Cinta ILAHI Cinta Utama

Saturday, March 17, 2007

Melur dan Mawar Berduri......

Melur itu,
Walau tidak secantik mawar berduri,
Namun punya tarikan tersendiri,
Kecantikan yang hakiki,
Bagi yang melihat dengan mata hati.

Melur itu,
Tidak semerah mawar berduri,
Ianya putih suci,
Melambangkan keperibadian sejati,
Punya harga dan maruah diri.

Melur itu,
Jauh bezanya dengan mawar,
Yang sentiasa dijaga rapi,
Dari kumbang yang iri hati,
Namun si melur pandai menjaga diri,
Sentiasa berbakti walau diketepi.

Melur bukan mawar berduri,
Yang dijual dengan harga yang tinggi,
Dipamer di sana sini,
Melur hanya dicari kerana punya wangian yang asli.

Melur biarpun terpinggir,
Namun wangiannya sentiasa diingati,
Serinya tetap dihati,
Bagi sang kumbang yang cinta ILAHI di hati.....




Thursday, March 15, 2007

DIA Maha Penyayang

Tak berapa lama lagi,imtihan akhir akan menjelma..bila ingat2 balik memang kecut perut dengan 9 madah (subjek) yang agak power...sememangnya boleh demam dan pening2 lalat.Sistem Al-Azhar yang tidak sama dengan sistem universiti lain di dunia turut sama menyebabkan diri saya gementar untuk menghadapi imtihan,apatah lagi untuk final year ini.
Markah lulus 50-64,jadi agak sukar untuk lulus ataupun mendapat jayyid(baik).Ini kerana untuk jayyid pun kena dapat sekurang2nya 65-79.Apapun yang berlaku,saya pasrah dan redha di atas ketentuanNYA kerana saya yakin di sebalik satu2 peristiwa ada banyak perkara yang baik disebaliknya(hikmah).
Saya masih ingat kata2 seorang pensyarah ketika di kolej"Ilmu yang lekat dijiwa adalah ilmu yang kita ikhlas belajar kerana ALLAH Taala bukan kerana ilmu yang dicari untuk harta dan pangkat,tidak semestinya seseorang itu lama belajar,dia tidak pandai tetapi ALLAH ingin beri dia ilmu yang ALLAH tidak berikan pada orang lain"
Kata2 inilah yang saya pegang hingga ke hari ini,saya tahu ALLAH Maha Penyayang dan DIA tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.Pada saya kejayaan yang sebenar adalah kejayaan selepas kesusahan dan kegagalan,sebab kita akan lebih menghargainya.Bak kata Assyahid Hassan Al-Banna:
"Kemenangan dan kejayaan hanya milik mereka yang sanggup berkorban,sabar menanggung kesusahan dan kemiskinan"

Sesungguhnya pada jiwa manusia terdapat tarikan kuat pada kelazatan,kecantikan dan kesenangan dan dalam perkara yang sama ia akan membenci sesuatu yang sukar,payah dan hodoh,inilah yang dinamakan nafsu dan nafsu ini jika tidak dididik dengan cahaya iman dan amal nescaya akan merosakkan dan membinasakan kita.
Begitulah juga..semua orang inginkan kejayaan bukan kegagalan..namun bila kita gagal tidak semestinya ALLAH tidak sayang,jika kita lihat para nabi dan RAsul serta para sahabat terdahulu sering diuji dengan kegagalan,derita,kemiskinan dan sebagainya,namun kemudian nikmat yang tidak terhingga....dunia mereka sengsara,akhirat mereka bahagia....

" Setiap ujian yang datang adalah tarbiah dari ALLAH untuk melihat apakah kita sabar atau tidak,kesenangan yang datang selepas kesusahan adalah nikmat dari ALLAH.Jangan difikir derita akan berpanjangan kelak akan membawa putus asa pada Tuhan.Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan setelah kabus berlalu,pasti cerah kembali"

Saya suka dengan lirik nasyid ni.Mungkin selama ini kita alpa,lalai dan leka maka ALLAH bagi kita ujian tertentu sebagai tanbih(teguran/peringatan) kita kembali padaNYA.Kadang-kadang dipertemukan kita dengan orang2 tertentu yang boleh menyedarkan dan menasihati kita.Ini juga adalah salah satu tanda kasih dan sayang ALLAh Taala,supaya kita tidak hanyut lagi dan kembali ke pangkal jalan.Betapa ramai ahli ibadah dan ahli sufi yang dahulunya adalah tergolong dari mereka yang melakukan maksiat.Tetapi selepas melepasi ujian dan ditarbiah oleh ALLAH..mereka mendapat tempat yang tinggi disisi ALLAH.
Kadang-kadang pertolongan yang tidak sangka2 ALLAH berikan ketika kita dalam kesusahan.Saya pernah balik dari Kaherah ke Iskandariah sorang2 naik keretapi,waktu tu memang takut..tapi hati cakap takpe,ALLAH ada..tak lama kemudian muncul 3 orang akhawat Malaysia yang naik keretapi yang sama juga...jadi ALLAH bagi saya teman ke Iskandariah bukan sorang tetapi 3 sekaligus...subhanallah.....Begitu juga jika dalam kesempitan kewangan,tiba2 datang rezeki yang tidak disangka2....
Itulah dia lambang kasih sayang ALLAH Taala....kita sebagai hamba yang dhoif,selalu alpa dan lalai,melakukan dosa dan maksiat..namun DIA Yang Maha Penyayang sentiasa limpahkan rahmatNYA pada kita......

"Sesesungguhnya ALLAH Taala tidak akan menganiaya seseorang walau sebesar zarah...."
(Surah An-Nisa :40)

Saturday, March 03, 2007

Mahabbah Fillah





Hari ni bermusafir ke Kaherah kerana ingin menghadiri majlis wida' seorang sahabat yang ingin pulang ke Malaysia.Alhamdulillah beliau telah berjaya menamatkan pengajian bersama-sama dengan suami tersayang..Begitulah lumrah hidup ini,setiap perkara mesti ada pasangannya,bertemu dan berpisah,suka dan duka,baik dan buruk,hidup dan mati dan pelbagai lagi....
Pertemuan kadangkala tanpa dirancang,perpisahan selalunya tidak diundang,namun takdir yang menentukan segalanya...Pertemuan dan perpisahan inilah yang banyak mengajar kita erti mahabbah(kasih sayang) dan ukhwah...Namun kasih sayang yang dicurahkan kepada makhluk selalunya tidak bersifat kekal,ianya fana' seperti bumi yang fana' ini...kerana makhluk akan pergi meninggalkan kita bila tiba masanya...
Jika kasih sayang itu kerana ALLAH Taala(Mahabbah Fillah) maka walau kemana sahaja kita pergi,sentiasa akan diingati dalam setiap bisikan doa.Antara contohnya doa Rabitah:

"Ya ALLAH Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMU,bertemu untuk mematuhi perintahMU,bersatu memikul beban dakwahMU.Hati-hati ini telah mengikat janji setiauntuk mendaulat dan menyokong syariatMU,maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya.Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini.Tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanya yang sebenar.Penuhkanlah piala hati ini dengan cahaya RabbaniMU yang tidak kunjung malap.Lapangka hati-hati ini dengan limpahan iman/kenyakinan dan keindahan tawakkalMU.Hidup suburkan hati2 ini dengan ma'rifat tentangMU,Jika engkau mentaqdirkan mati,maka matikanlah hati2 ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMU.Engkaulah sebaik2 sandaran dan sebaik2 penolong.Ya ALLAH..perkenankanlah permintaan ini...."

Bercerita tentang mahabbah fillah,saya teringat kisah para sahabat Rasulullah s.a.w,mereka sanggup berkorban apa sahaja demi untuk tegakkan kalimah ALLAH dan juga kerana mahabbah fillah antara mereka dan Rasulullah s.a.w.Kisah yang menyentuh perasaan saya ialah bagaimana kasihnya Saidina Abu Bakar As-siddiq RA terhadap Rasul s.a.w sehingga sanggup dipatuk ular kerana hendak melindungi Rasul s.a.w.
Rasul s.a.w dan Saidina Abu Bakar ketika itu berada di gua menyembunyikan diri dari kafir Quraisy yang ingin membunuh baginda.Ketika di dalam gua,baginda berbaring di atas riba Saidina Abu Bakar dan berdekatan tempat baginda berbaring ada lubang ular.Saidina Abu BAkar menutup lubang tersebut dengan tangannya dan perkara ini tidak disedari oelh Rasul s.a.w sehinggalah air mata Abu Bakar As-siddiq terkena wajah Rasullullah s.a.w

Saidina Abu Bakar mengeluarkan air mata kerana kesakita dipatuk ular...MasyaALLAH...Inilah dia kisah pengorbanan seorang sahabat kerana mahabbah fillah yang patut diambil iktibar...Adakah kita sanggup atau mampu melakukan pengorbanan sedemikian rupa?

Selalunya hidup ini menuntut pengorbanan yang bukan sedikit dari kita untuk insan-insan disekeliling kita,berkorban hati dan perasaan,harta malahan berkorban jiwa...Berkorban diri untuk kebahagiaan orang lain juga adalah salah satu ciri mahabbah fillah....

Bertemu dan berpisah kita adalah janji dari Yang Maha Esa...selagi kita berada di satu jalan,satu aqidah,satu agama dan percaya pada Yang Maha Satu,maka kita akan berjumpa lagi di jannahNYA...InsyaALLAH....

Berpisah bukan pengakhiran segalanya.....