Indahnya Ukhwah Kita
Kehidupan kita di dunia ini tak lepas lari dari berteman...tak mungkin manusia seperti kita yang serba lemah ini mampu hidup berseorangan tanpa teman...Nabi Adam a.s ketika di syurga juga memerlukan teman...walaupun syurga merupakan tempat yang indah dan serba menyenangkan hati...namun tanpa teman hati baginda juga sepi dan sunyi......
Kehidupan di perantauan yang serba mencabar ini, sahabat adalah keluarga dan juga teman....walaupun tidak dinafikan karenah mereka kadangkala atau selalunya menyebabkan diri dilanda tekanan...namun kehadiran mereka selalunya juga menyebabkan diri kita rasa disayangi dan diperlukan....saling tolong menolong,bantu membantu dan saling nasihat menasihati.....
Indahnya bila ukhwah ini adalah berdasarkan ALLAH semata2....bukan kerana satu negeri,satu negara,satu kampung atau atas sebab-sebab yang tertentu.....ada seorang sahabat saya yang berbangsa Arab selalu mengingatkan diri saya...jika ada apa-apa masalah dalam pelajaran atau masalah lainnya....jumpalah dia..sebab kata beliau dia menyayangi saya kerana ALLAH....(innihibbuki fillah)...kata beliau.. disini saya yatim piatu...tiada keluarga....jadi saya boleh harapkannya....
Saya amat bersyukur kerana ALLAH sentiasa menemukan saya dengan sahabat yang baik...walau memang tidak dinafikan adakalanya kita diuji dengan mereka yang menpunyai maksud tersirat dihati...atau mereka yang tidak ikhlas dalam persahabatan......moga mereka yang ikhlas ini sentiasa menemani perjuangan hidup kita walau dimana kita berada...indahnya uhkwah kita jika segalanya adalah kerana ALLAH........
<< Home