Berbicara Tentang Cinta......
BERBICARA TENTANG CINTA DAN PERGAULAN LELAKI-PEREMPUAN
-DR. YUSUF QARDHAWI
Cinta dan perasaan.Dua perkara yang banyak berlaku pada hari ini terutama di kalangan pemuda-pemudi.Cinta zaman ini banyak dipengaruhi oleh lakonan-lakonan,cerita dan kisah,drama dan filem atau seumpamanya,dan semuanya ini didominasi dan diarah tujukan oleh Barat.
Saya(Dr.Yusuf),begitu khuatir dengan semakin ramainya para gadis yang tertipu dengan perasaan sedemikian rupa dan ini suatu yang amat merugikan.Terdapat begitu ramai pemuda yang suka berdusta.Amat menyedihkan.Mereka hanya ingin berseronok dengan perasaan cinta.Hati mereka sentiasa berubah-ubah.Hari ini berjanji setia dengan gadis ini,esok pula dengan gadis yang lain.
Oleh itu,kepada gadis dan wanita Islam,jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis kaum lelaki yang tidak bertanggung jawab.Janganlah memasuki alam rumah tangga hanya dengan berbekalkan perasaan sahaja.Banyak lagi perkara yang perlu diambil kira dan semuanya hendaklah berpandukan akal yang sihat.Malah yang lebih penting dan utama berpandukan kitab ALLAH dan RasulNYA.
Namun ini bukan bermakna perkahwinan boleh berlansung secara paksaan.Islam telah menggariskan semua batas dan garis panduan agar tidak menzalimi fitrah kemanusiaan.Contohnya Islam menyuruh lelaki yang bakal berkahwin melihat tunangnya,begitu sebaliknya terhadap wanita.Sesungguhnya dengan melihat akan lebih menambahkan rasa kasih sayang dan mengekalkan hubungan di antara mereka berdua,dan semuanya dalam batas syara’ dan bukanya bercinta sebagaimana yang kita lihat dalam budaya jahiliah dahulu dan moden.
Oleh itu Islam telah menetapkan beberapa langkah pencegahan dengan menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.Pertemuan antara lelaki dan perempuan pada zatnya tidaklah haram.Malah ia dituntut sekiranya niat dari pertemuan itu ialah untuk bekerjasama dalam perkara yang benar dan kebaikan.
Antaranya ialah untuk menuntut ilmu,bekerjasama dalam menjayakan program-program yang baik,jihad yang dituntut atau apa sahaja kerja yang memerlukan gembelengan tenaga daripada lelaki dan perempuan, sama ada ketika merancang ataupun di peringkat pelaksanaan .
Namun ini tidaklah bermakna bahawa semuanya itu memberi kebebasan kapada kaum lelaki dan perempuan untuk membelakangi batasan atau untuk melupakan had yang telah ditentukan oleh syara’. Tiada siapapun boleh mendakwa bahawa mereka adalah malaikat yang terpelihara dan tidak perlu dikhuatiri terhadap diri mereka. Kerjasama yang dijalin perlulah sentiasa berada di dalam lingkungan yang telah digariskan oleh Islam.
Antaranya ialah
Kedua-dua pihak hendaklah menjaga pandangan. Jangan melihat pada aurat, jangan memandang dengan penuh nafsu atau memandang dengan pandangan yang lama tanpa ada keperluan. Sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nur ayat 31-32.
Wanita hendaklah memakai pakaian yang digariskan oleh syara’ iaitu menutup seluruh anggota kecuali muka dan dua tapak tangannya sahaja. Pakaiannya juga hendaklah tidak nipis dan tidak menampakkan bentuk tubuh badan.
Memelihara adab sebagai seorang wanita Islam terutama ketika berurusan dengan lelaki:
a:Pastikan dia menjauhi daripada nada yang menggoda atau memberahikan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 32" Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan dalam hati orang yang ada penyakit (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dengan sopan) ".
B: Ketika berjalan : Berjalanlah dengan sopan dan tertib sebagaimana firman Allah:"……dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka….." (an-nur:31)
C: Ketika melakukan gerakan : Elakkan daripada melakukan gerakan yang manja ,seksi, menggongcang-gongcangkan badan dan seumpamanya.
Menjauhkan diri daripada menggunakan sebarang perkara yang menggoda seseorang serta membangkitkan ghairah nafsu syahwat seperti wangi-wangian dan sebarang make-up (alat solek) yang berwarna-warni yang sepatutnya hanya digunakan di rumah sahaja.
Jauhilah daripada duduk bersunyi-sunyian antara lelaki dan perempuan tanpa bersama mahram.Banyak hadith sahih yang melarang keras perbuatan tersebut dengan sabdanya yang bermaksud:"…..kerana sesungguhnya pihak yang ketiga tidak lain dan tidak bukan ialah syaitan." Oleh yang demikian adalah tidak wajar kita membiarkan bahan api diletakkan bersama api yang sedang marak menyala.lebih2 lagi jika bersunyi-sunyian itu adalah dengan salah seorang kaum kerabat suami atau isteri.
Pertemuan hendaklah pada perkara yang benar-benar perlu sahaja atau pun ketika urusan yang sememangnya menuntut kedua-duanya untuk hadir bersama tanpa berlebihan atau melampau dan yang paling penting ,perkara atau urusan yang dibincangkan tidak menjejaskan fitrah kewanitaan atau menyebabkan terdedahnya unsur fitnah atau umpatan sehingga menjejaskan kedudukan wanita
<< Home