dan mungkin akan menderita selagi ia
masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu
memberi banyak pengharapan kepada
seseorang... setelah ia mula
menyayangimu hendaklah kamu menjaga
hatinya.... janganlah sesekali kamu
terus meninggalkannya begitu sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan
bersamamu dan mungkin tidak dapat
melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu....

Jika kamu menadah air
biarlah berpada, jangan terlalu
mengharap pada takungannya dan janganlah
menganggap ia begitu teguh.... cukuplah
sekadar keperluanmu.... Apabila sekali
ia retak.... tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula.... akhirnya ia
dibuang.... sedangkan jika kamu cuba
membaikinya mungkin ia masih boleh
digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang
terima lah seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa.... anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan
bukan mudah bagi kamu untuk
menerimanya.... akhirnya kamu kecewa
meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh
jadi hubungan kamu akan berterusan
hingga keakhirnya....

Jika kamu telah
memiliki sepinggan nasi... yang kamu
pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan.
Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba
mencari makanan yang lain.. Terlalu
ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak
boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu
dengan seorang insan... yang kamu pasti
membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu
berlengah, cuba membandingkannya dengan
yang lain. Terlalu mengejar
kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya
dan Kamu akan menyesal apabila dia
beralih arah.

Janganlah kau angkuh melaungkan... Si
dia kepunyaanmu...
Atau kau kepunyaan si dia ... Kerana
hakikatnya... Kita tidak pernah memiliki
sesiapa... Walau sekeping hati seorang
insan...
Tidakkah kau sedar... Hukum alam
menyatakan... Menyintai tidak semestinya
memiliki?...
Manusia pandai berpura... Berlakon di
pentas dunia... Dan bertopeng menutup
rahsia.. Tetapi hati... Tidak pernah
berdusta pada empunya... Tentang
perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar... Mungkin si dia
melafazkan... Ungkapan cinta padamu...
Tetapi hati dan perasaannya... Tidak
pernah berniat begitu... Dia hanya
berselindung... Di sebalik sejuta
alasan...Dan kau... Begitu jujur dan
setia menyintainya.. Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan.. Menyintai tidak
bermakna memiliki..
Sesungguhnya... "Aku tidak pernah
memiliki dirimu..." "Dan kaunjua tidak
memiliki diriku."
Mengertilah... Kita sebenarnya
kepunyaan.. Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri
kita... Kecuali Dia... Dia mengasihi
hambaNya...Dia memiliki hambaNya... Dan
ke pangkuan Dia kita akan dikembali.