Cinta ILAHI Cinta Utama

Tuesday, July 25, 2006

Dikala Sunyi....

Di kala sunyi....
Teringat daku kenangan lalu,
Saat bahagia tika bersamamu,
Nasihat,dorongan dan teguran darimu.
Amat bermakna untukku melayari kehidupan ini...
Di kala sunyi....
Dikala sepi......
Terasa diri ini bagaikan keseorangan.
Tiada siapa yang memahami diri ini
Tiada siapa yang dapat menyelami jiwa ini.
Namun bila teringatkan dirimu
Hatiku berbunga ceria...
Kerana dirimu aku ingin jadi yang terbaik
Ingin membela nasib kita..
Ingin membahagiakan dirimu...
Namun kini...
Diri ini semakin jauh ditinggalkan..
Terasa semangatku dibawa pergi..
Terasa hilang arah tujuan diri..
Kerana inspirasi hati sudah tiada lagi...
Ketahuilah..
Dikala sunyi atau sepi...
Dikala genbira atau duka..
Setiap saat ku merindui dirimu...
(Semoga arwah mak berbahagia di alam sana....)

Monday, July 24, 2006

Catatan Buat Isteri......

Sebenarnya catatan ini diambil dari sebuah novel yang baru habis saya baca,tajuknya"Hatiku Milikmu",karya Zaharah Muhammad....Bila baca catatan ini..hati begitu tersentuh..kerana rumah tangga yang dibina itu adalah kerana ALLAH Azzawajalla semata-mata......Betapa kasih sayang mereka cukup kuat....cinta mereka dihalakan semata2 untuk keredhaan ALLAH...

Isteriku...
Dengarlah suara hati ini yang tidak mampu ku luahkan...kita adalah makhluk sementara yang menumpang Rahmat ALLAH di bumi ini.Tidak pernah aku ingin memujamu.Tidak mahu aku mencintaimu dari sepatutnya yang ku rasa,kerana itulah kehendakmu.Itulah suara hatimu.Aku tahu..aku tidak ingin memujamu..tetapi aku sujud pada kudratNYA yang meanugerahkan dirimu kepada ku...Dia Yang Kudus,Dia Yang Awal dan Dia Yang Akhir..telah mentarbiahkan jiwa dan menyulitkan perjalanan hidupku hingga aku tersedar dari kefanaan bumi dan isinya.Lalu dia turunkan sebutir permata ke telapak tanganku..dan kemudian ku letakkan dan dekatkan di hatiku..itulah dirimu..dan anugerah ini,lebih menyedarkan aku betapa hinanya diriku..betapa lemahnya dirimu..
Walau kita berdua adalah makhluk yang penuh kekurangan fizikal,harta dan nama tetapi kita adalah jalinan cinta dari anugerah ALLAh..dan kau tidak pernah merungut atas segala yang tidak mampu kuberikan kepadamu.Kerana aku pasti jalinan antara hati kita memang jalinan yang suci dari anugerah ILAHI..Hingga terpaksa juga kuucapkan kata2 dari bibirku yang telah banyak berdusta ini..betapa aku cinta kepadamu wahai isteriku!..Biarpun ucapan ini hanya mampu kubisikkan ke telingamu ketika dirimu lena dengan tenang disisiku..meskipun aku tidak mampu menyatakannya kesekian kali..tetapi aku yakin ALLAH akan membantuku untuk membuat dirimu memahami bahasa hatiku ini..
Isteriku...
Aku telah penat jatuh cinta.Aku juga telah penat memuja keindahan dan seri dunia ini.Kini ku mohon jalan kembali dari hati yang musnah ini.Aku bertekad walau waktu yang kuperlu untuk menyucikan hati dan jiwa ini terlalu panjang..Entahkan terampun..entahkan tidak..namun dengan sokonganmu..aku bertekad! dan kulepaskan segala rasa apa yang ku mahu..Kadang2 menitik keringat ini menahan setiap detik bisik hawa nafsu atas apa yang mataku lihat,pada apa yang telingaku dengar.Hingga akhirnya aku faham..aku benar2 telah faham!Kenapa ALLAH mengujiku dengan penyeksaan batin ini melalui keinginan yang tidak bertepi...
Dulu jiwaku terlalu mendamba keindahan dunia.Kini aku faham kenapa perlu kulalui saat-saat yang amat pahit sehinggalah tiba waktu ALLAH tiupkan hidayah ke dalam hatiku untuk pulang mencari jalanNYA..Rupa2nya..itulah pengorbanan yang terpaksa kulakukan sebagai syarat sebelum mampu kumiliki anugerah yang terakhir ini..Itulah dirimu yang suci!Walau apa yang telah engkau lalui,walau sepahit mana rasa yang terpaksa kau telani..walau dirimu zahirnya tidaklah seindah mawar merah yang sedang mekar,tetapi diriku mula menyedari bahawa engkau yang ALLAH datangkan padaku ini adalah yang suci.Hingga segala gelap hati atas tarikan duniawi semua hilang pergi setelah engkau kumiliki..dan marilah kita berikrar di atas permaidani berduri ini,di bawah lembayung langit yang tak selalu cerah ini..kita tetap akan bersatu untuk merentas jalan cinta ILAHI moga dengan ikatan suci ini,diriku dan dirimu terpelihara dari debu dunia..Moga hatiku dan hatimu yang pernah gelap dulu kembali menikmati cahayaNYA....
Wahai isteriku....
Setelah engkau kumiliki..sedarlah aku..tatkala cinta ini bersatu,aku tidak pernah merasa gentar pada renungan matamu yang tulus itu meskipun itulah sinaran yang paling indah pernah kutatapi dari mata seorang wanita...Sebaliknya yang kurasa adalah getar kasih dan takutnya hatiku pada kudrat ALLAh yang telah membawamu kepadaku..Saat aku bahagia disisimu yang sering kali memaniskan bibirmu untukku,saat itu sebenarnya aku sedang merasa kerdil bila kekuasaan dan keagunganNYA Yang Maha Besar menusuk ke dalam hatiku tatkala jemari lembutmu menyentuh telapak tanganku.Betapa kerdilnya aku ini dan betapa hinanya aku ini untuk mendapat anugerah yang tidak ternilai....
Sekarang baru aku mampu merasa betapa hinanya hati lelaki sepertiku ini untuk memiliki dirimu yang suci.Betapa Pemurahnya DIa kerana memberikan engkau padaku walaupun diriku ini terlalu hina....dan aku pasti..semua rasa..semua cinta yang wujud apabila aku bersamamu..adalah yang ALLAh redhai..dirimu telah menyedarkan aku betapa kerdilnya kita...Ya..baru kini aku tahu kenapa Hawa diciptakan..bukan semata untuk menenteramkam batin bani Adam..tetapi hikmah di sebalik terciptanya dirimu adalah lebih besar dari itu....supaya darah dan jiwa lelaki yang mengalir di dalam diriku ini..juga didalam diri semua lelaki..sedar betapa kasihnya Dia kepada kita..Betapa besarnya Dia....dan yang terlahir dari bahagia ini mungkin untukkmu wahai isteriku..tetapi engkau mengajarkan diriku ini untuk memalingkan cintaku kepadaNYA..sesungguhnya ALLAH meanugerahkan dirimu untuk membawaku ke situ..dan adanya dirimu disisiku,telah membuka hatiku!
Telah Dia kurniakan penyejuk dan penenang hatiku,maka harus pula ku berjuang untuk terus menegakkan kalimahNYA di muka bumi ini...Katamu..engkau tidak pernah berdoa utk menjadi isteriku agar aku dapat memenuhi segala keperluan dan kemahuanmu...KAtamu..engkau mahu aku menganggap dirimu sebagai penyudah jalan perjuanganku.Pemudah jalan dakwahku.Pemudah segala urusan dunia dan akhiratku kerana engkau sedar betapa besarnya tanggungjawab dan amanah agama yang tergalas di bahuku ini.KAu begitu memahami diriku dan apa yang telah diamanahkan kepadaku..Apa lagi yang mahu aku cari...yang lebih baik daripada apa yang kau berikan itu? Tidak ada lagi...
Benar wahai isteriku...
Apa yang engkau katakan itu adalah benar!Engkau telah menyedarkan diriku tentang tanggungjawab agama yang selama ini aku abaikan..YAng selama ini aku tidak pedulikan..Engkau telah membawa aku ke jalan perjuangan yang sebenar..lalu apa lagi yang perlu aku tunggu dari hidup yang singkat ini...
Dan kini aku serahkan diriku padaNYA...Sebagaimana telah engkau serahkan dirimu kepadaNYA.....



Saturday, July 22, 2006

Cinta Seseorang Terhadap Saudaranya.....

عن أبى حمزة أنس بن مالك رضى الله عنه خادم رسوت الله صلى الله عليه وسلم عن النبي صلى عليه وسلم قال :لا يوْمن احدكم حتى يحب لاخيه ما يحب لنفسه-حدث رواه البخاري ومسلم
" Dari Abi Hamzah Anas bin Malik r.a khadam RAsul s.a.w dari nabi s.a.w sabdanya" Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri"...

Tuesday, July 18, 2006

Suratan atau Kebetulan

Sesuatu yang tak disangka,seringkali mendatangi kita,
Itukah suratan dalam kehidupan atau sekadar satu kebetulan...
Kita asyik membicarakan..persoalan hidup dan pilihan,
Serta kejujuran semakin berkurang..masih tiada bertemu jawapan..
Walau kita dihadapkan..dengan berbagai pilihan ..
Mengapa sering terjadi pilihan tak menepati..
Hingga amat menakutkan menghadapi masa depan..
Seolah telah terhapus sebuah kehidupan yang kudus..
Pertemuan sekali ini...
Bagiku amat bererti..
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan...
Bimbang kan berulang kesilapan..

Monday, July 17, 2006

Kata2 Hikmah Saidina Ali k.w.j



Sesungguhnya bagi ALLAH SWT ,hamba-hamba yang dikhususkan olehNYA dengan nikmat yang banyak untuk dikongsi bersama dengan hamba-hambaNYA yang lain,maka nikmat tersebut kekal disisi mereka.Apabila mereka melarang hamba-hamba ALLAH menggunakannya,maka ALLAH SWT akan menarik balik nikmat tersebut daripada mereka,seterusnya memberikan pula pada hamba-hambaNYA yang lain.

Ukhwah:Bertemu Itu Nikmat,Berpisah Itu Rahmat...


Sebenarnya..itu adalah motto program PSK( Perkhemahan Semaian Kasih) semasa di Jamasoh,Mesir pada 13-16 Julai 06 baru2 ni....first time mengikuti program ni...rasanya mahu join lagi lain kali...insyaALLAH..amat bermanfaat...dipenuhi dengan majlis2 ilmu,qiammullail,aktiviti bersukan di tepi pantai,bengkel dan sebagainya......walau teruk kena sunburn dan letih...untuk semua akhawat..manfaatkan apa yang kita dapat dari program tersebut,gunakannya untuk berdakwah,juga untuk kebaikan kita dunia dan akhirat......

Jumpa lagi.....

Assalamualaikum......



Sekian lama tak jumpa...saya kembali lagi..hehhehehe...sebenarnya..panjang citernya..saya lupa password blog saya ni..sekarang up date balik...selepas setahun....banyak yang berlaku dalam kehidupan kita kan.....yang ada sudah tiada....yang pergi tak kembali lagi...ALLAH yang menentukan segala-galanya..kita sebagai hamba..hanya mampu berdoa dan berdoa......moga teus tabah dalam melayari kehidupan di alam fana ini......ila liqo'...