Cinta ILAHI Cinta Utama

Thursday, November 22, 2007

Anak..Anugerah Dan Amanah....

Cuti yang masih bersisa...saya ambil peluang ke rumah kakak,menjenguk anak-anak saudara yang makin membesar..rindu dengan teletah dan perangai mereka yang mencuit hati....alangkah seronok punya anak-anak yang menyejukkan mata melihatnya....biarpun penat melayan..namun hati rasa begitu terhibur..apatah lagi mereka dapat mengisi kekosongan hati...
Anak adalah anugerah dan amanah dari ALLAH...ibarat kain putih..dan kitalah yang mencorak bentuk dan warnanya....kenapa segelintir ibu bapa hari ini begitu lepas tangan dalam soal mendidik anak- anak mereka....ada yang hanya beria-ria supaya anak-anak cemerlang dalam pelajaran...hanya tertumpu pada soal duniawi..soal ukhrawi yang kekal dilupakan...saya berpeluang mengenali anak-anak dimana mereka begitu ketandusan dalam soal keagamaan..mungkin dalam soal ini..ibu bapa mereka terlepas pandang....sayang sekali..dimana antara mereka ada yang berusia 15 tahun..tapi tidak tahu solat....baca Al-Fatihah pun tak pandai...tahukah kita..apabila dipanggil amanah..maka ianya akan ditanya di akhirat kelak oleh ALLAH..sama ada kita tunaikan amanah itu atau tidak?
Janganlah kerana nikmat dunia yang hanya sementara,kita lupakan akhirat yang kekal selamanya...dunia ini fana'...bersifat binasa...kenapa kita beria2 nak kejar yang binasa dan buangkan yang kekal?Tak salah nak kejar kebahagiaan dan kesenangan di dunia..namun perlulah seimbangkan untuk akhirat jua.....
Sama-samalah kita renungkan......kita dambakan anak-anak penyejuk mata dan penawar jiwa..juga anak-anak yang mampu mendoakan ibu dan bapanya..maka kita jualah yang seharusnya mendidik mereka ke arah itu.....wallahu'lam.....

Wednesday, November 21, 2007

Barakallahu Fi Kum....

Cuti sekolah dah bermula..waktu yang ditunggu2 oleh seme orang..yelah..mana taknya,cuti sekolah nilah macam2 perancangan oleh ibu bapa untuk bawa anak2 pergi bercuti..tak lupa juga kenduri kendara pun rancak waktu ni terutama kenduri kahwin...
Belum masuk cuti sekolah lagi,dah berbelas kad jemputan sampai kat rumah,sampaikan abah saya susun kad2 tersebut ikut tarikh,takut terlupa....Pada 15/11 baru2 ni,keputusan UPSR telah diumumkan,alhamdulillah adik bongsu saya beroleh keputusan yang agak memuaskan(3A2B) walaupun harapan sebenar(5A) tidak kesampaian....
Saya katakan pada adik,mungkin didalam usaha kita ada yang kurang,ataupun usaha sudah bagus,namun kita kurang dalam doa dan tawakal padaNYA ataupun usaha+doa+tawakal sudah bagus,namun ALLAH hendakkan kita beroleh setakat itu sahaja supaya kita tidak sombong,riak dan takabbur...atau mungkin ada hikmah disebaliknya.....Harapan untuk adik2 berjaya menggunung tinggi,namun biarlah berjaya dunia dan akhirat..serta yang paling penting..menjadi anak2 yang soleh dan solehah....
Harapnya dimusim cuti sekolah ini,ibu bapa hendaklah sentiasa mengawasi aktiviti anak2 mereka supaya tidak terjerumus dlm aktiviti tidak bermoral atau menjadi mangsa2 jenayah..nauzubillahiminzalik....maklumlah..kanak2 sekarang berada didalam suasana yang agak membimbangkan di mana byknya berlaku jenayah yang melibatkan kanak2 adalah mangsanya....
Selamat jalan juga pada jemaah-jemaah haji kita...supaya beroleh haji yang mabrur...InsyaALLAH...Impian untuk menunaikan rukun ISLAM yang ke lima itu telah tersemat sejak sekian lama..namun ketidakmampuan diri menghalang segalanya..semoga suatu hari nanti,diberi kesempatan oleh ALLAH,diluaskan rezeki serta dipanjangkan umur....insyaALLAH...
Rasa sedih juga bila semua sedang bercuti ni,saya pula yang terpaksa ke ardhul kinanah untuk meneruskan perjuangan...semoga dengan berkat doa semua family,sanak saudara dan sahabat handai...kejayaan mengiringi diri ini...insyaALLAH...

Didoakan juga semoga adik yang baru lepas menduduki PMR dan yang sedang menduduki SPM beroleh kejayaan...begitu juga adik2 diluar sana...INsyaALLAH...

Friday, November 02, 2007

Bila Anak Menjadi Tuan....

Alhamdulillah..kita baru sahaja meraikan Eid Mubarak baru2 ini setelah menjalani ibadat puasa selama sebulan...dan sekarang kita masih di bulan Syawal yang mulia....
Di waktu inilah sanak saudara berkumpul,saya kira yang paling gembira mestilah ibu dan ayah..dapat melihat dan berjumpa anak-anak yang tersayang setelah sekian lama 'berpisah'.Yelah...ada anak2 yang berpeluang berjumpa ibu dan ayah setahun sekali,setahun dua kali,ada juga yang berpeluang jumpa ibu dan ayah dua tiga tahun sekali.....
Saya hairan kalau anak-anak yang bekerja,berjawatan tidak boleh meluangkan masa cuti mereka untuk menjenguk ibu bapa mereka...kerana tidak timbul masalah kewangan disini..apa salahnya cuti yang ada diluangkan bersama ibu dan ayah yang kesepian di kampung..yang mengharapkan kepulangan anak-anak mereka,bukan menanti raya sahaja....
Lebih malang lagi jika anak-anak melupakan terus ibu bapa mereka setelah berhijrah ke bandar atau mendirikan rumah tangga..ibu dan bapa ditinggalkan hidup susah dan merempat...malah ada yang malu mengaku dan tidak mahu mengambil berat perihal ibu bapa mereka setelah berjaya dalam hidup...inilah sikap anak- anak derhaka pada hari ini...
Tersentuh hati membaca Mastika keluaran Oktober baru2 ini yang memaparkan sikap biadap anak2 muda kita hari ini terhadap ibu yang mengandung dan membesarkan mereka...malahan tanggang2 moden ini tanpa rasa bersalah sanggup memukul,menghina malahan sepak terajang sudah menjadi perkara biasa...ini agaknya yang dikatakan tanda2 kecil kiamat iaitu "anak-anak menjadi tuan dan ibu menjadi hamba"...
Sudah banyak contoh2 di depan mata bila mana ibu menjadi penjaga kepada cucu2,tetapi duit tidak diberikan,malah ibu diperlakukan seumpama pembantu rumah....
Bila dirasakan ibu bapa sudah dianggap 'tidak berguna'...si tanggang moden ini dengan rela hati menghantar ibu bapa mereka ke pusat jagaan warga tua....
Dalam Al-Quran dinyatakan" Janganlah kamu berkata 'uh'...."..kalau berkata uh sahaja sudah boleh dikatakan derhaka..maka perlakuan2 sedemikian semestinya lebih teruk dan buruk lagi....
Adakah perlakuan-perlakuan tanggang moden ini adalah salah ibu bapa yang mendidik atau mengabaikan didikan agama atau salah anak-anak itu sendiri??
Marilah kita sama-sama merenung diri kita..adakah kita boleh dikategorikan tanggang moden?..Nauzubillahiminzalik......minta-minta dijauhkan....
Teringat sebuah cerita dizaman Rasulullah s.aw..dimana seorang sahabat bernama Al-Qomah yang taat beribadah sepanjang hidupnya..namun mengalami kesukaran sewaktu hendak menghembuskan nafas yang terakhir gara2 membuat hati sang ibu tersinggung..malahan sang ibu tidak mengaku Al-Qomah adalah anaknya...Ya ALLAH...jauhkanlah kita dari perkara sebegini....
Berbuat baiklah kepada ibu bapa kita..tidak rugi..malahan kebaikan untuk kita dariNYA di dunia dan Akhirat.....tak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Salam Eidulfitri..Kullu 'Am Wa Antum Bikhair......