Cinta ILAHI Cinta Utama

Monday, April 21, 2008

Di Ambang Imtihan.....

Tak sampai sebulan lagi...imtihan akhir untuk tahun ini akan menjelma....persediaan ke arah itu insyaALLAH akan berterusan...harap2 najah tahun ini...insyaALLAH...kadang-kadang sebagai manusia kita tak dapat lari dari perasaan kecewa dan sedih...orang lain mungkin hanya boleh ungkapkan sabar...namun empunya diri yang menanggung kadang2 rasa mahu tersungkur.....ALLAH Taala sebaik2 tempat mengadu...moga terus dikuatkan hati,iman dan perasaan...insyaALLAH...
Menghampiri imtihan....biasalah pelbagai masalah timbul satu persatu...stress atau tension tu ALLAH je yang tahu...rasa mahu pergi jauh...tempat yang jauh....mencari ketenangan dan kekuatan....mencari "diri" yang ''hilang"....Ya ALLAH...kuatkan aku yang lemah ini....Kuatkanlah Ya ALLAH.....
Semalam...buat makan-makan sikit untuk adik-adik junior..tak ramai pun yang ajak sebenarnya..maklumlah tak cukup budget..krisis kewangan ..namun hajat nak buat tu tercapai jugak sebelum menjelang imtihan ni...kongsi dengan kakak sebilik....diorang datang selepas asar...rasa macam lega sangat...memang diorang nak datang ziarah sebenarnya...betullah kalau kita niat bersedekah tu...akan timbul perasaan tenang dalam diri....sedekah juga dapat penghapus dosa-dosa sebelum ini....insyaALLAH....
Saya nak mintak maaf kepada pembaca-pembaca diluar sana...jika ada tulisan-tulisan saya sebelum ini ada yang membuat pembaca diluar sana terasa hati atau sebagainya...doakan saya najah dalam imtihan nanti...doakan saya juga kuat dan tabah menghadapi segalanya....
Kepada pembaca yang mengikuti perkembangan blog saya(jika ada,syukran banyak2)...saya mintak maaf banyak2...tak dapat update blog ni selalu...mungkin selepas ni blog mungkin tak akan diupdate lagi...insyaALLAH lepas imtihan akan fly ke Malaysia....biasanya jika di Malaysia..saya biasanya tiada kelapangan untuk updatekan blog yang tak seberapa ini.....jika ada saya akan updatekan..insyaALLAH...

ALLAHUMMA najahni fi imtihan......ALLAHUMMa najahni fi imtihan.....fi dunnia wal akhirah.....

Tuesday, April 01, 2008

Sekadar Renungan...........

Saya pernah mendapat artikel ini dari seorang sahabat ketika di kolej dulu..bila baca balik ...tersentuh rasa hati.....sekadar renungan bersama..........

Jika kamu memancing ikan....
setelah
ikan itu terlekat dimata kail hendaklah
kamu mengambil terus ikan itu....
janganlah sesekali
kamu lepaskan ia semula ke dalam air
begitu sahaja.... kerana ia akan sakit
oleh kerana bisanya ketajaman mata kail
mu dan mungkin akan menderita selagi ia
masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu
memberi banyak pengharapan kepada
seseorang... setelah ia mula
menyayangimu hendaklah kamu menjaga
hatinya.... janganlah sesekali kamu
terus meninggalkannya begitu sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan
bersamamu dan mungkin tidak dapat
melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu....

Jika kamu menadah air
biarlah berpada, jangan terlalu
mengharap pada takungannya dan janganlah
menganggap ia begitu teguh.... cukuplah
sekadar keperluanmu.... Apabila sekali
ia retak.... tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula.... akhirnya ia
dibuang.... sedangkan jika kamu cuba
membaikinya mungkin ia masih boleh
digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang
terima lah seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa.... anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan
bukan mudah bagi kamu untuk
menerimanya.... akhirnya kamu kecewa
meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh
jadi hubungan kamu akan berterusan
hingga keakhirnya....

Jika kamu telah
memiliki sepinggan nasi... yang kamu
pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan.
Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba
mencari makanan yang lain.. Terlalu
ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak
boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu
dengan seorang insan... yang kamu pasti
membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu
berlengah, cuba membandingkannya dengan
yang lain. Terlalu mengejar
kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya
dan Kamu akan menyesal apabila dia
beralih arah.

Janganlah kau angkuh melaungkan... Si
dia kepunyaanmu...
Atau kau kepunyaan si dia ... Kerana
hakikatnya... Kita tidak pernah memiliki
sesiapa... Walau sekeping hati seorang
insan...
Tidakkah kau sedar... Hukum alam
menyatakan... Menyintai tidak semestinya
memiliki?...
Manusia pandai berpura... Berlakon di
pentas dunia... Dan bertopeng menutup
rahsia.. Tetapi hati... Tidak pernah
berdusta pada empunya... Tentang
perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar... Mungkin si dia
melafazkan... Ungkapan cinta padamu...
Tetapi hati dan perasaannya... Tidak
pernah berniat begitu... Dia hanya
berselindung... Di sebalik sejuta
alasan...Dan kau... Begitu jujur dan
setia menyintainya.. Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan.. Menyintai tidak
bermakna memiliki..
Sesungguhnya... "Aku tidak pernah
memiliki dirimu..." "Dan kaunjua tidak
memiliki diriku."
Mengertilah... Kita sebenarnya
kepunyaan.. Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri
kita... Kecuali Dia... Dia mengasihi
hambaNya...Dia memiliki hambaNya... Dan
ke pangkuan Dia kita akan dikembali.