Cinta ILAHI Cinta Utama

Thursday, August 10, 2006

Air Mata Lubnan......




Hati bagai disayat bila melihat mayat kanak-kanak bergelimpangan disana sini..apalah yang mereka tahu....tatkala diri masih perlukan penjagaan mak ayah...masih bergantung pada susu ibu...tiba2 tubuh hancur dibom...Ya ALLAH...zalimnya mereka.... kejamnya...
Kanak-kanak yang tak berdosa itu pastinya tempat mereka di jannah..sedangkan kita?? Hanya melihat apa yang terjadi..doa jauh sekali....kita lebih suka memikirkan raya dah nak dekat..nak beli langsir baru..baju baru...lebih suka fikirkan benda2 duniawi.....
YA ALLAH...selamatkanlah umat ISLAM di Afghanistan,Iraq,Lubnan,Acheh,Malaysia dan dimana juga mereka berada..tetapkanlah hati2 kami dalam jalanMu...teguhkanlah keimanan dalam hati2 kami...jauhkanlah kami dari penyakit al-wahn (cintakan dunia dan takutkan mati)...YA ALLAH...jadikanlah kami orang2 yang ikhlas,orang2 yang taat...janganlah YA ALLAH..Engkau balik2kan hati kami setelah engkau beri kami petunjuk dan HidayahMU....Berikanlah kami keberanian untuk berhadapan dengan kuffar2 itu...Matikanlah kami sebagai syuhada....YA ALLAH..Engkaulah sebaik2 sandaran..Tiada selain Engkau yang kami sembah.....

Wednesday, August 09, 2006

Kekejaman Israel Laknatullahi Alaihi......

Setelah apa yang berlaku di Palestin (masih tidak berkesudahan) saudara kita di Lubnan pula menjadi mangsa kekejaman Israel laknatullahi alaihi....negara Arab pula hanya tahu bersidang dan bersidang tanpa adanya tindakan apa-apa.Hanya Syria beria2 menolong saudara seagama setakat ini....Seperti mana yang kita tahu..Israel atau bangsa yahudi ini memusuhi agama ALLAH sejak zaman berzaman.Para nabi ALLAH kebanyakannya dibunuh oleh bangsa Yahudi ini....dan mereka merupakan satu bangsa yang amat memusuhi kaum yang bukan dari bangsa mereka(yang mereka panggil Goyim)...di bawah ini saya copy paste kisah yang menyentuh perasaan hasil dari kekejaman Israel laknatullahi alaihi.....

Dari Lubnan: Air mata gadis koma
(Harian Metro)

TITISAN air mata mengalir di pipi seorang remaja Lubnan yang terlantar dalam keadaan koma di Hospital Universiti Rafik Hariri di Beirut, Lubnan, semalam menceritakan segala-galanya - kekejaman Israel yang tidak ada batasan. Remaja perempuan berusia 15 tahun itu antara 70 penduduk yang cedera dalam bedilan bertalu-talu jet pejuang Israel terhadap sebuah pangsapuri di Chiah, empat kilometer dari pusat bandar Beirut, malam kelmarin.
Seramai 15 terkorban dan 70 cedera dalam serangan itu setakat ini, manakala pasukan penyelamat masih menggali dengan tangan dan jentolak, mencari mereka yang mungkin masih selamat di bawah runtuhan bangunan 10 tingkat itu.Ketika jururawat bertugas di Unit Rawatan Rapi hospital itu, Mirel Burfeye menceritakan kepada Harian Metro mengenai keadaan remaja itu dan menyatakan kemungkinan ibu bapanya terkorban, air mata kelihatan mengalir dari mata remaja itu.Seolah-olah boleh mendengar apa dikatakan, remaja yang mengalami keretakan tulang di beberapa bahagian badannya itu, menitiskan air mata tanpa sebarang pergerakan di mukanya, mahupun membuka matanya. Remaja itu yang namanya enggan didedahkan pihak hospital, berada dalam pangsapuri mereka ketika ledakan berlaku.Abang dan adik lelakinya berada di luar bangunan. Tanpa sebarang amaran, jet pejuang tentera Yahudi melancarkan peluru berpandu ke arah bangunan pangsapuri itu.Letupan yang menyusul amat kuat sehingga boleh didengar dari pusat bandar, kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian. Bangunan pangsapuri itu roboh tingkat demi tingkat dalam tempoh beberapa saat. Remaja itu dikeluarkan daripada runtuhan bangunan oleh pasukan penyelamat dan dikejarkan ke hospital tengah malam kelmarin.Ibu bapanya masih tidak dapat dikesan dan sehingga pagi semalam, pasukan penyelamat masih mencari mereka di bawah runtuhan bangunan.Mirel berkata, remaja itu mengalami banyak keretakan tulang dan kehilangan banyak darah. Adik dan abangnya yang terselamat tiada di sisi remaja itu ketika wartawan dan jurugambar Harian Metro mengunjungi hospital itu semalam. Mirel berkata, pihak hospital mencari saudara-mara mangsa yang mempunyai darah `O Negatif’ kerana hospital hampir kehabisan darah jenis itu.Serangan terhadap pangsapuri di Chiah itu menunjukkan tentera Israel mensasarkan orang awam kerana tidak mungkin kawasan kediaman sedemikian boleh dianggap kubu pejuang Hizbullah.

Friday, August 04, 2006

Ihtimamkah Kita?






Ihtimamkah kita dengan saudara ISLAM kita di Palestin,Aceh,Maluku,Afghanistan,terbaru di Lubnan dengan nasib yang menimpa mereka?Sedangkan kita?Bersenang lenang,begitu bahagia dengan yang tersayang..makan cukup..pakai cukup..(kadang2 sampai berlebihan)...tiada daya inisiatif untuk menolong..kadang2 nak keluarkan seringgit untuk menderma amat payah dibandingkan dengan berbelanja di mall beratus2 ringgit....untuk berdoa pun amatlah susah.....ingatlah sabda nabi s.a.w yang mafhumnya...orang yang tidak ihtimam dengan permasalahan saudaranya yakni saudara seagamanya bukan dari kalangan mereka...nauzubillahiminzalik.....