Cinta ILAHI Cinta Utama

Sunday, January 20, 2008

Kita Bercakap Dalam Bahasa Yang Berbeza..

Jika kita lihat dalam masyarakat kita pada hari ini,fenomena kahwin cerai merupakan perkara biasa.ada yang berpuluh tahun kahwin,entah di mana silapnya ..bercerai.Ada juga yang baru mendirikan rumah tangga,tak sampai setahun bercerai.Rata2 bila terjadinya perkara tersebut,alasannya.." tak de jodoh''..,"jodoh di tangan ALLAH dan pelbagai lagi seribu satu alasan....
Saya pernah melihat dokumentari oleh pendakwah terkenal Harun YAhya,dalam dokumentari itu salah satu tanda2 kiamat kecil adalah runtuhnya institusi keluarga termasuklah banyaknya berlaku penceraian.Saya percaya,salah satu sebab utama juga ramainya para lelaki dan wanita membujang pada hari ini adalah kerana bimbang perkara sebegini terjadi dalam perkahwinan mereka.
Apa yang saya nak sentuh disini adalah,ramainya diantara pasangan suami dan isteri tidak memahami sikap dan karenah pasangan masing- masing.Ini juga antara salah satu sebab berlaku penceraian.Apa yang saya perhatikan(saya bukan pakar dalam hal2 sebegini),sememangnya lelaki dan perempuan ini menpunyai sikap dan sifat yang cukup berbeza..bak kata seorang motivater terkenal..''Kita 'bercakap' dalam 'bahasa'yang berbeza"
Lelaki biasanya bersikap egois,susah nak mengalah,keras ,kasar,berterus terang,gagah,kurang teliti dan bukannya makhluk emosi dan perasaan.Manakala perempuan pula biasanya lemah lembut,cakap secara kiasan,lemah,teliti,penuh dengan kasih sayang,caring,prihatin dan juga makhluk emosi dan perasaan.
Sebab itulah ALLAH Taala jadikan perempuan yang mengandungkan, melahirkan anakdan mendidik kerana mereka walaupun lemah,namun punya sifat kasih sayang yang cukup tinggi.Manakala sifat2 lelaki seperti kasar,egois,kurang teliti dan gagah pula tidak sesuai dalam bab2 macam ni,mereka lebih sesuai untuk jadi pemimpin atau ketua.
Aspek pemikiran wanita dan lelaki juga berbeza,lelaki biasanya lebih suak menumpukan soal yang besar dan rumit,dan kadangkala pemikiran mereka juga terbatas pada soal2 tertentu sahaja.Manakala aspek pemikiran seorang wanita ni lebih pada soal2 kecil dan remeh juga pada soal yang besar.Sebab itulah jika kita lihat,isteri atau ibulah yang selalu ambil berat pasal anak2,barang2 dapur,soal kekemasan rumah tangga dan soal kebersihan.Bukan sebab itu tanggungjawab mereka,tetapi disebabkan sifat dia yang prihatin dan teliti.
Bagi sang suami atau lelaki,apabila berhadapan dengan wanita/isteri,perlulah rendahkan sikit sifat egois mereka,namun tidaklah bermaksud membuang terus.Islam menganjurkan dalam bait muslim perlu ada mawaddah(kasih sayang) dan Rahmah (belas kasihan).Rahmah ini lebih ditekankan pada si suami.Sebagai contoh,si isteri tengah memasak,anak menangis,apalah salahnya si suami rendahkan sikit ego mereka dan adanya sifat rahmah tadi,pergi memujuk anak.Selalulah bantu isteri melakukan kerja2 rumah.Melakukan kerja rumah pun sebenarnya bukan tanggungjawab isteri,tetapi sebab keperihatinan mereka,jadi mereka melakukannya dengan rela hati.
Wanita biasanya bersifat lebih caring dari lelaki,jadi mereka biasanya lebih banyak bercakap,bertanyakan itu ini,atau menceritakan pelbagai perkara.Jika berjauhan dengan orang tersayang,biasanya,wanitalah yang akan selalu bertanya khabar,bukan nak tahu serba serbi apa yang dibuat oleh pasangannya,biasanya cukuplah sekadar tanya sihat ke tidak,dah makan ke belum.Nampak macam remeh kan,tapi sifat caring yang melampau itu,jadi mereka cepat risau juka pasangan mereka diam menyepi tanpa sebarang berita.Ini berbeza dengan lelaki.Kebanyakan lelaki biasanya menyatakan perasaan kasih sayang mereka dengan perlakuan mereka,wanita pula lebih pada ungkapan.
Perempuan juga lebih setia jika hendak dibandingkan dengan lelaki,mereka juga lebih banyak berkorban untuk insan2 tersayang...
Dalam sesebuah rumah tangga,perlulah ada sifat redha,menerima apa jua kelebihan dna kekurangan pasangan kita dan saling memperbaiki antara satu sama lain.Tak kira lelaki atau perempuan,masing2 punya kelebihan tersendiri,saling melengkapi.
Saya tulis atas dasar pemerhatian dan juga pembacaan,jadi mungkin ada yang silap.Bagi saya,jangan jadikan jurang dan perbezaan antara lelaki dna wanita itu sebagai satu masalah besar,tapi cari jalan penyelesaian dan slaing cuba faham memahami...insyaALLAH....


"Lelaki itu adalah pemimpin bagi perempuan,kerana ALLAH telah melebihkan sebahagian mereka(lelaki) atas sebahagian yang lain(perempuan) dan kerana mereka (lelaki) telah memberikan nafkah dari hartanya..."
Ayat 34: surah Annisa'


"Dan diantara tanda2 kebesaranNYA ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan merasa tenteramkepadanya,dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang.Sungguh,pada yang demikian itu benar2 terdapat tanda2 kebesaran ALLAH bagi mereka yang berfikir."

Ayat 21:Surah Ar-Rum

Saturday, January 19, 2008

10 Puteri Tak Dilindungi Bulan......

Masa saya melayari internet....saya ada terbaca satu blog hamba ALLAH ni...beliau ada siarkan rangkap2 lagu yang dibuat oleh Dr.Fatimah Busu yang berjudul 10 Puteri Tak Dilindungi Bulan....dan memang perkara sebegini memang realiti dalam masyarakat kita pada hari ini...sama2 kita renungkan....bulan?mmm...sama2 fikirkan...


10 Puteri Tak Dilindungi BulanBertemasya di Pantai Sri PengkalanSatu kena rogol beramai-ramaiTinggal lagi Sembilan.

9 Puteri Tak Dilindungi BulanBerpesta seks - video lucah di apartmenSatu sempat dicekup pencegah maksiatTinggal lagi lapan.

8 Puteri Tak Dilindungi BulanPergi ke konsert Jom HebohSatu hilang ikut jantanTinggal lagi tujuh.

7 Puteri Tak Dilindungi BulanJadi GRO di Kelab NilamSatu dibawa pulang oleh pelanggan dan dibunuhTinggal lagi enam.

6 Puteri Tak Dilindungi BulanBerpesta arak dan karaoke di kotaSatu terus jadi pelacurTinggal lagi lima.

5 Puteri Tak Dilindungi BulanSatu disuruh seludup dadah dan ditangkapTinggal lagi empat.

4 Puteri Tak Dilindungi BulanBercinta dengan Mat Hitam UgandaSatu sudah murtad hendak kahwinTinggal lagi tiga.

3 Puteri Tak Dilindungi BulanTerjebak dengan kumpulan bohsiaSatu ditangkap bunuh bayinyaTinggal lagi dua.

2 Puteri Tak Dilindungi BulanJadi Minah Rempit bersama Mat KutuSatu mati eksiden ketika lumba haramTinggal lagi satu.

1 Puteri Tak Dilindungi BulanSangat-sangat susah hati Termenung-menung seorang diri Bagai ayam mabuk tahi Rasa hidup sunyi sepi Berkurung dalam bilik setiap hariIbu bapa tak ambil peduli sibuk ke sana siniLalu terjun dari pangsapuriLangsung diapun mati

Thursday, January 17, 2008

Bicara Buat Teman...


Teman,

Kekadang aku rasakan diari hidup ini terlalu panjang,

Jika didalamnya penuh dengan kekecewaan,kesedihan,kesunyian serta kegagalan,

Mahu saja aku menamatkannya,

Namun....hadirmu membuatkan diri ini semakin tabah menghadapi liku dan ranjau hidup ini...


Teman,

Kekadang aku rasakan diari perjalanan hidupku terlalu singkat,

Jika di dalamnya penuh dengan keceriaan,kebahagiaan dan kegembiraan,

Apatah lagi bila adanya dirimu disisi,

Yang menjadi pembakar semangatku,

penasihatku dan sahabatku yang setia,

Sungguh bertuah sesiapa yang memilikimu....


Tapi Teman...

Seandainya suatu masa nanti...

kita punya haluan sendiri..

Kenangan bersamamu akan sentiasa dihati,

Ku ingin ukhwah ini abadi dan sejati,

Namun siapa aku untuk menentukannya,

Siapa aku untuk menyatakannya...


Harapanku hanya satu...

Ingin melihatmu bahagia..selamanya....

Untukmu teman...terima kasih segalanya...

Aku amat menyayangimu.....

Tuesday, January 15, 2008

Cuti Shita' (Winter)

Alhamdulillah..imtihan untuk paper Adab Balaghah dah abis 14/1 baru2 ni....satu paper untuk satu semester..memang nampak macam mudah bila tak banyak paper....tapi paper tu buatku pening kepala...aduh..mata pun macam dah rabun...hehehe...sebab paper tu kena baca sampai dua buku... 2 hari sebelum periksa kawan sebilik saya tak berani nak tegur...yelah serius semacam dok baca nota....diam je dia...kesian lak tengok...dia pun dah abis imtihan sehari sebelum tu..dia jugak satu paper je satu semester....moga ALLAH najahkan kami kali ni...insyaALLAH.....
Sekarang ni merdeka la kami...ingat lepas ni kalau ada rezeki nak amik kelas bahasa lagi...pastu nak amik kelas Quran..tapi tu semua kena tengok pada budget...kalo budget kurang...banyak benda tak boleh buat...tahun ni pulak semua barang naik...barang2 keperluan terutama minyak masak naik mendadak...hairan jugak...macam kat Malaysia pulak..tapi kalo kat Malaysia...memang tak heran pun...tiap-tiap tahun barang naik....
Tahun ni pulak tak dapat zakat...bantuan apa pun tak dapat...insyaALLAH..cuba pujuk hati...rezeki ALLAH ada di mana2...kadang2 tanpa disangka2...insyaALLAH...imtihan bulan 5 ni pulak..untuk semester dua....madah power jugak...Quran dan Feqh Muqaran...usaha pun kena power jugakla....InsyaALLAH...oh yer...kat Al-Azhar..satu semster lebih kurang 3 bulan je...masuk bulan 9,bulan 10,11,12 belajar tuk semester 1,bulan 1 tu dah imtihan semester 1,semester 2 pulak imtihan bulan 5 biasanya...belajar bulan 2,3,4..so satu semester 3 bulan je...yang lain tu cuti...lepas imtihan ni..cuti dalam 2 minggu jugak baru start kuliah balik....
So tengah cuti ni...ingat ada rezeki nak turun Kaherah,ada Maarad Kutub Addauli-Pesta Buku Antarabangsa..tak de duit nak beli..dapat cuci mata pun ok...hehehe..lepas tension.....

Oklah...buat sahabat dan sahabiah di luar sana yang masih banyak paper yang nak diselesaikan...ma'a taufik wa najah....insyaALLAH....