Cinta ILAHI Cinta Utama

Wednesday, February 20, 2008

Selamat Berjuang Semua.....

Tak berapa lama lagi.....negara kita nak menghadapi sesuatu yang penting..apa lagi kalau bukan pilihanraya....bila dah semakin dekat nak mengundi ni(8/3/2008)..maka bermulalah cerita2 yang bermacam2..ada yang sedap didengar..ada yang tak sedap didengar..tapi pada saya..banyak yang tak sedap didengar......moga tidak adalah perkara2 yang elok terjadi..maklumlah..masing2 nak meraih undi..jadi menggunakan pelbagai taktik....harap-harap semuanya menggunakan saluran yang betul dan cara yang betul....
Pada mereka yang layak mengundi..jangan lupa pergi mengundi..ini adalah tanggungjawab kita...undilah yang boleh membawa kebaikan pada kita dunia dan akhirat...bukan setakat dunia sahaja...kerana..dunia ini adalah kesenangan yang sementara.....fana'..dan kerana kesenangan dunia yang sementara ini juga menyebabkan kita hancur...sebagaimana hadith Rasulullah s.a.w

"Demi ALLAH!Aku tidak takut kamu fakir,tapi yang aku takutkan adalah percintaan kalian terhadap kesenangan dunia dan saling berlumba-lumba untuk mencapai kesenagan dunia,sehingga dunia tersebut menjadikan kalian hancur sebagaimana umat-umat sebelum kalian"
(Hadith Riwayat Bukhari)

Undilah pemimpin yang menjadikan Al-Quran dan Assunnah sebagai pegangan dan rujukan sepenuhnya..bukan pemimpin yang menjadikan agama hanya sebagai alat....tetapi tidak berpegang sepenuhnya....kerana bila agama diketepikan maka akan rosaklah sesuatu masyarakat..seperti mafhum hadith:

"Ada dua golongan sekiranya rosak dua golongan ini alamatnya rosaklah dunia ini iaitu pemimpin yang zalim dan ulama yang jahat"

Jika pemimpin dari kalangan mereka yang jujur dan alim serta soleh..maka semua akan mendapat manfaat...kerana mereka tidak akan menyelewangkan harta rakyat dengan sewenang2nya...malah harta2 tersebut akan diagihkan dengan saksama dan adil....

"Sebaik-baik harta ialah harta yang dimiliki oleh lelaki yang soleh..dengannya dia akan menghubungkan silaturrahim dan melakukan kerja yang maaruf"

(hadith Riwayat Ahmad)

Saya juga layak mengundi tetapi tidak dapat pergi mengundi...terkilan juga tidak dapat melakukan tanggungjawab ini..namun perjuangan saya yang perlu saya utamakan juga adalah perjuangan menuntut ilmu ini.....insyaALLAH...

Saya juga ingin meminta pertolongan sesiapa diluar sana...cara untuk kita mentarbiah seorang remaja yang kaki clubbing,lesbian,merokok dan kaki lepak...apa cara terbaik untuk kita menasihati mereka....kerana sudah dinasihati secara berhemah..tetapi dalam masa yang sama seolah2 cuba lari dari kita....tolong emailkan kepada saya..wardatul_musfirah@yahoo.com...moga2 ada diantara cara2 tersebut berjaya..insyaALLAH....

Selamat berjuang semua....insyaALLAH...ALLAH akan menolong kita....

(( Wahai orang-orang yang beriman!Jika kamu menolong (agama)ALLAH,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu))
Surah Muhammad:ayat7






Friday, February 15, 2008

Sanah Helwa Ya Jamilah....

Hari ni hari jadi diriku.....peningkatan umur bermakna semakin dekat menuju DIA...bila fikir2 balik..amal apa yang hendak dibawa..kebaikan apa yang hendak dibawa....terasa diri begitu kerdil....
Hari ni tak pergi mana2 pun...hanya lepak2 dirumah...terlalu terkenang pada arwah mak...yang melahirkan diriku pada tarikh keramat ni....biasanya arwah yang selalu mengingati tarikh ni.....lepas tu mesti tanya saya nak apa...mmm..moga rohnya dicucuri rahmat....

Malam tadi....dikejutkan dengan 'surprise party' oleh ahli bait...syukran jazilan kawan2....dengan kek yang comel...hehehhe..terkejut juga bila mana salah seorang kawna saya cakap ada kawan nak jumpa saya kat luar..masa tu pukul 12 tengah malam lebih...dalam hati terfikir gak sapalah nak jumpa saya tgh2 malam ni..nak bukak pintu teragak2...bila2 bukak rupa2nya 2 orang lagi kawan saya tengah pegang kek....Ya ALLAH..terharunya...cuba berlagak kuat supaya air mata tak terhambur keluar...hehhe..sensitifla minah ni...lepas acara bergambar...mereka suruh saya baca doa selamat sebelum potong kek...dalam hati..kuat ke nak baca doa ni...takut2 nanti banjir...tapi ..alhamdulillah.....

Hari ni...entahla...kenapa kesedihan tu selalu membelengu jiwa....cuba pujuk hati dengan mendengar bacaan Quran....alih-alih tertidur...sedar2 bila kawan Arab datang untuk mengajar saya B.Arab..perbualan dalam B.Arab Fushah dan Ammiah....kelas yang tertangguh tahun lepas...

Semalam...buat majlis bacaan Yasin..untuk arwah mak dan juga adik..sebenarnya majlis tu jiran saya yang nak buat untuk arwah ayahnya...tapi saya kongsi dengan beliau...sebab nak niat nak buat tu dah lama...tapi tak terbuat...alhamdulillah...majlis berlansung dengan lancar...majlis tu buat dirumahnya yang bertentangan dengan rumah saya...moga mendapat keberkatan ...insyaALLAH......

Doakan moga ALLAH bagi saya kekuatan.....

Monday, February 04, 2008

La Tahzan..........

Dah lama tak mencoret sepatah dua kata kat blog ni....tengah-tengah baca paper hari ni...tiba2 rasa rindu dekat blog yang tak seberapa ni....rasa macam nak bersara dari menulis di sini...tapi bila fikir2kan balik blog ni sebahagiannya hasil pertolongan insan2 yang banyak berjasa pada diri ini..dan kalau boleh tanaklah ia berkubur macam tu je...selagi boleh buat kebaikan dan boleh dijadikan wadah kepada dakwah dan islah...insyaALLAH.....
La tahzan...kenapa saya pilih tajuk tu?sebenarnya hati tengah bersedih....selagi kita dinamakan manusia yang punya perasaan,punya hati...perasaan sedih dan seribu satu perasaan lagi tak dapat nak dihilangkan dari kehidupan kita...cuba pujuk hati...cuba kuatkan hati....disaat-saat kita bersedih...hanya ALLAH Taala tempat pergantungan...hanya DIA tempat mengadu....
Cuti ni...banyak benda nak dilakukan...namun semua terhalang kerana sebab2 tertentu...biasalah..sebagai pelajar..masalah besar tentulah kewangan...jadi hasrat untuk menghadiri kelas bahasa juga tertunda...belum ada rezeki...jadi hanya lepak2 dirumah..sambil2 cuba refresh balik hafalan Quran....ujian hafalan Quran dan bertulis biasanya bulan 5 dan bulan 7..jadi tak berapa lama lagi nampaknya...insyaALLAH..moga dipermudahkan ALLAH...
Rasa sikit terhibur bila dapat sms dari seorang sahabat yang menceritakan keletah nakal anak sulungnya...katanya puteranya dah pandai merangkak...asyik tersenyum je...teringat pulak dekat anak saudara Hasif (Muhammad Anwar Hasif)..si hensem yang nakal...pernah lengan ni lebam kena gigit...boleh tahan jugak garangnyer...heheheh....saya ni pulak suka mengusik...nasibla dapat mak sedara macam ni..hihihi....
Baru-baru ni berkesempatan jugaklah "ziarah" maarad kitab-Pesta buku kat Kaherah...walau kekurangan fulus...dapat tengok2 kitab yang dijual hati dah lega..sebab saya ni memang suka pada buku....apa yang saya dapat lihat...persaingan antara orang ISLAM dan bukan ISLAM dalam membeli buku2 amat memberansangkan...ini dilihat pada buku2 yang dibeli mereka banyak buku2 yang berunsur ilmiah...namun...janganlah sekadar membeli dna dibaca tanpa ada apa2 perubahan yang dilakukan...ISLAM kaya dengan ilmu pengetahuan sejak zaman berzaman lagi...dan kebanyakan ilmu2 hari ini seperti sains adalah daripada Al-Quran dan kajian tokoh2 ISLAM lampau...namun kerana kelekaan kita umat ISLAM...semua ilmu itu diambil alih oleh bukan Muslim ni..jadinya..kita sekarang lebih berbangga dengan tokoh2 mereka daripada tokoh2 ISLAM kita...kita lupa pada Ibnu Battutah-pengembara yang termasyur...kita lebih 'kenal' pada Marco Polo...kita lupa pada Mutannabi-penyair yang gah..tapi kita lebih kenal Shakespeare...(sekadar menyebut beberapa nama).....jadi sampai bila semua ni akan berakhir jikalau kita sendiri tidak melakukannya?(peringatan untuk diri sendiri juga)....
Pada insan-insan diluar sana yang juga dalam kesedihan...La Tahzan...ALLAH bersama kita insyaALLAH..mengadulah padanya...jangan diikutkan sangat rasa hati...selagi kita dinamakan insan yang beriman...kita akan sentiasa diuji dan diuji.....sabarlah....