Cinta ILAHI Cinta Utama

Sunday, July 22, 2007

Perkahwinan dan Pernikahan..........

Puisi ini saya copy paste untuk tatapan semua…saya suka gaya bahasa dan apa yang ingin disampaikan ……

Pernikahan ataupun perkahwinan,

Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, Menjadi solehah .......

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah,

kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman,
Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan,
kamu gembalanya,
Isteri adalah murid,
kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil ,
kamu tempat bermanjanya, Saat Isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya...

Pernikahan ataupun perkahwinan
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Karena memiliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah, Pun bukanlah Saidina Ali Karamullahuwajha,
Cuma kita, suami akhir zaman, Yang berusaha menjadi SOLEH

Saturday, July 14, 2007

Arish...Rafah..Gaza....Memori Terpahat..


Tanggal 12/7/07...berakhirlah sudah program Perkhemahan Semai Kasih(PSK07) di Arish,selatan Sinai,Mesir.....program itu yang bermula dari 9/7 disertai akhawat seramai 80 orang dari Fakulti Pengajian Islam dan B.Arab Univ. Al-Azhar dari furu' Iskandariah,Mansurah dan Kaherah serta akhawat dari Fakulti Perubatan dari Univ. Kaherah,Univ.Mansurah,Univ.Iskandariah dan Univ.Ain Syam itu sungguh bermakna.....Saya tiba di tempat yang dijanjikan sebelum bertolak seawal 6 pagi..waktu yang dijanjikan adalah 730 pagi...kemudian diminta untuk menunggu akhawat Medic di tepi jalan pada pukul 7 sebagai petunjuk arah kerana mereka tidak tahu tempat tersebut...kerana kebanyakan mereka pelajar tahun 1....pukul 7 pagi dimusim panas seumpama pukul 1 tghari ..membahang..dengan suhu lebih kurang 42 celcius..kemudian pukul 830 pagi kami bertolak ke Arish..terlambat dari masa ditetapkan...tiba di Arish pada pukul 2 ptg...memberi sedikit taklimat untuk ahli bait seramai 9 orang( 10 termasuk saya) yang terdiri dari 7 akhawat Medic dan 2 akhawat Syariah...kami memulakan program selepas makan tengah hari...program yang cukup padat dengan pembentangan kertas kerja dan sukan....selama 3 hari berturut2...
Pada 11/7 kami memulakan Jaulah ke Rafah... betul2 sempadan Gaza,Palestin.....El-Arish merupakan bandar terbesar bagi muhafazah barat Sinai,Mesir.Terkenal dengan keindahan alam sektarnya..yang merupakan faktor berkembang industri perlancongan,pantai yang biru dan bersih,tanah yang subur dengan pelbagai jenis tanaman(kurma,epal,tomato,zaitun,mangga) dan pasir yang putih dan lembut.
Sejak dulu lagi Arish menjadi rebutan kuasa2 imperialis sebelum jadi perhatian zionis(Yahudi Laknatullah).Yang paling memberi kesan dalam hati saya ialah ketika kami dibawa melawat ke kawasan tempat yang dibom oleh Yahudi Laknatullah....kawasan tersebut dahulunya tempat perlancongan elit golongan Yahudi tersebut,tetapi setelah mereka menyerahkan kembali Arish kepada kerajaan Mesir..Yahudi2 yang busuk hati itu telah mengebom kawasan tersebut..kerana mereka tidak mahu orang2 Mesir menggunakan tempat tersebut..dan mereka juga buat satu perjanjian bodoh iaitu kerajaan Mesir atau sesiapa sahaja di situ tidak boleh membangunkan kawasan yang telah dibom itu..kalau tidak Yahudi itu akan memerangi mereka....kami juga pergi ke Rafah dan melihat sendiri Palestin-walau dari jauh-lebih kurang dalam 200 meter......dengan tembok-tembok tinggi sekitar 10 meter yang mengelilingi Palestin....(sampai dikatakan Palestin merupakan penjara terbesar di dunia)kalau boleh kami ingin melihat disebalik tembok itu...kami boleh melihat dengan jelas dengan bantuan kamera digital bangunan2 dan rumah2 orang Palestin yang dibom dan ditembak....namun diatas sana ada pos kawalan tentera Israel Laknatullah yang sedang memerhatikan kami...jadi kami terpaksa berlalu pergi....

Semasa kami ada program ditepi pantai di Arish...kami dihampiri 2 wanita Arab..rupa2nya mereka ialah Arab Palestin yang baru balik dari umrah tetapi dihalang masuk ke Palestin oleh askar2 Yahudi Israel.....peluang itu saya ambil untuk berkongsi cerita dan pengalaman mereka...bila saya minta untuk bergambar..salah seorang makcik Arab itu lantas memeluk dan mencium saya.....bila saya katakan padanya.."kami umat ISLAM seluruh dunia sentiasa doakan pembebasan Palestine "...air matanya bergenang.......saya yang hanya mendengar ceritanya cukup terseksa.....apatah lagi beliau dan orang-orang Palestine yang tiap2 hari terpaksa berhadapan dengan kekejaman dan kejahatan Yahudi laknatullah......

Ya ALLAH...YA ALLAH..... YA ALLAH....bantulah mereka...bantulah mereka....

http://profile.imeem.com/H8yr8X/music/9kT4l0gw/untukmu_syuhada/

Saturday, July 07, 2007

Apa Nak Jadi Dengan Kita......

Bila bukak internet..hajat di hati nak baca paper..rasa macam tak lengkap kalau sehari tak baca paper..tapi bila bukak paper Malaysia ni kadang-kadang rasa meluat dan menyampah..maafla..mungkin kedengaran kasar..tapi itulah hakikatnya....masalah artis diperbesar2kan..artis tu putus cinta ngan orang ni..artis ni bercinta dengan orang tu...agaknya inilahlah mentaliti orang kita..benda yang remeh temeh yang bersifat "sampah" lebih suka diambil tahu...dari ambil tahu dan ambil peduli dengan permasalahan umat....isu murtad,masalah sosial,ajaran sesat dan sebagainya yang lebih besar dan perlu diambil tahu ..buat2 tak nampak atau buat2 tak tahu.....
Syarikat-syarikat akhbar pula agaknya dah ketandusan berita sampaikan berita artis di muka depan...atau salah satu sebab untuk pelaris akhbar?...pada saya orang yang suka hiburan semata2 hanyalah orang yang tidak berilmu....hidup hanya untuk berseronok2..padahal ALLAH jadikan kita untuk beribadat kepadanya seperti mafhum dari ayat Al-Quran

"Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKU"

Mungkin ada yang salah anggap dengan ibadat...ibadat bukannya hanya solat,puasa,haji sahaja..tapi seluruh perlakuan kita jika kita niat untuk ALLAH adalah ibadat....sebab ibadah ini ada dua..ibadah khusus seperti solat,puasa,haji...dan ibadah am seperti bekerja,ziarah dan lain-lain2 lagi......
Hiburan tidak salah...tetapi jadi salah kalau bertentangan dengan syariat...lupa Tuhan..lalai..alpa...berlebih-lebihan....
Penyakit sukakan hiburan melampau ini dah lama saya perhatikan dalam masyarakat kita...malahan sudah menjadi kronik.....ibarat pesakit yang berada dalam wad ccu.....
Saya ingat lagi ketika Terengganu jatuh ke tangan BN pada pilihanraya 2003,ada suara2 yang berkata.."nanti kat Terenganu boleh buat Sure Heboh"....Ya Rabbi...itu yang difikirkannya....almaklumlah dibawah pemerintahan ulama' dulu...Sure Heboh "haram"....

Agaknya inilah petanda2 bumi sudah berada ke penghujungnya....semakin ramai yang lari dari landasan agama...yang ingin mempertahankan agama pula yang nampak jahat......

Ya ALLAH..jadikanlah kami,keluarga kami,cucu cicit kami,keturunan kami,masyarakat kami dari kalangan orang-orang yang menegakkan agamaMU.......menangkanlah pemerintahan yang berlandaskan Al-Quran dan Assunnah...amin......