Kita Bercakap Dalam Bahasa Yang Berbeza..
Jika kita lihat dalam masyarakat kita pada hari ini,fenomena kahwin cerai merupakan perkara biasa.ada yang berpuluh tahun kahwin,entah di mana silapnya ..bercerai.Ada juga yang baru mendirikan rumah tangga,tak sampai setahun bercerai.Rata2 bila terjadinya perkara tersebut,alasannya.." tak de jodoh''..,"jodoh di tangan ALLAH dan pelbagai lagi seribu satu alasan....
Saya pernah melihat dokumentari oleh pendakwah terkenal Harun YAhya,dalam dokumentari itu salah satu tanda2 kiamat kecil adalah runtuhnya institusi keluarga termasuklah banyaknya berlaku penceraian.Saya percaya,salah satu sebab utama juga ramainya para lelaki dan wanita membujang pada hari ini adalah kerana bimbang perkara sebegini terjadi dalam perkahwinan mereka.
Apa yang saya nak sentuh disini adalah,ramainya diantara pasangan suami dan isteri tidak memahami sikap dan karenah pasangan masing- masing.Ini juga antara salah satu sebab berlaku penceraian.Apa yang saya perhatikan(saya bukan pakar dalam hal2 sebegini),sememangnya lelaki dan perempuan ini menpunyai sikap dan sifat yang cukup berbeza..bak kata seorang motivater terkenal..''Kita 'bercakap' dalam 'bahasa'yang berbeza"
Lelaki biasanya bersikap egois,susah nak mengalah,keras ,kasar,berterus terang,gagah,kurang teliti dan bukannya makhluk emosi dan perasaan.Manakala perempuan pula biasanya lemah lembut,cakap secara kiasan,lemah,teliti,penuh dengan kasih sayang,caring,prihatin dan juga makhluk emosi dan perasaan.
Sebab itulah ALLAH Taala jadikan perempuan yang mengandungkan, melahirkan anakdan mendidik kerana mereka walaupun lemah,namun punya sifat kasih sayang yang cukup tinggi.Manakala sifat2 lelaki seperti kasar,egois,kurang teliti dan gagah pula tidak sesuai dalam bab2 macam ni,mereka lebih sesuai untuk jadi pemimpin atau ketua.
Aspek pemikiran wanita dan lelaki juga berbeza,lelaki biasanya lebih suak menumpukan soal yang besar dan rumit,dan kadangkala pemikiran mereka juga terbatas pada soal2 tertentu sahaja.Manakala aspek pemikiran seorang wanita ni lebih pada soal2 kecil dan remeh juga pada soal yang besar.Sebab itulah jika kita lihat,isteri atau ibulah yang selalu ambil berat pasal anak2,barang2 dapur,soal kekemasan rumah tangga dan soal kebersihan.Bukan sebab itu tanggungjawab mereka,tetapi disebabkan sifat dia yang prihatin dan teliti.
Bagi sang suami atau lelaki,apabila berhadapan dengan wanita/isteri,perlulah rendahkan sikit sifat egois mereka,namun tidaklah bermaksud membuang terus.Islam menganjurkan dalam bait muslim perlu ada mawaddah(kasih sayang) dan Rahmah (belas kasihan).Rahmah ini lebih ditekankan pada si suami.Sebagai contoh,si isteri tengah memasak,anak menangis,apalah salahnya si suami rendahkan sikit ego mereka dan adanya sifat rahmah tadi,pergi memujuk anak.Selalulah bantu isteri melakukan kerja2 rumah.Melakukan kerja rumah pun sebenarnya bukan tanggungjawab isteri,tetapi sebab keperihatinan mereka,jadi mereka melakukannya dengan rela hati.
Wanita biasanya bersifat lebih caring dari lelaki,jadi mereka biasanya lebih banyak bercakap,bertanyakan itu ini,atau menceritakan pelbagai perkara.Jika berjauhan dengan orang tersayang,biasanya,wanitalah yang akan selalu bertanya khabar,bukan nak tahu serba serbi apa yang dibuat oleh pasangannya,biasanya cukuplah sekadar tanya sihat ke tidak,dah makan ke belum.Nampak macam remeh kan,tapi sifat caring yang melampau itu,jadi mereka cepat risau juka pasangan mereka diam menyepi tanpa sebarang berita.Ini berbeza dengan lelaki.Kebanyakan lelaki biasanya menyatakan perasaan kasih sayang mereka dengan perlakuan mereka,wanita pula lebih pada ungkapan.
Perempuan juga lebih setia jika hendak dibandingkan dengan lelaki,mereka juga lebih banyak berkorban untuk insan2 tersayang...
Dalam sesebuah rumah tangga,perlulah ada sifat redha,menerima apa jua kelebihan dna kekurangan pasangan kita dan saling memperbaiki antara satu sama lain.Tak kira lelaki atau perempuan,masing2 punya kelebihan tersendiri,saling melengkapi.
Saya tulis atas dasar pemerhatian dan juga pembacaan,jadi mungkin ada yang silap.Bagi saya,jangan jadikan jurang dan perbezaan antara lelaki dna wanita itu sebagai satu masalah besar,tapi cari jalan penyelesaian dan slaing cuba faham memahami...insyaALLAH....
"Lelaki itu adalah pemimpin bagi perempuan,kerana ALLAH telah melebihkan sebahagian mereka(lelaki) atas sebahagian yang lain(perempuan) dan kerana mereka (lelaki) telah memberikan nafkah dari hartanya..."
Ayat 34: surah Annisa'
"Dan diantara tanda2 kebesaranNYA ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan merasa tenteramkepadanya,dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang.Sungguh,pada yang demikian itu benar2 terdapat tanda2 kebesaran ALLAH bagi mereka yang berfikir."
Ayat 21:Surah Ar-Rum
<< Home