Cinta ILAHI Cinta Utama

Thursday, June 28, 2007

Mesir...Malaysia...Suatu Penghijrahan dan Perjalanan....


Dah lama tak update blog ni...bukannya apa..berehat panjang sambil menenangkan fikiran...sambil2 baca buku untuk hadapi syafawi 3/7 ni...orang lain dah abis imtihan dah...jealous pun ada..hehehhe...sedar tak sedar dah hampir 3 tahun menjadi penghuni bumi anbiya' ni..oppss...tak lupa bumi yang pernah dihuni firaun...bumi tempat pertembungan baik dan buruk.....ala kullihal...suka dan duka di sini tak sama macam suka dan duka di tanah air sendiri...apa yang boleh dikatakan...manisnya cukup manis,pahitnya pula cukup pahit..mungkin pada orang lain 3 tahun masa yang sekejap...tapi bagi anak dagang seperti saya 3 tahun tu lama.... namun tak dinafikan..hidup di perantauanla yang banyak mengajar kita erti sebuah kehidupan.....
Pada saya...bila hidup merantau ni...kat sinila kita baru kenal siapa sahabat kita juga siapa kita yang sebenarnya.....jika lemah,cepat tersungkur..almaklumlah kat sini macam2 dugaan,tekanan dan cabaran....sebelum tu belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan salam takziah pada keluarga arwah Muhammad bin Ishak pelajar Al-Azhar cawangan Mansurah yang mati dibunuh.....untuk keluarga suspek...bersabarla banyak2....sesungguhnya dugaan ALLAH itu pasti buat mereka yang beriman.....cuma bila terjadinya kejadian yang tidak disangka2 ini..terlalu banyak fitnah yang tersebar.....saya berharap kita semua tidak menyebarkan cerita yang kita tidak pasti....takut2 terjadi fitnah yang makin besar....
Bagi mereka yang tinggal di sini...sedikit sebanyak mungkin akan hadapi tekanan...cuma cara kita kawal tekanan itu mestilah bijak supaya tidak memudharatkan diri sendiri dan orang lain...saya faham....faktor terjadinya tekanan especially tekanan mental memang banyak disini...antaranya masalah study,kawan2,family dan tak lupa juga faktor sekeliling seperti perangai Arab yang biasanya kasar dan tidak menepati waktu.....
Mungkin ramai yang tidak percaya tapi inilah realiti hidup disini...senior saya (perempuan) ada yang pernah dihantar balik kerana mengalami tekanan mental...sehingga memudharatkan diri sendiri....juga masalah yang membabitkan makhluk dari alam ghaib..jangan lupa disini juga bumi Firaun....so saki baki tinggalan Firaun seperti sihir masih ada..bahkan banyak juga melibatkan makhluk2 halus yang menghuni bumi ini....
Tidak hairanlah jika kita mendengar ada yang sakit setelah melawat tempat2 tertentu di Mesir... seperti terkena histeria...lumpuh sebelah badan dan sebagainya....

Firman ALLAH Taala yang bermaksud..(( ...yaitu mereka yang beriman kepada perkara yang ghaib......))
surah Al-Baqarah : 3

Jadi benda -benda sebegini memang ada terutamanya jin dan Syaitan....

Firman ALLAH lagi....((....dan sesungguhnya kami(jin) telah menduga,bahawa kami tidak akan mampu melepaskan diri dari kekuasaan ALLAH di bumi dan tidak pula dapat melepaskan diri dariNYA))
surah Al-Jin: 12

Tak lama lagi...result imtihan akan keluar...semoga ALLAH memperkenankan segala doa....nak balik berbakti pada family dan masyarakat di tanah air sendiri pula,semoga pengalaman dan ilmu ini boleh dimanfaatkan untuk semua...walau tidaklah seberapa........family pula asyik bertanya..bila nak balik...kalau boleh la ni jugak fly ke MAlaysia.....

Buat sahabat semua..doakan saya najah....insyaALLAH....

Sunday, June 10, 2007

Cuti Musim Soifi......

Bila dah habis imtihan,maknanya bermulalah cuti soifi atau cuti musim panas...kalau ikutkan rasa hati,ingat nak terus balik ke Malaysia....tapi apakan daya..result tak keluar lagi...mmm..harap-harap najah...entahla..rasa macam lonely sangat2....dengan macam-macam peristiwa yang berlaku....kadang-kadang rasa tak kuat....
Baru-baru ini seorang sahabat selamat melahirkan anak sulung,bayi lelaki...alhamdulillah...bertambah lagi umat Nabi Muhammad s.a.w....ada satu hadith Nabi s.a.w yang mafhumnya...''kahwinilah kamu dengan mereka yang yang mempunyai kasih sayang dan boleh melahirkan ramai anak,sesungguhnya aku bangga dengan ramainya umatku di akhirat kelak".....insyaALLAH...mereka-mereka inilah yang akan jadi mujahid dan mujahidah mempertahankan ISLAM dan umatnya suatu hari nanti....
Melihat beliau gembira dengan kelahiran cahaya mata..hati juga rasa tersentuh..melihat perasaan seorang ibu...terfikir-fikir juga kenapa ada 'ibu-ibu' diluar sana yang sanggup membuang anak dari darah daging sendiri....dah tak ada ke perasaan kasih dan sayang dalam jiwa mereka?
Musim soifi ni..biasanya tahap kepanasan rasa tak tertanggung,namun dengar-dengar citernya kat Malaysia lagi panas dari Mesir...mungkin tahap kepanasan itu sama dengan tahap "kepanasan" maksiat dan jenayah yang berleluasa? Wallahua'lam....
InsyaALLAH...ada rezeki lebih..ingat nak tambah penguasaan bahasa cuti ni...namun semuanya bergantung pada rezeki....insyaALLAH..doakan saya agar terus tabah....

Friday, June 08, 2007

Erti kesunyian.....

Sunyi ini mengajarku erti kehidupan,
Pada sebuah hakikat kasih sayang,
Mencari mereka yang menghilang,
Dan aku pula keseorangan.....

Sunyi ini juga mengajarku erti perjuangan,
Yang belum lagi berkesudahan,
Namun aku tekad untuk meneruskan,
Walau ranjau di perjalanan.....

Bila aku keseorangan,
DIA Yang Maha Penyayang anugerahkan,
Segunung kesabaran jua keimanan,
Agar aku tidak hilang panduan,
Masih ingat arah dan tujuan....

Ku ucapkan terima kasih pada dia yang bernama sunyi,
Kerananya aku bermuhasabah diri,
Pada dosa dan noda aku tangisi,
Agar diampunkan oleh ILAHI...

Biarlah luka-luka dihati ini..
Aku ubati ketika sunyi,
Walau tiada siapa memahami,
Ku tahu RAbbi sentiasa disisi.....

Sunday, June 03, 2007

ISLAM Pasti Menang......


Alhamdulillah....Akhirnya kita menang...umat ISLAM menang....ALLAHUAKBAR!!!!...segala pujian hanyalah untuk Yang Maha Esa..yaa..ISLAM pasti menang...dari tangan-tangan kafir laknatullah yang ingin menghancurkannya....tak henti-henti mengucapkan syukur pada ILAHI kerana Lina Joy kalah....tapi hati berdetik..ini baru satu..hanya untuk menghapuskan perkataan ISLAM dalam mykad..macam mana dengan beribu2 kes lagi yang memang terbukti telah murtad walau dalam mykad masih tertulis perkataan ISLAM?
YA ALLAH....hancurkan pakatan-pakatan mereka ....hancur leburkan Ya ALLAH...

Soal akidah bukan soal main-main...agama bukan perkara main-main..bukan macam nak beli barang...pilih yang elok,letak harga dan bayar....soal akidah adalah soal duniawi dan ukhrawi....teringat sabda nabi SAW yang mafhumnya..(( siapa yang menukar agamanya(ISLAM) maka bunuhlah..))..bila cakap soal hukum hudud,ramai pulak melenting..hudud kejamla,tak berperikemanusiaanla,lapukla.....ALLAH Yang Maha Berkuasa yang menciptakan kita,maka DIA tahu apa yang terbaik untuk kita...cuba kaji betul-betul,hudud itu apa..bukan bila sebut hudud je..potong tangan...itu je ke hukum hudud?ingat dalam ISLAM senang-senang nak pi potong tangan orang??nak bunuh orang??
KAdang-kadang pelik jugak dengan orang ISLAM yang tak sensitif dengan isu murtad ni boleh cakap ---- "biarla depa nak murtad..nak wat lagu mana" tak kena kat keluarga hangpa memangla senang...cuba kalau kena kat keluarga hangpa...baru hangpa tau....
teremosi lak..memang dalam perkara macam ni kena emosi sikit...

Kita umat ISLAM adalah bersaudara...bukannya nafsi-nafsi.."kau buat apa yang kau nak..aku buat apa yang aku nak"...itu bukan sikap kita sebagai umat ISLAM...kalau kita senang,kita nak orang lain pun senang jugak,kalau kita baik..kita nak pebaik orang lain jugak..itulah keindahan ISLAM....

Memang orang kata hidayah dan iman tak boleh diwarisi..tapi boleh dicari...jangan kita buat seribu satu alasan...dunia ni sampai ke mana sangatla....tiba masa yang dijanjikan ALLAH Taala..maka ianya hancur setelah ditiup sangkakala kedua...maka kemana kita??

Buat umat ISLAM yang buat-buat tak kisah....cuba muhasabah diri balik...kat sana nanti(akhirat)..kita akan ditanya...sedarlah dari lena.....