Cinta ILAHI Cinta Utama

Friday, March 28, 2008

Kami Bersama Tuanku.....


Bila baca lebih 10000 rakyat Terengganu menunggu kepulangan Sultan Mizan ke Terengganu..hati rasa sebak..sebak kerana masih ramai sebenarnya yang menyokong keadilan dan kebenaran...dan sesungguhnya yang batil itu takkan selamanya menutupi yang haq...saya pasti...jika saya di Terengganu pun...saya akan turut serta menyatakan sokongan....janji ALLAH itu pasti berlaku...yang paling terharu..inilah dia Sultan yang berani untuk menyatakan sesuatu yang haq...untuk kepentingan rakyat jelata....
Jangan biarkan rakyat jelata terutama di Terengganu terus dihimpit ketidakadilan...yang miskin terus dihimpit kemiskinan...yang kaya semakin kaya...yang penting...jangan biarkan bumi Terengganu tergadai.....
Semoga Terenggsnu menjadi baldatun thayyibatun wa robbun gofuur; negeri yang baik dan penuh ampunan dari Tuhan...begitu juga dengan negara Malaysiaku yang tercinta....

Salam limpah kasih dan sayang buat Tuanku....juga buat seluruh ahli keluarga Tuanku...moga sentiasa dibawah lindungan ALLAH sentiasa......

Monday, March 24, 2008

Soifi Sudah Bermula.....

Dua tiga hari ni cuaca mula membahang...kalau keluar rumah mula rasa rimas...debu mula menampakkan "diri",orang Arab mula berpakaian simple,tak macam sebelum ni yang pakai berlapis-lapis....maka saya katakan pada diri..' Ni tanda2 Musim soifi(panas) dah start la ni....
Keluar rumah hari Sabtu hari tu...muka dah jadi sunburn,risau kalau bulan 6,7,8 ni...maklumlah masa tu kemuncak musim panas,kulit saya ni orang cakap kulit manja,keluar je mudah jadi sunburn,pastu jadi merah-merah macam kena bakar...rasanya banyak yang perlu dijaga time musim panas dari musim sejuk.....musim sejuk paling bestla...walau sejuk tapi boleh diatasi dengan pakai baju yang berlapis,kalau musim bunga hari tu best jugak...bunga2 yang berkembang mekar tu membuatkan hati terhibur...tapi sekarang masih lagi ada bunga,nak tengok bungan yang banyak kena pi hadiqoh la(taman)..tapi dah banyak kali pergi taman bunga tahun2 sebelum ni...so rasa dah malas..hehehe....bukan apa...asyik tengok benda yang sama....
Musim berubah...perangai manusia pun berubah..entahla,terfikir jugak..perangai manusia ada kaitan dengan cuaca ke?Kalau musim sejuk dulu...bagi mereka yang dikenali panas baran....tak nampak sangat panas barannya...walau keluar sekali sekala...namun bila musim panas je...mulala macam singa....pantang silap sikit...nak marah-marah,bermasam-muka dan yang paling pantang bagi saya orang yang suka memperkecilkan orang lain....pantang jumpa kawan-kawan,ada je nak cerita..cerita yang tak sedap didengarla...suka ke kalau orang dok mengata kelemahan kita depan2 orang lain?mmm....moga ALLAH bagi mereka petunjuk dan hidayah pada mereka...
Bila musim panas ni...perkara yang paling seram adalah imtihan akhir tahun...seram sejuk dibuatnya....dengar2 cerita imtihan final kali ni awal bulan 5,lagi awal dari tahun lepas....kalau tahun lepas pertengahan bulan 5...kali ni awal bulan..ni yang boleh buat demam ni....hehehe..insyaALLAH....tekad dan azam perlu kuat...biasanya nak exam ni macam2 perkara yang berlaku...masalah kawan2,masalah sekeliling...macam2la....moga lebih kuat kali ni....dan harapnya....diriku balik ke tanah air dengan segenggam ijazah yang lama kuidamkan...cewah..insyaALLAH....moga ALLAH permudahkan segalanya.....doakan saya ye....

Wednesday, March 19, 2008

Salam Maulidur Rasul......

Selawat dan salam buat junjungan yang mulia.....Rasulullah S.a.w....qudwah hasanah dan rahmatul lil alamin.....

Mungkin apabila ditanyakan pada kita...cinta atau tidak kita pada Nabi Muhammad s.a.w...lantas tanpa berfikir panjang..kita akan mengatakan bahawa kita cinta pada baginda...tapi apakah amalan2 yang menunjukkan kita cinta padanya?

Antara perkara yang menunjukkan kita cinta pada baginda adalah...

1) Mentaatinya

2) Memperbanyakkan selawat ke atas baginda s.a.w

3) Mengambil berat tentang hal ehwal umat ISLAM

4) Mematuhi segala perintah dan menjauhi larangan ALLAH dan RAsulNYA

5) Memperbaiki kemasyarakatan,perniagaan,akhlak,undang2 dan sebagainya selaras yang dituntut ISLAM.

6)Hendaklah kita memahami ISLAM adalah agama yang syumul-merangkumi semua aspek kehidupan

7) Menggantikan perkara yang salbiyah( negatif) dengan ijabiyah (positif).

8) Menjaga solat

9) Menggantikan budaya barat yang rosak dengan budaya ISLAM


Mungkin ada lagi amalan atau perkara2 yang boleh diamalkan untuk menyatakan kita cinta pada RAsulullah s.a.w...namun ini yang saya dapat nyatakan disini....

Tahniah...alfun mabruk buat kerajaan Barisan Rakyat Kelantan,Kedah,PeraK,Selangor dan Pulau Pinang.....ALLAH bersama2 di pihak yang benar...insyaALLAH....

Moga Kepimpinan di bawah Barisan RAkyat ini ALLAH lindungi dari penyakit cintakan kekuasaan dan kemewahan....dan bersama2 dengan rakyat membawa perubahan yang positif untuk kebaikan semua...insyaALLAH......


Salam Maulidur RAsul buat semua...perbanyakkan selawat kita pada Baginda s.a.w...insyaALLAH....



Friday, March 07, 2008

Ya ALLAH...Selamatkanlah Kepimpinan Ulama'




Ya ALLAH Ya Tuhanku....

Tiada Tuhan Yang layak disembah kecuali ENGKAU...

Dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH....


Ya ALLAH Ya Rabbi....

Aku tiada tempat mengadu kecuali hanya padaMu Ya Rabbi...

Selamatkan kepimpinan ulama'...dan menangkanlah yang haq..dan hapuskan serta hancur leburkan pakatan2 mereka yang zalim dan batil.....janganlah Kau biarkan kami diperintah oleh mereka yang berleluasa melakukan kezaliman dan kemungkaran di bumi milikMU ini.....


Ya ALLAH...


Lindungilah Kami dari segala penindasan dan ketidakadilan mereka yang berhati batu....

Tunjukkanlah kami serta mereka jalan yang lurus dan diredhai olehMU.....

Jadikanlah kami,pasangan hidup kami serta anak cucu keturunan kami dari golongan yang menurut segala perintahMU dan meninggalkan segala laranganMU.....


Ya ALLAH...


JAuhkanlah kami dari mala petaka,bala bencana,dengki khianat dan dari segala kemaksiatan...

Lindungilah umat ISLAM di mana sahaja mereka berada terutama di Palestin.....


Ampunilah dosa2 kami...segala kejahilan kami...kekalkan lah kami dalam nikmat iman dan ISLAM.....janganlah KAU pesongkan kami dari jalan yang lurus..berikanlah kami kebaikan dunia dan akhirat..dan maqbulkanlah permintaan kami....Amin....Ya rabbal alamin....




( Luahan insan kerdil....sebak lihat gambar munajat rakyat Kelantan..dan gambar Tok Guru Ust Haji Nik Aziz Nik Mat menitiskan air mata berdoa ke hadrat ILAHI)