Cinta ILAHI Cinta Utama

Monday, April 27, 2009

Kerja Cabaran Lain...Belajar Cabaran Lain...

Alhamdulillah.....syukur kepada ALLAH Taala kerana melimpahkan rezekiNYA pada hambaNYA yang kerdil ini....syukur pada ALLAH Taala juga kerana saya "menanam anggur " selama 4 bulan sahaja kemudian dapat kerja tetap...alhamdulillah....
Bila dah kerja...baru saya faham keluhan-keluhan sahabat-sahabat saya sebelum ni...kerja cabaran dia lagi banyak dan lagi besar dari belajar....Masa kita belajar kita stress dengan ujian atau peperiksaan....tapi bila kerja kita stress dengan ragam pihak atasan....dengan orang luar..dengan kerja...huhuhu....inilah ujian hidup yang terpaksa kita tempuhi.....
Bila saya terjun dalam bidang mahkamah syariah ni....saya didedahkan dengan pelbagai kes sama ada kes Mal-penceraian,pengesahan perkahwinan,faraidh,nafkah,hadhanah dan sebagainya serta kes jenayah syariah-qazaf,liwat,musahaqah(lesbian),khalwat,berjudi,minum arak dan sebagainya.....saya dapati masyarakat kita masih ramai yang tidak mengetahui sesuatu hukum atau ilmu itu atau tidak didedahkan dengan perkara2 tersebut....jadi bila berlaku sesuatu permasalahan dalam perkahwinan contohnya...akan ada pihak-pihak yang teraniaya atau pihak yang tidak tau hak-hak mereka....dan ini memang sesuatu yang amat menyedihkan...
Ilmu-ilmu berkenaan rumah tangga,jenayah syariah pihak berwajib sepatutnya menghebahkan lebih banyak lagi seperti di media-media elektronik mahupun di media cetak supaya masyarakat lebih tahu,faham dan sedar akan hak,tanggungjawab dan hukum sesuatu perkara....ini mengelakkan masyarakat tidak faham dan masih terkapai-kapai.....sayang jika kita umat ISLAM ini masih jahil tentang sesuatu ilmu itu dan main ikut suka hati je....main rembat je..nikah,rujuk dan cerai suatu perkara yang tak boleh dibuat main-main...kerana jika dibuat main-main pun dia akan jadi jugak....jadi berhati-hatilah diatas setiap perbuatan kita...
Sebelum berumah tangga sepatutnya kita tahu tentang ilmu rumah tangga...pasal cerai,rujuk dan sebagainya serta ilmu fardhu ain seperti halal haram,wajib,sunat,dosa pahala ....itulah sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kesusahan dan bebanan buat kita suatu hari nanti....