Cinta ILAHI Cinta Utama

Wednesday, March 19, 2008

Salam Maulidur Rasul......

Selawat dan salam buat junjungan yang mulia.....Rasulullah S.a.w....qudwah hasanah dan rahmatul lil alamin.....

Mungkin apabila ditanyakan pada kita...cinta atau tidak kita pada Nabi Muhammad s.a.w...lantas tanpa berfikir panjang..kita akan mengatakan bahawa kita cinta pada baginda...tapi apakah amalan2 yang menunjukkan kita cinta padanya?

Antara perkara yang menunjukkan kita cinta pada baginda adalah...

1) Mentaatinya

2) Memperbanyakkan selawat ke atas baginda s.a.w

3) Mengambil berat tentang hal ehwal umat ISLAM

4) Mematuhi segala perintah dan menjauhi larangan ALLAH dan RAsulNYA

5) Memperbaiki kemasyarakatan,perniagaan,akhlak,undang2 dan sebagainya selaras yang dituntut ISLAM.

6)Hendaklah kita memahami ISLAM adalah agama yang syumul-merangkumi semua aspek kehidupan

7) Menggantikan perkara yang salbiyah( negatif) dengan ijabiyah (positif).

8) Menjaga solat

9) Menggantikan budaya barat yang rosak dengan budaya ISLAM


Mungkin ada lagi amalan atau perkara2 yang boleh diamalkan untuk menyatakan kita cinta pada RAsulullah s.a.w...namun ini yang saya dapat nyatakan disini....

Tahniah...alfun mabruk buat kerajaan Barisan Rakyat Kelantan,Kedah,PeraK,Selangor dan Pulau Pinang.....ALLAH bersama2 di pihak yang benar...insyaALLAH....

Moga Kepimpinan di bawah Barisan RAkyat ini ALLAH lindungi dari penyakit cintakan kekuasaan dan kemewahan....dan bersama2 dengan rakyat membawa perubahan yang positif untuk kebaikan semua...insyaALLAH......


Salam Maulidur RAsul buat semua...perbanyakkan selawat kita pada Baginda s.a.w...insyaALLAH....