Cinta ILAHI Cinta Utama

Thursday, January 04, 2007

Ku Takkan Berpaling.....



Selamat Tahun Baru semua....dalam ISLAM tahun baru kita Muharam,namun kerana pengiktirafan semua negara tentang tahun baru masihi ni,maka tahun ni 2007,tahun baru kita...

Dengan tahun baru ni maka bertambah lagilah usia kita semua,saya pun dah setengah abad dah..tanggungjawab makin berat..teringat kata2 Ibnu Mas'ud

''Perkara yang paling sedih tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah"

Bertambahnya umur bermakna makin dekat kita menuju DIA,maka apa bekalan kita hendak bertemu dengan pencipta kita?

Namun untuk tahun baru ini,selain banyakkan amalan,perlu juga tingkatkan iman...dari hari ke sehari gejala murtad makin berleluasa,betapa ramainya tidak menghargai dan mensyukuri nikmat iman dan ISLAM dalam diri mereka....moga ALLAH Taala melindungi kita semua....

Masa tengah study,suka dengar nasyid "Ku Takkan Berpaling" dendangan Ustaz Akhil Hay Rawa..liriknya:


Ku takkan berpaling dari agamamu,

Segala fitrah,hadith dan sunnah,

Ku pasrahkan dan bersujud,

Hanya Kau nan satu,

Tempat ku mengadu,

Tiada daya,serta upaya..ku pohonkan doaku Ya ALLAH..


Tuhan...berikanlah hidayahMU,

Oh Tuhan...ku bersyukur atas nikmatMU,

Oh Tuhan...limpahkanlah kurniaMU,

Kuatkanlah imanku,luaskan fikiranku,lapangkanlah hatiku,

Ampunilah dosaku..Ya ALLAH Ya Tuhanku...

Engkau Maha Penyuluh....