Cinta ILAHI Cinta Utama

Wednesday, February 20, 2008

Selamat Berjuang Semua.....

Tak berapa lama lagi.....negara kita nak menghadapi sesuatu yang penting..apa lagi kalau bukan pilihanraya....bila dah semakin dekat nak mengundi ni(8/3/2008)..maka bermulalah cerita2 yang bermacam2..ada yang sedap didengar..ada yang tak sedap didengar..tapi pada saya..banyak yang tak sedap didengar......moga tidak adalah perkara2 yang elok terjadi..maklumlah..masing2 nak meraih undi..jadi menggunakan pelbagai taktik....harap-harap semuanya menggunakan saluran yang betul dan cara yang betul....
Pada mereka yang layak mengundi..jangan lupa pergi mengundi..ini adalah tanggungjawab kita...undilah yang boleh membawa kebaikan pada kita dunia dan akhirat...bukan setakat dunia sahaja...kerana..dunia ini adalah kesenangan yang sementara.....fana'..dan kerana kesenangan dunia yang sementara ini juga menyebabkan kita hancur...sebagaimana hadith Rasulullah s.a.w

"Demi ALLAH!Aku tidak takut kamu fakir,tapi yang aku takutkan adalah percintaan kalian terhadap kesenangan dunia dan saling berlumba-lumba untuk mencapai kesenagan dunia,sehingga dunia tersebut menjadikan kalian hancur sebagaimana umat-umat sebelum kalian"
(Hadith Riwayat Bukhari)

Undilah pemimpin yang menjadikan Al-Quran dan Assunnah sebagai pegangan dan rujukan sepenuhnya..bukan pemimpin yang menjadikan agama hanya sebagai alat....tetapi tidak berpegang sepenuhnya....kerana bila agama diketepikan maka akan rosaklah sesuatu masyarakat..seperti mafhum hadith:

"Ada dua golongan sekiranya rosak dua golongan ini alamatnya rosaklah dunia ini iaitu pemimpin yang zalim dan ulama yang jahat"

Jika pemimpin dari kalangan mereka yang jujur dan alim serta soleh..maka semua akan mendapat manfaat...kerana mereka tidak akan menyelewangkan harta rakyat dengan sewenang2nya...malah harta2 tersebut akan diagihkan dengan saksama dan adil....

"Sebaik-baik harta ialah harta yang dimiliki oleh lelaki yang soleh..dengannya dia akan menghubungkan silaturrahim dan melakukan kerja yang maaruf"

(hadith Riwayat Ahmad)

Saya juga layak mengundi tetapi tidak dapat pergi mengundi...terkilan juga tidak dapat melakukan tanggungjawab ini..namun perjuangan saya yang perlu saya utamakan juga adalah perjuangan menuntut ilmu ini.....insyaALLAH...

Saya juga ingin meminta pertolongan sesiapa diluar sana...cara untuk kita mentarbiah seorang remaja yang kaki clubbing,lesbian,merokok dan kaki lepak...apa cara terbaik untuk kita menasihati mereka....kerana sudah dinasihati secara berhemah..tetapi dalam masa yang sama seolah2 cuba lari dari kita....tolong emailkan kepada saya..wardatul_musfirah@yahoo.com...moga2 ada diantara cara2 tersebut berjaya..insyaALLAH....

Selamat berjuang semua....insyaALLAH...ALLAH akan menolong kita....

(( Wahai orang-orang yang beriman!Jika kamu menolong (agama)ALLAH,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu))
Surah Muhammad:ayat7