Barakallahu Fi Kum....
Cuti sekolah dah bermula..waktu yang ditunggu2 oleh seme orang..yelah..mana taknya,cuti sekolah nilah macam2 perancangan oleh ibu bapa untuk bawa anak2 pergi bercuti..tak lupa juga kenduri kendara pun rancak waktu ni terutama kenduri kahwin...
Belum masuk cuti sekolah lagi,dah berbelas kad jemputan sampai kat rumah,sampaikan abah saya susun kad2 tersebut ikut tarikh,takut terlupa....Pada 15/11 baru2 ni,keputusan UPSR telah diumumkan,alhamdulillah adik bongsu saya beroleh keputusan yang agak memuaskan(3A2B) walaupun harapan sebenar(5A) tidak kesampaian....
Saya katakan pada adik,mungkin didalam usaha kita ada yang kurang,ataupun usaha sudah bagus,namun kita kurang dalam doa dan tawakal padaNYA ataupun usaha+doa+tawakal sudah bagus,namun ALLAH hendakkan kita beroleh setakat itu sahaja supaya kita tidak sombong,riak dan takabbur...atau mungkin ada hikmah disebaliknya.....Harapan untuk adik2 berjaya menggunung tinggi,namun biarlah berjaya dunia dan akhirat..serta yang paling penting..menjadi anak2 yang soleh dan solehah....
Harapnya dimusim cuti sekolah ini,ibu bapa hendaklah sentiasa mengawasi aktiviti anak2 mereka supaya tidak terjerumus dlm aktiviti tidak bermoral atau menjadi mangsa2 jenayah..nauzubillahiminzalik....maklumlah..kanak2 sekarang berada didalam suasana yang agak membimbangkan di mana byknya berlaku jenayah yang melibatkan kanak2 adalah mangsanya....
Selamat jalan juga pada jemaah-jemaah haji kita...supaya beroleh haji yang mabrur...InsyaALLAH...Impian untuk menunaikan rukun ISLAM yang ke lima itu telah tersemat sejak sekian lama..namun ketidakmampuan diri menghalang segalanya..semoga suatu hari nanti,diberi kesempatan oleh ALLAH,diluaskan rezeki serta dipanjangkan umur....insyaALLAH...
Rasa sedih juga bila semua sedang bercuti ni,saya pula yang terpaksa ke ardhul kinanah untuk meneruskan perjuangan...semoga dengan berkat doa semua family,sanak saudara dan sahabat handai...kejayaan mengiringi diri ini...insyaALLAH...
Didoakan juga semoga adik yang baru lepas menduduki PMR dan yang sedang menduduki SPM beroleh kejayaan...begitu juga adik2 diluar sana...INsyaALLAH...
<< Home