Ubatilah Luka Itu...Hapuskanlah Air Mata Mereka
Jika kita lihat disekeliling kita,tak semua orang yang bernasib baik...Masing-masing ada masalah dan ujian yang tersendiri, contohnya,jika mereka mempunyai ramai anak tetapi mereka tidak berharta,jika yang berharta ada yang tidak mempunyai anak....ada pula diuji dengan anak2 yang nakal,tidak mendengar kata.Ada pula diuji dengan sikap pasangan sama ada suami atau isteri yang curang.Sikap ahli keluarga yang tidak patuh pada ajaran ISLAM,bebas bersosial dan sebagainya.Ujian dan dugaan ini ALLAH berikan pada mereka yang mampu untuk memikulnya..
Seperti firman ALLAH yang bermaksud:
"ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya".
Surah Al-Baqarah:286
Namun apa yang ingin saya bincangkan disini,bukannya masalah ujian dan dugaan yang ditimpakan ALLAH pada hambaNYA..tetapi tanggungjawab kita sesama insan amnya dan sesama muslim khususnya dalam membantu saudara2 kita diluar sana yang memerlukan pertolongan kita sama ada dari segi kewangan,sokongan dan nasihat atau sekadar menjadi seorang pendengar yang setia.
Mungkin selama ini,kehidupan kita walau tidak sesenang mana tetapi mencukupi sama ada dari segi makan minum pakaian dan sebagainya.Namun di luar sana masih ramai yang kelaparan,tiada berumah(homeless),tiada tempat pergantungan dan sebagainya.Pernah suatu ketika semasa saya berjalan2 dengan sahabat di bandar Kaherah,Mesir,lengan saya dipegang oleh seorang kanak2 yang comot(atfal al-syawari'-kanak2 jalanan) yang meminta sedekah di jalanan,bila diberi apa yang diminta,dia dan sahabatnya terus menuju ke kedai membeli roti.
Masa itu hati rasa sebak,kanak2 sekecil itu diuji dengan ujian yang cukup hebat.Mereka yang sepatutnya berada dirumah di bawah perlindungan ibu dan ayah tetapi berada di jalanan,merayau2 dan meminta sedekah demi mengalas perut.
Sebenarnya apa yang berlaku kerana tidak adanya perasaan kemanusiaan pada sesetengah di antara kita.Mereka yang kaya tiada perasaan rahmah dalam hati mereka untuk menolong mereka yang memerlukan.Bahkan merasakan kekayaan yang ada akan sedikit jika mereka menghulurkan pada yang memerlukan.
Saya juga tidak bersetuju dengan sesetengah masyarakat terutama di Malaysia,bilamana ada wanita yang diceraikan atau kematian suami(janda) yang memerlukan pertolongan,mereka difitnah,dicerca dan sebagainya,kononnya janda2 ini ingin merampas suami atau ingin melakukan perkara yang tidak elok pada mereka sekeluarga.Maksudnya bukan hendak menolong,malah menghina atau yang lebih teruk lagi mengambil kesempatan terhadap kelemahan mereka.
Saya percaya,jika semua antara kita prihatin,ada perasaan insaniah insan(perikemanusiaan) maka semua masalah akan selesai.
Saya ada baca dalam satu artikel yang bertajuk "Rahmah"(maksudnya belas kasihan) ditulis oleh Musthafa Lutfi Almanfaluti,katanya jika kita ingin buang resah gelisah dalam diri,ketakutan,sedih maka hendaklah kita bahagiakan orang lain dan tolong orang yang dalam kesusahan..Ubati" luka-luka" mereka..insyaALLAH kita akan diberi kebahagiaan oleh ALLAH Taala...
Antara yang disarankan oleh beliau(perkara ini sebenarnya disaran oleh agama kita juga sebenarnya-ISLAM)..
- Bersikap rahmah terhadap wanita2 yang melakukan perkara2 keji seperti zina dan seumpamanya,sbb mereka perlu dibela,dibawa ke pangkal jalan,kalau kita just keji,hina,mereka akan makin jauh.....
- Bersikap rahmah pada anak2 dan isteri(utk suami)
- Bersikap rahmah pada orang2 yang jahil-jangan guna mereka untuk kepentingan diri..sebaliknya bantu mereka..
- Rahmah pada haiwan
- Rahmah pada janda2
- Rahmah pada orang2 yang susah dan memerlukan....
Berikan mereka cahaya..setelah mereka hidup dalam kegelapan..hapuskanlah air mata mereka...insyaALLAH...hati kita juga akan bahagia...
<< Home