Cinta ILAHI Cinta Utama

Wednesday, April 25, 2007

Fatrah Imtihan.....

Jadual imtihan faslu thani dah keluar..debaran makin terasa....kalau tahun lepas,seminggu imtihan hanya untuk dua madah(subjek),tapi tahun ni imtihan seminggu 3 subjek...masa tengok jadual..rasa nak pitam pun ada...hehehhe...sebab selang sehari je untuk imtihan madah berikutnya,macam nilah kalau belajar..pengalaman2 lepas membuatkan diri kadang-kadang tak yakin,namun dalam masa yang sama cuba kuatkan azam dan kuatkan usaha....
Masa ni semua sibuk dengan kelas tuisyen,sama ada belajar dengan orang arab atau belajar dengan pelajar Melayu....nak lihat muka ahli bait pun susah..hehehe...masa fatrah imtihan ni jugak betul-betul menguji kesabaran,dengan tension dan stressnya,innaALLAHa ma'assobirin...insyaALLAH...
Madah yang agak susah untuk imtihan kali ini adalah madah Qodhoya,belajar mengenai hakikat kematian otak,so banyak istilah2 perubatan yang yang sebelum ini tak pernah dengar dan tahu,kena hafal...tapi inilah madah paling mencabar selepas madah Al-Quran...selepas Qodhoya ialah Usul Feqh kerana untuk madah ini kena hafal dan faham banyak istilah2 feqh yang digunakan oleh ulama'2 feqh..begitu juga dengan Feqh Muqarran kerana subjek ni kita kena ingat perbahasan ulama2 antara mazhab untuk mengeluarkan sesuatu hukum....insyaALLAH..jika niat belajar adalah lillAHITAALA...ALLAH akan permudahkan....
Fatrah imtihan nilah makan tak kenyang,tidur tak lena...yelah asyik terbayang nota2 dan kitab2 yang berlambak2 nak kena baca dan hafal....apapun...doakan kami semua disini..penuntut-penuntut di perantauan...oh ye..time ni jugaklah asyik terbayang-bayang wajah-wajah keluarga tersayang....
Robbuna Yusahil..Robbuna Yunajah.....

Jadual Imtihan

19/5/2007 : Qodhoya
21/5/2007 : Usul Feqh
23/5/2007 : Feqh ( Mazhab Syafei)
26/5/2007 : Hadith
28/5/2007 : Qoah Bahas Qodhoya
2/6/2007 : Feqh Muqaran
6/6/2007 : Quran Tahriri (Bertulis)
7/6/2007 : Quran Syafawi ( Ujian hafalan)