Cinta ILAHI Cinta Utama

Saturday, March 17, 2007

Melur dan Mawar Berduri......

Melur itu,
Walau tidak secantik mawar berduri,
Namun punya tarikan tersendiri,
Kecantikan yang hakiki,
Bagi yang melihat dengan mata hati.

Melur itu,
Tidak semerah mawar berduri,
Ianya putih suci,
Melambangkan keperibadian sejati,
Punya harga dan maruah diri.

Melur itu,
Jauh bezanya dengan mawar,
Yang sentiasa dijaga rapi,
Dari kumbang yang iri hati,
Namun si melur pandai menjaga diri,
Sentiasa berbakti walau diketepi.

Melur bukan mawar berduri,
Yang dijual dengan harga yang tinggi,
Dipamer di sana sini,
Melur hanya dicari kerana punya wangian yang asli.

Melur biarpun terpinggir,
Namun wangiannya sentiasa diingati,
Serinya tetap dihati,
Bagi sang kumbang yang cinta ILAHI di hati.....