Cinta ILAHI Cinta Utama

Sunday, February 04, 2007

Dimanakah Kita?

Program cuti shitta' baru habis(1-3/2/2007)..Alhamdulillah banyak manfaat yang diperolehi.Antara aktiviti yang disertai adalah sukaneka dan daurah.Dalam program daurah ada talk about Syahadatul Haq,Ahamiyah Tarbiah,Amar Ma'ruf Nahi Mungkar dan Haya'.Syukur sekurang2nya cuti terisi dengan program2 ilmiah dan berfaedah.Sebelum tu sempat pergi ke Ma'rod Kutub Ad-Dauli(Pesta Buku Antarabangsa) di Kaherah.
Masa kat sana,rasa ta'jub dengan umat ISLAM yang boleh menghasilkan pelbagai buku dalam semua bidang baik sains,teknologi,sosial,agama dan sebagainya.Tapi sayang..kenapa hingga sekarang umat ISLAM masih diperlekehkan,dihina,dicerca dan diperangi?Adakah kerana kita sebagai umat ISLAM ini mempunyai ilmu tetapi tidak mengamalkan?atau kerana kita tidak diberi keberkatan oleh kerana kita jauh dari rahmat ALLAH Yang Maha Agung?
Terasa diri ini begitu kerdil,mempunyai secebis cuma ilmu ALLAH tetapi tidak berupaya menjadi muslimah sejati dalam erti kata yang sebenarnya...Umat ISLAM sekarang ketandusan tokoh2 ISLAM seperti Sultan Muhammad Al-Fateh,Salahuddin Al-Ayubi,'Amru Al-As,Umar Abdul Aziz dan juga tokoh2 lain yang berkaliber.Mereka cukup disegani dan berkaliber di zaman mereka(selepas zaman RAsullullah dan para sahabat)kerana mereka taat dan patuh pada ajaran ISLAM yang sebenar.Mereka cukup menjaga sesuatu perkara dari yang sekecil2nya hinggalah pada perkara yang sebesar2nya...Tetapi kita umat ISLAM sekarang..terlalu mengambil mudah pada semua perkara,baik soal pemakanan,pakaian,pergaulan,perkahwinan dan lain2 lagi.
Yang paling menyedihkan bila kita sebagai umat ISLAM ini sudah tidak dapat membezakan antara baik dan buruk.Budaya couple,rokok,adat bersanding,riba(faedah,bunga),ikhtilat,rasuah,konsert mungkar,hiburan melampau dan pelbagai lagi,perkara ini jelas bertentangan dengan hukum ISLAM tetapi sudah dipandang biasa oleh masyarakat kerana sudah sebati dlam diri mereka.
Masyarakat kita terlalu jahil,keadaan masyarakat sekarang seumpama masyarakat jahiliah lampau..tiada arah,pedoman dan tujuan malah kita mungkin lebih teruk lagi kerana ianya berlaku di saat kita sudah menpunyai Al-QUran dan As-sunnah...sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud
'' Tidak aku tinggalkan kepada kamu kecuali 2 perkara,selagimana kamu berpegang kepadanya,kamu tidak akan sesat buat selama2nya,iaitu Al-Quran dan As-sunnah"
Saya juga teringat satu hadith Nabi s.a.w yang bermaksud" ISLAM itu asalnya dagang(asing) dan akan kembali dagang"
Yaa...ISLAM sudah kembali dagang(asing)..lihatlah disekeliling kita..mereka yang patuh dan taat dengan ajaran ISLAM yang sebenar dihina dan dicerca,tapi yang jelas2 melakukan kemungkaran dan kerosakan disanjung dan dipuja.Yang mendedahkan aurat dikatakan cantik,lawa,jelita dan moden tapi yang menutup aurat dipanggil kolot,jumud,hodoh dan pelbagai lagi.Timbul pula slogan2 dan cakap2 yang mengarut dan memeningkan kepala seperti 'No Women No Cry'(pengamal homoseksual).'Tak kisah tak de dara/teruna,zaman dah moden' (pengamal seks bebas)'Muda hanya sekali..enjoyla..'..serta ratusdan kata2 yang hanya bersandarkan akal yang sempit dan nafsu semata2..
Belum termasuk dengan murtad,pengikut ajaran sesat,fahaman ISLAM yang salah-ISLAM Liberal,Sekular dan lain2 lagi...ISLAM diserang dari pelbagai bentuk dan penjuru,sama ada dari mereka yang mengaku ISLAM(padahal munafik) dan juga dari kafir harbi(yang terang2 ingin menghancurkan ISLAM)
Ayuh..renunglah diri kita...dimana kita sekarang?Sama2 muhasabah diri kita,dari mana kita datang dan kemana kita hendak pergi?Tidak teringinkah kita menjadi sebahagian dari jundullah?Menjadi pewaris para nabi?meneruskan dakwah para anbiya' dan ulama'?Lupakan kata2 'Aku tak layak','Aku bukan pelajar agama' dan seumpamanya kerana dakwah itu adalah tanggungjawab seluruh umat ISLAM,pada yang tahu,bukan pada penuntut ilmu agama sahaja.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud..''Sampaikan dariku walau satu ayat"
Jalan ke syurga itu penuh dengan onak duri,namun penyudahnya nikmat yang tidak terhingga..jalan ke neraka ditaburi bunga -bungaan,namun kesudahannya cukup menyeksakan..fikir2kan...