Cinta ILAHI Cinta Utama

Wednesday, October 29, 2008

Sekadar Catatan.....

Alhamdulillah...syukur pada ALLAH Taala..kerana kita masih diberi peluang bernafas di atas bumi yang serba indah ciptaanNYA ini...Syawal sudah hampir berlalu meninggalkan kita.Memori Ramadhan dan Syawal pada tahun ini hanya akan menjadi sebuah kenangan dalam lipatan sejarah.Ramadhan dan Syawal tahun depan..entah ada entah tidak.Semoga ALLAH Taala memanjangkan umur kita semua untuk memberi kita kesempatan untuk melakukan ibadat..dan menjadikan kita insan2 yang bertaqwa.
Saya masih penganggur yang "berjaya "selepas pulang dari bumi anbiya akhir bulan 9 yang lepas.Masih mencari2 kerja sementara kerana sijil2 masih berada disana.Keputusan tasfiah pun tak dengar khabar berita lagi.InsyaALLAH...moga ALLAH permudahkan segala urusan saya ...amin Ya Rabb.Rancangannya nak mengajar dulu sementara ni,jadi guru sandaran ke,tengah berpakat dengan adik,dia juga baru habis belajar di UDM Kampus KUSZA dalam Dip.Pendidikan B.Arab.Doakan kami ye.
Baru2 ni berkesempatan ke Seremban rumah kakak,berziarah sambil hantar adik berdaftar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS),rindu rasanya nak kembali belajar apatah lagi suasana kolej .....tapi umur pun dah hampir senja...hehehe... jadi sesuai untuk bekerja dan cari nafkah la pulak rasanya....
Seminggu di rumah akak sambil melayan karenah anak saudara Muhammad Anwar Hasif dan Nur Aisyah Humayraa'....eiii...comel dan makin nakal..mulut pun makin becok....lagi satu..manjanyaaaa ALLAH yang tahu....tak berenggang lansung...heheheh...moga jadi anak-anak yang soleh dan solehah ye...InsyaALLAH...
Seronok juga bila akak ajak temankan ke Gemas...sebab dia nak buat kerja sikit kat sana,selama ni ada yang temankan kakak,tapi hari tu kakak terpaksa pergi sorang2,so saya dan abah temankan kakak..jauh juga ye dari Seremban ke Gemas....seronok jugak dari dok saja2 kat umah...boleh lihat tempat orang...yang paling best kat Gemas adalah suasana kampungnya,dipenuhi dengan pohon buah-buahan.Menghijau suasananya....Jalan-jalan makan angin gitu...hehehe..
Tapi saya ada cerita tak seronok di dengar...saya dan abah balik dari Seremban ke Terengganu hanya naik bas pada waktu siang...sebab abah tak larat nak drive sorang2...saya lak lesen kereta dah luput tarikh...hihihi...tapi bukan itu yang saya nak cerita...tapi kisah pemandu bas yang tak berhenti waktu solat.Pemandu bas ni berhenti makan sewaktu belum masuk waktu zohor...lepas tu lebih kurang dah nak dekat maghrib,beliau tak berhenti lagi untuk solat,ada seorang adik ni,pelajar maktab,saya berkenalan dengan dia masa makan tengahhari tu,adik ni pergi ke tempat duduk saya bertanyakan kalau2 pemandu bas ni nak berhenti,saya cakap cubalah tanya pemandu tu kalau dia nak berhenti,sebabnya mmg dah dekat nak maghrib,kalau dia tak berhenti kami tak dapat solat zohor dan asar,nak jadi ke ceritanya...adik ni dengan beraninya pergi tanya pemandu ni...tahu tak jawapan pemandu ni??? "Saya banyak kerja lagi nak buat...kan nak sampai dah ni?".....bila ada perkara macam ni...hati saya terus tak seronok...kerja apa yang lebih penting dari berhenti sekejap untuk solat?bayangkan seramai 44 orang penumpang bas tu tak solat zohor dan asar gara2 pemandu bas tersebut...
Sebenarnya inilah realiti kita orang ISLAM sekarang...ISLAM lebih pada nama bukan pada ibadat dan pelaksanaan.....saya masih ingat lagi Mufti Perak Ustaz Harussaini berkata(kalau salah tolong betulkan saya),ramai mana umat ISLAM di Malaysia yang tidak menunaikan solat dan bermacam permasalahan lagi....kalau solat pun kita tak dapat tunaikan,macam mana kita nak jadi umat yang kuat?Kerana solat itu tiang agama....kalau tiang pun dah tak ada...macam mana bangunan tu nak kukuh?sama-sama kita renungkan......

Oklah..setakat ini dulu omelan saya setakat ni...dah lama tak menulis...memang kangen bangat...hehehe.....buat sahabat di luar sana...doakan moga ALLAH permudahkan urusan kita semua...insyaALLAH....