Cinta ILAHI Cinta Utama

Saturday, December 30, 2006

Ku Kirim Rindu Buat Ibu...

Kenangan itu datang lagi,
Ketika ku sendiri di kamar sepi,
Melahirkan bibit-bibit rindu,
Pada ibu yang sudah pergi.

Sungguh...
Daku rindu pada ibu,
Gelak tawamu,usikanmu,nasihatmu,
Namun itu hanya di atmaku,
Kerana ibu kini tiada di sisiku.

Ibu,
Manakan ku cari ganti,
Wanita setabah dirimu,
Ingin ku buktikan padamu,
Bahawa air tanganmu itu bukan sia-sia.

Ibu,
Tanpamu kurasakan dunia ini sepi,
Tanpamu kurasakan dunia ini tiada erti,
Ku menumpang pada mereka yang sudi,
Ku meminta pada mereka yang memahami.

Namun iman khabarkan padaku,
Ku masih punya Yang Maha Penyayang,
Ku masih punya Yang Maha Pengasih,
Pada DIA ku mohon segala,
Pada DIA ku harap bahagia.

Thursday, December 21, 2006

Ubatilah Luka Itu...Hapuskanlah Air Mata Mereka

Jika kita lihat disekeliling kita,tak semua orang yang bernasib baik...Masing-masing ada masalah dan ujian yang tersendiri, contohnya,jika mereka mempunyai ramai anak tetapi mereka tidak berharta,jika yang berharta ada yang tidak mempunyai anak....ada pula diuji dengan anak2 yang nakal,tidak mendengar kata.Ada pula diuji dengan sikap pasangan sama ada suami atau isteri yang curang.Sikap ahli keluarga yang tidak patuh pada ajaran ISLAM,bebas bersosial dan sebagainya.Ujian dan dugaan ini ALLAH berikan pada mereka yang mampu untuk memikulnya..
Seperti firman ALLAH yang bermaksud:

"ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya".
Surah Al-Baqarah:286

Namun apa yang ingin saya bincangkan disini,bukannya masalah ujian dan dugaan yang ditimpakan ALLAH pada hambaNYA..tetapi tanggungjawab kita sesama insan amnya dan sesama muslim khususnya dalam membantu saudara2 kita diluar sana yang memerlukan pertolongan kita sama ada dari segi kewangan,sokongan dan nasihat atau sekadar menjadi seorang pendengar yang setia.
Mungkin selama ini,kehidupan kita walau tidak sesenang mana tetapi mencukupi sama ada dari segi makan minum pakaian dan sebagainya.Namun di luar sana masih ramai yang kelaparan,tiada berumah(homeless),tiada tempat pergantungan dan sebagainya.Pernah suatu ketika semasa saya berjalan2 dengan sahabat di bandar Kaherah,Mesir,lengan saya dipegang oleh seorang kanak2 yang comot(atfal al-syawari'-kanak2 jalanan) yang meminta sedekah di jalanan,bila diberi apa yang diminta,dia dan sahabatnya terus menuju ke kedai membeli roti.
Masa itu hati rasa sebak,kanak2 sekecil itu diuji dengan ujian yang cukup hebat.Mereka yang sepatutnya berada dirumah di bawah perlindungan ibu dan ayah tetapi berada di jalanan,merayau2 dan meminta sedekah demi mengalas perut.
Sebenarnya apa yang berlaku kerana tidak adanya perasaan kemanusiaan pada sesetengah di antara kita.Mereka yang kaya tiada perasaan rahmah dalam hati mereka untuk menolong mereka yang memerlukan.Bahkan merasakan kekayaan yang ada akan sedikit jika mereka menghulurkan pada yang memerlukan.
Saya juga tidak bersetuju dengan sesetengah masyarakat terutama di Malaysia,bilamana ada wanita yang diceraikan atau kematian suami(janda) yang memerlukan pertolongan,mereka difitnah,dicerca dan sebagainya,kononnya janda2 ini ingin merampas suami atau ingin melakukan perkara yang tidak elok pada mereka sekeluarga.Maksudnya bukan hendak menolong,malah menghina atau yang lebih teruk lagi mengambil kesempatan terhadap kelemahan mereka.
Saya percaya,jika semua antara kita prihatin,ada perasaan insaniah insan(perikemanusiaan) maka semua masalah akan selesai.
Saya ada baca dalam satu artikel yang bertajuk "Rahmah"(maksudnya belas kasihan) ditulis oleh Musthafa Lutfi Almanfaluti,katanya jika kita ingin buang resah gelisah dalam diri,ketakutan,sedih maka hendaklah kita bahagiakan orang lain dan tolong orang yang dalam kesusahan..Ubati" luka-luka" mereka..insyaALLAH kita akan diberi kebahagiaan oleh ALLAH Taala...

Antara yang disarankan oleh beliau(perkara ini sebenarnya disaran oleh agama kita juga sebenarnya-ISLAM)..
- Bersikap rahmah terhadap wanita2 yang melakukan perkara2 keji seperti zina dan seumpamanya,sbb mereka perlu dibela,dibawa ke pangkal jalan,kalau kita just keji,hina,mereka akan makin jauh.....
- Bersikap rahmah pada anak2 dan isteri(utk suami)
- Bersikap rahmah pada orang2 yang jahil-jangan guna mereka untuk kepentingan diri..sebaliknya bantu mereka..
- Rahmah pada haiwan
- Rahmah pada janda2
- Rahmah pada orang2 yang susah dan memerlukan....


Berikan mereka cahaya..setelah mereka hidup dalam kegelapan..hapuskanlah air mata mereka...insyaALLAH...hati kita juga akan bahagia...

Wednesday, December 13, 2006

Thabatkanlah Dalam Perjuangan Ini...

Perjuangan....nampak macam senang..tapi bila berada didalamnya hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa susahnya.Apatah lagi berjuang dalam menuntut ilmu ALLAH di bumi anbiya'..orang kata gedung ilmu ini...
Bila dah tahu serba sedikit(walau tak banyak mana-ilmu ALLAH tersangat luas) kita nak ilmu kita tu untuk manfaat bersama,untuk perbaiki diri sendiri dan orang lain,boleh ajak orang lain (diri sendiri juga) lebih taqarrub kepada ALLAH,lebih kenal iman dan ISLAM...namun dalam masa yang sama juga kita masih diuji..berhadapan dengan mad'u yang menuntut lebih pada itu(soal perasaan)...Susahnya kalau berjuang berseorangan atau tersilap kaedah ini...silap diri sendiri juga tanpa disedari..namun bersyukur,ALLAH masih sayang....tersedar sebelum terlambat...Apapun,harap diri lebih tabah dalam menghadapi segala macam mehnah yang ada..insyaALLAH...
Allamumma thabit qulubana fi dinik....Amin....

Tuesday, December 12, 2006

Berbicara Tentang Cinta......

BERBICARA TENTANG CINTA DAN PERGAULAN LELAKI-PEREMPUAN
-DR. YUSUF QARDHAWI


Cinta dan perasaan.Dua perkara yang banyak berlaku pada hari ini terutama di kalangan pemuda-pemudi.Cinta zaman ini banyak dipengaruhi oleh lakonan-lakonan,cerita dan kisah,drama dan filem atau seumpamanya,dan semuanya ini didominasi dan diarah tujukan oleh Barat.
Saya(Dr.Yusuf),begitu khuatir dengan semakin ramainya para gadis yang tertipu dengan perasaan sedemikian rupa dan ini suatu yang amat merugikan.Terdapat begitu ramai pemuda yang suka berdusta.Amat menyedihkan.Mereka hanya ingin berseronok dengan perasaan cinta.Hati mereka sentiasa berubah-ubah.Hari ini berjanji setia dengan gadis ini,esok pula dengan gadis yang lain.
Oleh itu,kepada gadis dan wanita Islam,jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis kaum lelaki yang tidak bertanggung jawab.Janganlah memasuki alam rumah tangga hanya dengan berbekalkan perasaan sahaja.Banyak lagi perkara yang perlu diambil kira dan semuanya hendaklah berpandukan akal yang sihat.Malah yang lebih penting dan utama berpandukan kitab ALLAH dan RasulNYA.
Namun ini bukan bermakna perkahwinan boleh berlansung secara paksaan.Islam telah menggariskan semua batas dan garis panduan agar tidak menzalimi fitrah kemanusiaan.Contohnya Islam menyuruh lelaki yang bakal berkahwin melihat tunangnya,begitu sebaliknya terhadap wanita.Sesungguhnya dengan melihat akan lebih menambahkan rasa kasih sayang dan mengekalkan hubungan di antara mereka berdua,dan semuanya dalam batas syara’ dan bukanya bercinta sebagaimana yang kita lihat dalam budaya jahiliah dahulu dan moden.
Oleh itu Islam telah menetapkan beberapa langkah pencegahan dengan menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.Pertemuan antara lelaki dan perempuan pada zatnya tidaklah haram.Malah ia dituntut sekiranya niat dari pertemuan itu ialah untuk bekerjasama dalam perkara yang benar dan kebaikan.
Antaranya ialah untuk menuntut ilmu,bekerjasama dalam menjayakan program-program yang baik,jihad yang dituntut atau apa sahaja kerja yang memerlukan gembelengan tenaga daripada lelaki dan perempuan, sama ada ketika merancang ataupun di peringkat pelaksanaan .
Namun ini tidaklah bermakna bahawa semuanya itu memberi kebebasan kapada kaum lelaki dan perempuan untuk membelakangi batasan atau untuk melupakan had yang telah ditentukan oleh syara’. Tiada siapapun boleh mendakwa bahawa mereka adalah malaikat yang terpelihara dan tidak perlu dikhuatiri terhadap diri mereka. Kerjasama yang dijalin perlulah sentiasa berada di dalam lingkungan yang telah digariskan oleh Islam.
Antaranya ialah
Kedua-dua pihak hendaklah menjaga pandangan. Jangan melihat pada aurat, jangan memandang dengan penuh nafsu atau memandang dengan pandangan yang lama tanpa ada keperluan. Sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nur ayat 31-32.
Wanita hendaklah memakai pakaian yang digariskan oleh syara’ iaitu menutup seluruh anggota kecuali muka dan dua tapak tangannya sahaja. Pakaiannya juga hendaklah tidak nipis dan tidak menampakkan bentuk tubuh badan.
Memelihara adab sebagai seorang wanita Islam terutama ketika berurusan dengan lelaki:
a:Pastikan dia menjauhi daripada nada yang menggoda atau memberahikan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 32" Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan dalam hati orang yang ada penyakit (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dengan sopan) ".
B: Ketika berjalan : Berjalanlah dengan sopan dan tertib sebagaimana firman Allah:"……dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka….." (an-nur:31)
C: Ketika melakukan gerakan : Elakkan daripada melakukan gerakan yang manja ,seksi, menggongcang-gongcangkan badan dan seumpamanya.
Menjauhkan diri daripada menggunakan sebarang perkara yang menggoda seseorang serta membangkitkan ghairah nafsu syahwat seperti wangi-wangian dan sebarang make-up (alat solek) yang berwarna-warni yang sepatutnya hanya digunakan di rumah sahaja.
Jauhilah daripada duduk bersunyi-sunyian antara lelaki dan perempuan tanpa bersama mahram.Banyak hadith sahih yang melarang keras perbuatan tersebut dengan sabdanya yang bermaksud:"…..kerana sesungguhnya pihak yang ketiga tidak lain dan tidak bukan ialah syaitan." Oleh yang demikian adalah tidak wajar kita membiarkan bahan api diletakkan bersama api yang sedang marak menyala.lebih2 lagi jika bersunyi-sunyian itu adalah dengan salah seorang kaum kerabat suami atau isteri.
Pertemuan hendaklah pada perkara yang benar-benar perlu sahaja atau pun ketika urusan yang sememangnya menuntut kedua-duanya untuk hadir bersama tanpa berlebihan atau melampau dan yang paling penting ,perkara atau urusan yang dibincangkan tidak menjejaskan fitrah kewanitaan atau menyebabkan terdedahnya unsur fitnah atau umpatan sehingga menjejaskan kedudukan wanita

Sunday, December 03, 2006

Imtihan Oh Imtihan....

Dah dua malam duduk sorang2 kat rumah..ahli bait yang lain ada wajibat masing2....dan dua malam jugakla terpaksa tahan telinga dengan bunyi bising Arab bergaduh-fenomena biasa kat sini....Sesama ISLAM pun nak bertumbuk bertikam.Tapi malam tadi kira dashyat jugakla sebab 2 orang pegang parang..sorang lak kepala dia berdarah2..nak pitam dok tengok darah mengalir dari kepala dia.Kalau nak tunjuk hero bawak2 la pergi Palestin ke..berjihad lawan kafir laknatullah tu..lagi bagus..besar pahala dapat....
Lepas tengok Arab gaduh..dok buat bahas lak( assigmentla tu)..sambil2 dengar lagu Layar Keinsafan dari Mestica..best lagu tu..lirik dia ..melodi dia..begitu menyentuh perasaan..touching sorang2...hehhehe...
Tak lama lagi imtihan..ni yang buat nak demam ni..seram sejuk...Quran lak kena hafal 4 juzuk..dahla susah nak masuk..banyak buat dosa dan maksiat kot...astagfirullah...harap2 agar ALLAH najahkan dalam imtihan ni..insyaALLAH....