Cinta ILAHI Cinta Utama

Thursday, May 29, 2008

Kebahagiaan Itu Dimana...

Bila baca novel karya Fatimah Syarha Mohd Nordin baru2 ini...saya tertarik dengan sebuah puisi yang bagi saya cukup menyentuh perasaan.....dan saya nak kongsikan disini buat sahabat2 semua....kadang-kadang kita alpa dalam mencari kebahagiaan...kita hanya mahu bahagia dalam kasih sayang manusia...kita lupa bahawa ALLAH Maha Penyayang dan Maha Pengasih...

Puas sudah,
Kucari kebahagian,
Di sisi teman-teman,
Kudapat hanya kelalaian,
Ku cari lagi,
Di hati seorang kekasih,
Kudapat hanya kekecewaan,
Dan ku terus mencari,
Dalam meniti hari,
Penuh kekosongan…
Oh, di mana lagi harus ku mencari,
Membawa sekeping hati,
Yang sarat kerinduan,
Rindu yang tiada haluan,
Aku keliru sendiri,
Apa yang kucari,
Apa yang kuperlukan
Aku masih tak bisa mengerti,
Yang pasti,
Kekosongan hati ini minta diisi..
Sejenak ku tersedar,
Aku mencari cinta agung,
Buat jiwaku yang merindukan,
Hakikat kebenaran,
Cahaya yang membelah kegelapan,
Melimpah cemerlang mengisi kekosongan.
Ku sedar,
Destinasi pencarianku di sini,
Ku mencari-Mu Tuhan,
Mengharap keredhaan,
Menagih kebahagiaan,
Dari sinar cahaya iman.



Cinta dan kasih sayang ALLAH tu cukup besar bagi kita..nikmat-nikmat yang DIA berikan sehingga hari ini tidak terhitung.....kadang-kadang rasa begitu kerdil..kenapa dengan ujian dan dugaan yang sedikit ALLAH Taala timpakan pada kita...kita mudah berputus asa..kecewa...sedangkan itu juga salah satu tanda ALLAH Taala menyayangi kita...supaya kita lebih dekat denganNYA..mengadu denganNYA...merintih denganNYA....dan hanya berharap denganNYA...dan maka dengan itu iman akan bertambah kukuh..jiwa kan lebih kuat..nafsu juga akan berkurangan....sememangnya dunia hanya menjanjikan cinta yang sementara,hanya menjanjikan keindahan yang bersifat sementara....yang tak pasti....
Ya ALLAH...jadikan aku mencintaiMU melebihi mencintai makhluk yang dijadikan olehMU....jauhkan aku dari kesedihan dan kekecewaan....Engkau sebaik-baik tempat pergantungan YA ALLAH.....Engkau sebaik-baik tempat mengadu YA ALLAH....jauhkanlah aku dari berburuk sangka denganMU...jauhkanlah.....diri yang kerdil ini hanya mengharap padaMUberikanlah diri ini petunjuk dan pedoman sepanjang masa..jangan biarkan diri ini tenggelam dalam hawa nafsu dan kegelapan.......Hanya Engkau Yang layak disembah....Tuhan seluruh alam..Amin...YA Rabbal Alamin...

Monday, May 26, 2008

Melur Itu (2)

Melur itu,
Putih bersih dan harum mewangi,
Namun masih dipandang sepi,
Kerana Melur tidak mampu menyaingi,
Kehebatan si Mawar pujaan hati...

Melur itu,
Sucimu dan harummu,
Selalu dibandingkan dengan si Mawar,
Si cantik merah sumber inspirasi,
Bagi mereka yang nafsu beraja di hati.....

Melur itu,
Bukannya lambang cinta seperti mawar,
Yang sentiasa disebut-sebut,
Sebagai alat memikat teruna buat si dara,
Konon sebagai tanda cinta kasih tak berbelah bahagi...

Biarpun Melur tidak menjadi sebutan,
Biarpun Mleur bukannya pujaan,
Dan biarpun Mleur bukannya lambang sebuah percintaan,
Namun ..Melur itu punya kehormatan diri,
Ada kecantikan tersendiri,
Sentiasa bersih dan suci,
Melur juga tidak mahu dirinya dijadikan lambang cinta,
Kerana bagi Melur,
Cinta itu bukan ungkapan,bukan lambang,
Cinta itu anugerah ILAHI....
HAnya DIA YAng Mengetahui...

Biarlah Melur di situ...
Menghabiskan sisa hidup...
Sebelum dijemput pergi....

Thursday, May 22, 2008

Pembatalan MoU Ke AL-Azhar-Agenda Tersembunyi?

Bila baca paper berkenaan pembatalan MoU antara Kerajaan Malaysia dengan Universiti AL-Azhar yang membabitkan pelajar-pelajar institusi tempatan (pelajar Muadalah)..hati terdetik..kenapa dan mengapa perkara ini berlaku....memang desas desus perkara ini sudah lama kedengaran..tapi bila kerajaan memutuskan untuk teruskan rancangan ini...timbul perasaan sedih dan kecewa dalam hati saya....
Mula-mula alasan yang diberi(seingat saya) adalah pelajar muadalah ini tidak berkualiti dari segi ilmu....hanya belajar setahun dua di AL-Azhar kemudian balik ke Malaysia...tidak fasih berbahasa Arab dan sebagainya....ini ada benarnya juga....tapi bila baca Harian Metro 22/5/2008 yang mengatakan kerajaan membatalkan MoU pelajar Muadalah ini ke AL-Azhar kerana pengajian ISLAM tidak laku dan peluang pekerjaan di MAlaysia adalah nipis...perasaan saya terusik....kenapa hanya kaitkan pelajar AL-Azhar?sedangkan kita tahu..pelajar agama di timur tengah bukan setakat AL-AZhar..tapi juga di Jordan,Syria dan lain-lain negara?
Persoalan yang timbul di fikiran saya juga adalah kenapa hendak mempersoalkan pelajar yang hendak menyambung pelajaran mereka di AL-Azhar sedangkan itu adalah pilihan mereka?Mereka tahu risiko yang akan mereka terima...umum mengetahui pengajaran dan pembelajaran di Azhar agak susah....namun masih ramai yang hendak melanjutkan pelajaran disini semata2 kerana ilmu.....disini adalah bumi anbiya' yang dikenali sebagai gedung ilmu....dan umum juga mengetahui Azhar adalah pusat ilmu-ilmu ISLAM sejak zaman berzaman......
Kenapa kerajaan tidak mansuhkan saja kursus-kursus agama di intitusi pengajian tempatan?jika tidak mahu pelajar melanjutkan pengajian di Azhar?dan mengapa AL-Azhar sahaja yang difokuskan?
Adakah kerana kerajaan mahu pelajar2 ini melanjutkan pengajian mereka di Al-Azhar cawangan Rembau yang diura-urakan sebelum ini? atau kerana ramainya pelajar keluaran AL-Azhar yang menentang mereka secara terang-terangan atau tidak?Adakah kerajaan lupa MoU ini sudah memakan puluhan tahun....kenapa sekarang???
Rezeki itu ada di mana-mana asalkan kita usaha...memang betul peluang pekerjaan bagi yang ambil agama adalah nipis kerana kerajaan sendiri yang banyak menutup peluang pekerjaan bagi golongan ini.....tapi jangan lupa...ramainya pemimpin di kalangan kerajaan sendiri adalah golongan mereka yang mengambil kursus agama ini...juga ramai bekas pelajar AL-Azhar termasuk Datuk Dr. Mashitah Ibrahim-Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri??

Adakah kerana ramainya pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Ust. Azizan Abd Razak(Menteri Besar Kedah),Tuan Guru Datuk Seri Ust Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan),Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Presiden PAS),Arwah Datuk Seri Haji Fadzil Noor(Bekas Presiden PAS) dan ramai lagi pemimpin pembangkang yang lain adalah dari keluaran AL-Azhar,maka kerajaan hendak menghentikan penghantaran pelajar muadalah ini ke AL-Azhar?

Disebalik keruntuhan moral dan sosial yang semakin membarah di Malaysia..kenapa hendak menyekat mereka yang hendak melanjutkan pelajaran dalam bidang agama?

Saya menyeru kepada kerajaan Malaysia supaya mengkaji balik pembatalan MoU ini...berilah peluang dan ruang kepada mereka yang mengambil pengajian agama ini...janganlah disekat,diugut,dihalau-(macam2 cerita yang kurang enak didengar dari asrama-asrama negeri tentang sikap pegawai kepada pelajar di asrama negeri.....)..apa yang kamu lakukan akan disoal dihadapan ALLAH kelak.......InsyaALLAH...



(( Kehidupan dunia dijadikan indah pada pandangan orang-orang kafir dan mereka memandang hina orang-orang beriman,padahal orang2 yang bertakwa itu adalah lebih mulia daripada mereka dihari kiamat.Dan ALLAH memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendakiNYA tanpa batas))
SUrah Al-Baqarah Ayat 212





Friday, May 09, 2008

Setiap Hari Adalah Hari Ibu

11 Mei di tabalkan sebagai hari Ibu di seluruh dunia...buat semua yang masih menpunyai ibu dan bapa..hargailah mereka(terutama ibu)....sayangi ibu,ambil berat pasal dirinya dna jangan sesekali lukakan hatinya....dan sebenarnya...setiap hari adalah hari ibu kita yang tercinta....buat arwah mak..puisi ini ku nukilkan tatkala diriku terlalu merinduimu....

Ku lewati pepohonan kemboja,
Juga nisan-nisan yang berdiri tegak,
Tanah kuburan yang sunyi sepi ini,
Menuju pusara ibu yang sangat kurindui.....

Doa dan ayat-ayat suci yang mampu kusedekahkan,
Buat ibu yang sentiasa di ingatan,
Hati sebak dan merintih sayu,
Melihat pusara ibu yang kaku.

Bila hati merasa rindu,
Tempat inilah yang akan kutuju,
Walau tak dapat melihat wajah ibu,
Namun ingatan pada ibu terpahat padu.

Pada yang masih punya ibu,
Jadikan ibu itu ratu hatimu,
Ingatlah,Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.....