Cinta ILAHI Cinta Utama

Monday, September 03, 2007

Apa Erti Kemerdekaan Jika.......

Alhamdulillah…Tanggal 31 Ogos 2007 …genaplah 50 tahun negara tercinta Malaysia Merdeka…Di merata2 tempat ..baik di premis2 perniagaan,pejabat,kediaman dan kenderaan “Jalur Gemilang “ berkibar megah..menandakan semangat patriotik yang menebal di kalangan rakyat Malaysia begitu membanggakan….
Di sebalik kemerdekaan ini,apa yang dilaungkan oleh sesetengah pihak adalah perasaan penuh bangga tanah air tercinta bebas dari pejajahan dan juga kemajuan yang dicapai oleh negara…namun..banyak pihak yang menutup mata dan pekakkan telinga di atas masalah2 tertentu yang semakin hari semakin kronik dan membarah dalam masyarakat kita..Pada saya apalah erti kemerdekaan jika:


1) Masalah sosial yang membarah


Masalah sosial yang melibatkan generasi pelapis iaitu di kalangan pemuda pemudi terutamanya Melayu/ISLAM semakin parah dari hari ke hari…Gejala2 negatif yang merosakkan seperti minum arak,judi,clubbing,seks bebas,dadah dan seribu macam lagi masih berterusan sehingga ke hari ini…saya terfikir2..jika keadaan sekarang begini…macam mana generasi anak cucu cicit kita akan datang?Sebagai seorang kakak kepada 5 orang adik dan sebagai seorang mak cik kepada 2 orang anak saudara,perasaan risau itu menebal dalam jiwa saya..permasalahan umat ISLAM ini juga turut terbeban atas bahu saya sebenarnya…kerana sebagai seorang yang berpendidikan agama..saya takut disoal di hadapan ALLAh ..apa yang telah saya lakukan dengan ilmu yang ALLAh berikan kepada saya?…

2) Jenayah yang menjadi-jadi

Tiap2 hari di dada2 akhbar,kes bunuh ,kes ragut,rogol,rompakan dan lain2 jenayah bagaikan berita biasa..alah bisa tegal biasa…dah lali sangat2..seolah2 rogol,bunuh,rompak itu adalah hobi baru rakyat Malaysia..nak melangkah keluar dari rumah pun rasa rasa tak selamat..jiwa rasa tak “merdeka”,sebab diselubungi rasa risau dan bimbang..hanya mampu berhati2 dan tawakal alaALLAh…

3) Gejala Murtad di pandang enteng

Tukar agama seolah2 perkara biasa..Inilah yang pelik…zaman penjajahan British dan Jepun dulu tak kedengaran pulak orang2 Melayu/ISLAM tukar agama..malahan bermati-matian mempertahankan agama dan tanah air..sekarang negara merdeka dah 50 tahun..berderu dok pakat tukaq agama pasai pe?
Ada pulak pihak2 yang cakap kes murtad ni kes terpencil,awatnya? Nak tunggu biaq seme pakat tukaq agama baru nak bertindak ka?Murtad hokum yang ditetapkan adalah hudud..bila melibatkan hudud,bukan masalah kecil namanya…

4) Kemiskinan Rakyat

Di tengah2 kepesatan dan kemajuan negara,masih ada lagi yang hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang..malah jika kita lihat dalam program Bersamamu di TV3…ada yang terpaksa makan siput yang hidup dicelah2pokok paya untuk mengalas perut,yang terpaksa bergelap bertahun2 kerana ketiadaan elektrik kerana tidak mampu membayar bil elektrik dan pelbagai lagi yang meruntun jiwa…
Kekayaan negara hanya dapat diraih oleh sesetangah golongan sahaja..manakala sesetengah yang lain masih lagi merempat di tanah air sendiri..malahan..ada rakyat negara kita terpaksa berteduh dari hujan dan panas didalam khemah2 dan pondok2 kecil setelah rumah2 mereka di robohkan atas alas an membuat penempatan di atas tanah kerajaan(seperti yang berlaku di Kampung Barembang…manakala sesetenagh golongan lagi bangga dengan banglo2 yang bagaikan istana ..nilaiannya berjuta2 ringgit tentunya..

5) Kebebasan Suara disekat


“Akta Universiti dan Kolej Universiti” atau AUKU yang dikenakan ke atas pelajar jelas menunjukkan kebebasan bersuara para pelajar IPT disekat..para pelajar yang lantang menegur pihak2 tertentu akan dikenakan tindakan..sedangkan para pelajar ini adalah generasi pelapis..mereka yang akan menggantikan pemimpin2 dan pegawai2 kerajaan akan datang..sepatutnya suara mereka patut didengar…
Begitu juga media massa dan elektronik…dikawal oleh pihak2 berkepentingan sahaja…
Tahanan tanpa bicara” atau ISA juga tidak relevan buat masa ini..kerana ianya adalah ciptaan penjajah negara kita dahulu..kenapa kita masih mengekalkannya walaupun kita sudah merdeka?Lagipun ISA itu tidak adil..mana keadilan itu jika seseorang ditahan dan tidka dibicarakan?


Inilah masalah2 yang masih membelengu diri kita walau sudah 50 tahun kita merdeka..masih banyak lagi masalah2 lain.yang perlu diberi perhatian juga..namun 5 masalh iniyang ingin saya tekankan disini…

Apa gunanya kita merdeka..jika jiwa dan pemikiran kita masih “terjajah”?


“ Orang-orang kafir itu ialah orang-orang yang menjadikan perkara2 agama mereka sebagai hibura yang melalaikan,dan permainan dan orang2 yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia( segala kemewahannya dan kelazatannya).Oleh itu,pada hari ini,(hari kiamat) kami lupakan mereka sebaigaimana mereka telah lupa( tidak hiraukan persiapa2 untuk) menemui hari mereka ini dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat2 keterangan kami”

( Surah Al-Anfal ayat 51)