Cinta ILAHI Cinta Utama

Saturday, March 03, 2007

Mahabbah Fillah





Hari ni bermusafir ke Kaherah kerana ingin menghadiri majlis wida' seorang sahabat yang ingin pulang ke Malaysia.Alhamdulillah beliau telah berjaya menamatkan pengajian bersama-sama dengan suami tersayang..Begitulah lumrah hidup ini,setiap perkara mesti ada pasangannya,bertemu dan berpisah,suka dan duka,baik dan buruk,hidup dan mati dan pelbagai lagi....
Pertemuan kadangkala tanpa dirancang,perpisahan selalunya tidak diundang,namun takdir yang menentukan segalanya...Pertemuan dan perpisahan inilah yang banyak mengajar kita erti mahabbah(kasih sayang) dan ukhwah...Namun kasih sayang yang dicurahkan kepada makhluk selalunya tidak bersifat kekal,ianya fana' seperti bumi yang fana' ini...kerana makhluk akan pergi meninggalkan kita bila tiba masanya...
Jika kasih sayang itu kerana ALLAH Taala(Mahabbah Fillah) maka walau kemana sahaja kita pergi,sentiasa akan diingati dalam setiap bisikan doa.Antara contohnya doa Rabitah:

"Ya ALLAH Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMU,bertemu untuk mematuhi perintahMU,bersatu memikul beban dakwahMU.Hati-hati ini telah mengikat janji setiauntuk mendaulat dan menyokong syariatMU,maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya.Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini.Tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanya yang sebenar.Penuhkanlah piala hati ini dengan cahaya RabbaniMU yang tidak kunjung malap.Lapangka hati-hati ini dengan limpahan iman/kenyakinan dan keindahan tawakkalMU.Hidup suburkan hati2 ini dengan ma'rifat tentangMU,Jika engkau mentaqdirkan mati,maka matikanlah hati2 ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMU.Engkaulah sebaik2 sandaran dan sebaik2 penolong.Ya ALLAH..perkenankanlah permintaan ini...."

Bercerita tentang mahabbah fillah,saya teringat kisah para sahabat Rasulullah s.a.w,mereka sanggup berkorban apa sahaja demi untuk tegakkan kalimah ALLAH dan juga kerana mahabbah fillah antara mereka dan Rasulullah s.a.w.Kisah yang menyentuh perasaan saya ialah bagaimana kasihnya Saidina Abu Bakar As-siddiq RA terhadap Rasul s.a.w sehingga sanggup dipatuk ular kerana hendak melindungi Rasul s.a.w.
Rasul s.a.w dan Saidina Abu Bakar ketika itu berada di gua menyembunyikan diri dari kafir Quraisy yang ingin membunuh baginda.Ketika di dalam gua,baginda berbaring di atas riba Saidina Abu Bakar dan berdekatan tempat baginda berbaring ada lubang ular.Saidina Abu BAkar menutup lubang tersebut dengan tangannya dan perkara ini tidak disedari oelh Rasul s.a.w sehinggalah air mata Abu Bakar As-siddiq terkena wajah Rasullullah s.a.w

Saidina Abu Bakar mengeluarkan air mata kerana kesakita dipatuk ular...MasyaALLAH...Inilah dia kisah pengorbanan seorang sahabat kerana mahabbah fillah yang patut diambil iktibar...Adakah kita sanggup atau mampu melakukan pengorbanan sedemikian rupa?

Selalunya hidup ini menuntut pengorbanan yang bukan sedikit dari kita untuk insan-insan disekeliling kita,berkorban hati dan perasaan,harta malahan berkorban jiwa...Berkorban diri untuk kebahagiaan orang lain juga adalah salah satu ciri mahabbah fillah....

Bertemu dan berpisah kita adalah janji dari Yang Maha Esa...selagi kita berada di satu jalan,satu aqidah,satu agama dan percaya pada Yang Maha Satu,maka kita akan berjumpa lagi di jannahNYA...InsyaALLAH....

Berpisah bukan pengakhiran segalanya.....