Cinta ILAHI Cinta Utama

Friday, January 19, 2007

Kebahagiaan Rumah Tangga Bermula Dari Pemilihan Pasangan......

Sejak akhir-akhir ini,seringkali kedengaran di mana-mana sahaja keruntuhan rumah tangga yang semakin menjadi2.Kenapa perkara ini berlaku lebih-lebih lagi dalam rumahtangga ISLAM?Adakah kerana takdir ALLAH yang menentukan atau salah kita sendiri?Memang benar,sesuatu yang terjadi sama ada baik atau buruk adalah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa,namun kita sebagai manusia boleh berusaha dan berdoa....
Dalam ISLAM,untuk membentuk sebuah keluarga bahagia bermula dari pemilihan pasangan lagi,iaitu merupakan perkara yang paling asas.Jika perkara ini dari awalnya sudah pincang,maka akan pincangla sesebuah rumah tangga.Ibarat untuk membina sebuah bangunan,namun jika batu-bata atau simen yang dipilih bukan dari jenis yang berkualiti dan tahan lama,tidak mustahil jika bangunan tersebut roboh dalam masa yang singkat.
ISLAM menekankan dalam pemilihan pasangan perkara yang paling utama adalah agama.Samaada dari pihak suami atau isteri.Ini kerana mereka yang mempunyai pegangan agama yang baik tidak akan melakukan perkara yang ditegah oleh ALLAH dan RasulNYA.
Namun apa yang saya lihat dalam masyarakat kita,pada pihak suami tidak ditekankan pegangan agama tetapi lebih ditekan pada pihak isteri.Alasannya kerana isteri melahir dan mendidik anak-anak.Jangan kita lupa,tanggungjawab rumah tangga pada bahu sang suami,mereka adalah ketua rumahtangga.Jika agama dan akhlak ketua pincang,maka tidak mustahil orang bawahan juga pincang.Disini saya sertakan (saya copy paste)ciri-ciri suami yang baik ( kat mana2 saya lihat hanya banyak diwar-warkan ciri2 wanita yang baik).Moga dapat menjadi panduan untuk kita semua.
1. Bagaimana agamanya Jika dia nyata mengabaikan kewajibannya sebagai manusia yang beragama, (terutama sembahyang fardu), usahlah harapkan sesuatu yang menarik daripadanya. Mungkin dia kaya dan penyayang serta boleh memberikan semuanya, tetapi tanpa haluan menuju ketuhanan, dia bukanlah pilihan terbaik. Betul, bukan semua lelaki yang sembahyang itu baik, tetapi sekurang-kurangnya haluan pimpinannya jelas. Agama diturunkan untuk memantau kehidupan manusia, maka manusia perlu menerima pantauan itu untuk selamat. Dalam soal ini tiada siapa terkecuali.
2. Bagaimana dia melayani ibu bapanya Seorang lelaki yang bertanggungjawab adalah seorang yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibu dan bapanya. Anda boleh lihat dengan jelas akan hal ini. Jika dia menangguhkan pulang ke kampung semata-mata untuk anda, dia bukanlah seorang family man, lantas bukanlah calon terbaik untuk menepati ciri-ciri lelaki pilihan. Seorang lelaki yang mengambil berat ibu dan ayahnya adalah seorang yang boleh diharap.
3. Bagaimana dia berkelakuan sewaktu bersama anda Jika dia demand beberapa hal yang tidak munasabah dan ?tidak boleh? sebelum masanya, dia bukanlah lelaki yang terbaik. Cinta tidak perlu dibuktikan dengan perlakuan-perlakuan sumbang yang membawa kemurkaan TUHAN. Ramai wanita silap dalam menafsirkan pengorbanan cinta. Berkorbanlah untuk mendapatkan cinta yang sejati, tetapi tidak usah hingga terkorban diri. Ingat, wanita ibarat rama-rama, selagi warna sayapnya tidak terurai, selagi itulah dia diminati dan disayangi.
4. Bagaimana keluarga melayaninya Jika boleh dapatkanlah latarbelakang keluarganya. Keluarga yang rosak dan porak peranda biasanya terdiri daripada ahli yang rosak dan juga porak peranda. Perhati juga bagaimana keluarga melayaninya. Jika keluarga baik terhadapnya, itu menandakan dia baik terhadap keluarga.
5. Siapa sahabatnya. Untuk mengenali dia lihatlah siapa sahabatnya. Sahabatnya adalah cermin untuk dirinya. Jika sahabat-sahabatnya adalah mereka yang baik budi pekerti serta boleh diharap, dia juga sama. Sebaliknya jika dia hanya bergaul dengan orang yang rosak akhlak, dia juga mungkin tidak terkecuali.
6. Apakah kegiatan hidupnya Lantaran jika dialah pilihan anda dan putus untuk mengakhiri hubungan itu dengan perkahwinan, usah ambil mudah tentang aktiviti hidupnya, maksud saya pekerjaan serta kegemaran serta wawasannya. Ini penting sekali sebab corak kehidupan akan ditentukan oleh apa kegiatan hidupnya serta apa kegemarannya juga apa wawasannya. Pastikan dia mempunyai pekerjaan, tidak semestinya makan gaji, perniagaan juga baik. Pertanian, perladangan, penternakan dan juga perikanan juga baik. Semua itu bidang pekerjaan yang mulia. Ramai orang tidak kisah dengan bidang pekerjaan teman lelakinya sewaktu di alam percintaan, kemudian menanggung derita setelah berkahwin apabila mengetahui sebenarnya dia tiada pekerjaan, pemalas bahkan penagih dadah. Sukailah dia dan sukailah pekerjaannya, selagi halal, adalah mulia di sisi ALLAH.
7. Lihatlah diri anda sendiri. Lihatlah diri anda sendiri. Bagaimana lelaki yang anda inginkan begitulah diri anda sebenarnya. Jika anda memiliki akhlak yang baik, dia semestinya juga begitu. Jarang orang yang tidak sama peribadi boleh menjalin hubungan intim dan penuh persefahaman.