Cinta ILAHI Cinta Utama

Monday, May 29, 2017

Mengharapkan Sesuatu Yang Lebih Baik.

Alhamdulillah...Kita berada dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ,bulan yang penuh keberkatan ,keampunan dan kerahmatan . Hari ni dah 4 Ramadhan , sekejap je masa berlalu meninggalkan kita . Tahun ke 12 berpuasa dan beraya tanpa arwah mak tersayang. Moga mak dijaga ALLAH dengan sebaik-baiknya . Amin ya Rabb . Juga tahun ke 3 aku beraya tanpa dia . Moga ALLAH bagi nur , cahaya petunjuk pada dia ,kembali ke jalan yang lurus dan menjadi seorang Muslim yang bertaqwa . Aku begitu rindu dengan kenangan lalu yang begitu mengusik emosi . Namun aku redha dengan percaturan ALLAH terhadapku .

    Hidup ini sememangnya tidak akan sunyi dari ujianNYA ,namun aku berharap agar aku mampu menempuh setiap ujian yang datang ,terus berjalan dan tidak sesekali jatuh tersungkur . Moga ALLAH kuatkan aku ,tabahkan aku dan cekalkan aku . Hidup di dunia yang fana' ini sememangnya tidak mudah .Aku akui itu .Ujian aku baru sedikit . Ramai lagi yang diuji dengan bermacam perkara yang tak terduga. ALLAHU .Moga aku tidak diuji dengan perkara yang tak mampu aku pikul .

    Aku cuma mengharapkan kebahagiaan dan ketenangan hidup , ada yang mengasihiku dan menyayangiku , ada zuriatku sendiri dan aku berjaya dalam semua yang aku ceburi . Aku juga mengharapkan agar abah , aku dan adik-beradik dikurnikan kesihatan yang baik , panjang umur dan  luas rezeki . Aku tidak akan berputus asa untuk doa dan doa . 

         Harapanku juga moga ALLAH menjaga aibku , menutup segala cacat cela ku , supaya aku tidak dimalukan , tidak diaibkan .

Ya ALLAH...Makbulkan segala doaku ..Berikanlah aku kesempatan untuk mengecap nikmat bahagia , membahagiakan abah dan adik-beradikku juga . Aku teringi untuk melakukan umrah bersama- sama seluruh ahli keluargaku . Mohon ya ALLAH ,luaskan rezekiku . 
  


  
    

Tuesday, September 29, 2015

Aku Diuji Lagi....

Sesungguhnya aku diuji lagi...Ujian yang berat selepas diuji dengan kematian arwah mak,kesakitan abah dan ujian-ujian sebelum ini...ini juga paling berat..Aku tidak tahu apa yang ALLAH mahu tunjukkan dan berikan buatku...aku hampir jatuh tersungkur dengan ujian ini...kenapa..dan kenapa...

Aku insan biasa yang ada kalanya tersangat lemah..tersangat takut...tersangat kecewa...berbulan-bulan aku kumpulkan kekuatan..melalui doa-doa dan solatku...namun aku sedar..aku perlu bangkit..perlu teruskan kehidupan...ALLAH mahu berikan yang terbaik untukku...pujuk hatiku sendiri...

Aku mahu lupakan mereka yang menganiaya aku...mereka yang merenggut kebahagiaan hidupku...Biarlah ..Aku serahkan semuanya kepada ALLAH...DIA Yang Berkuasa ke atas setiap sesuatu...Yang mustahil pun boleh terjadi...Aku tidak akan berputus asa untuk berdoa dan doa...Ye..doa orang yang dizalimi ini akan terus didengari...InsyaALLAH...

Berbahagialah atas penderitaan hidupku....Tapi jangan kamu lupa...dunia ini punya karma...karma akan singgah ke atas sesiapa yang ditakdirkan...tepat pada masanya...saat dan ketika....aku serah pada ALLAH Taala ...

DAN JANGAN DICARI LAGI AKU SELEPAS INI...BIARLAH AKU DENGAN HIDUPKU...

Monday, May 05, 2014

Dunia Ini Tempat Ujian....

Itulah yang saya rasakan sekarang...Tempat ujian..untuk melihat sejauh mana kesabaran dan keimanan kita....Hampir setahun saya tak coretkan apa-apa disini..Alhamdulillah pada September tahun lepas , saya melanjutkan pelajaran saya di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam bidang Kehakiman dan Guaman Syarie...InsyaALLAH jika panjang umur dan luas rezeki , bulan June 2015 saya akan tamat pengajian saya..Moga ALLAH permudahkan..

  Ujian dan dugaan sebagai student , isteri , pekerja bukan mudah bagi saya .Awal pengajian saya , hidup agak kelam kabut sebab setiap hujung minggu saya akan ke Shah Alam ( saya dan suami PJJ , saya kerja Terengganu dia Shah Alam )...jadi sebenarnya ada hikmah juga saya sambung study sebab seminggu sekali boleh jumpa suami , cuma badan agak penat . Biasa Khamis malam saya bertolak , sabtu saya akan naik komuter ke Usim , Nilai . Kelas saya setiap Sabtu dari pukul 8 pagi sampai pukul 6 petang . Memang agak penat .Biasanya Sabtu malam saya akan pulang ke Terengganu atau Ahad pagi .Ahad tu saya kerja .
   
   Saya berharap semua impian saya akan tercapai . saya tahu bukan senang kita nak harungi hidup ni . Banyak kepayahan . Perlu banyak pengorbanan dan kesabaran .

    Hidup berumah tangga juga bermacam perkara saya tempuhi . Pasangan suami isteri memang ada kalanya akan bergaduh , berselisih faham dan sebagainya .Sedangkan lidih lagi tergigit inikan pula suami isteri . Banyakkan doa dan doa .Namun saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang . Moga bahagia hingga akhirnya . Setiap ujian dan cubaan itu harus diharungi dengan tabah dan sabar . ALLAH jua tempat mengadu dan meminta pertolongan . Wallahu A'lam .

Sunday, April 14, 2013

Rindu Pada Blog Ni......

     Rindu sangat pada blog ni....sedar tak sedar dah 5 tahun meninggalkan alam belajar...dan 4 tahun dah menjadi wanita yang berkerjaya...dan dah setahun mendirikan rumah tangga ...sekejap je masa berlalu...kadang-kadang rindu nak kembali ke masa lalu...rindu nak belajar macam dulu-dulu...rindu nak bersama dengan kawan-kawan...tapi itulah kita kan....Tapi alhamdulillah kehidupan sekarang amat membahagiakan....adanya seorang suami yang mengasihi dan penyayang...adik-adik majoriti berjaya...berada di IPT dan moga berjaya ke akhirnya....InsyaALLAH...
     Kehidupan memang berbeza dulu dan sekarang...masa hidup bujang dulu..tak banyak benda yang kita fikirkan...tak banyak tanggungjawab kita,tapi bila hidup berkeluarga,tanggungjawab yang besar kita akan pikul, pada suami,keluarga suami,keluarga kita..macam-macam.Banyak hati nak kita jaga . Kita tak boleh pentingkan hati dan perasaan kita sahaja . Ego dan pentingkan diri sendiri nak kena buang jauh-jauh . Kena banyak bersabar . Mungkin sebelum kahwin kita hanya bayangkan perkara-perkara yang indah sahaja .      Lepas kahwin,barulah kita tahu perangai dan tabiat masing-masing . Dari situlah kita kena banyak bertolak  ansur ,bertahamul dan bersabar.Saya masih menantikan kehadiran cahaya mata setelah setahun berkahwin .    
    Sebelum ni rezeki tidak berpihak pada saya dan suami .Mungkin ada hikmah disebalik kejadian . Budaya masyarakat kita , bila sudah setahun berkahwin dan masih belum ada rezeki nak dapat baby , macam biasalah , bising itu ini .Mereka tidak merasa apa yang saya rasa . Mungkin ALLAH juga ada perancanganNYA sendiri . Supaya saya lebih bersabar , belajar banyak perkara , mungkin dan mungkin....
Hanya mampu berdoa dan berdoa...Saya bersyukur dikurniakan suami yang baik hati dan memahami...Moga ikatan kasih sayang kami kekal selamanya...InsyaALLAH..
     Akhirul kalam....moga kehidupan kita lebih diberkati olehNYA Yang Maha Esa...InsyaALLAH....
     

Friday, February 03, 2012

Lau Kana Bainana....

Ada sebuah program televisyen yang menyentuh perasaan saya iaitu " Lau Kana Bainana"...maksudnya "Seandainya Rasulullah s.a.w berada diantara kita"....ada penonton yang diajukan soalan"apa perasaan anda sekiranya Rasulullah s.a.w berada dihadapan anda?"....Ya ALLAH...umpama mimpi dalam mimpi "jika" Rasulullah s.a.w ada dihadapan saya....(layak ke aku bertemu Rasulullah?aku malu,aku bukan umatnya yang baik,aku bukan siapa-siapa...aku cuma insan biasa yang punya banyak dosa,namun aku berusaha untuk menjadi umat baginda yang baik).....
Jika Baginda s.a.w melihat keadaan umatnya pada hari ini,saya percaya Baginda akan sedih dan terkilan melihat ramainya umat Baginda s.a.w yang hidup dalam kejahilan...sedangkan cahaya ISLAM itu sudah bertebaran sejak ribuan tahun yang lampau....perit pedih dan susah payah Baginda s.a.w menyebarkan ISLAM tidak dihargai oleh umatnya yang terkemudian....umat yang lebih mementingkan keseronokan dan harta benda duniawi lebih dari segalanya....aku malu Ya Rasulullah.....aku malu....sebaik tibanya Maulidur Rasul....kami menyambut dengan perarakan berpakaian sedondon dan berselawat(dalam masa yang sama ingin berebut hadiah juara agensi mana yang paling hebat berarak)...bukan dengan mengikut Qudwah Hasanah mu ya Rasulullah...
Sewaktu hampir bertemu ALLAH pun (wafat)..engkau masih menyebut ummati....ummati..ummati(umatku) sebagai tanda cinta dengan umat yang akan engkau tinggalkan...sedangkan kami Ya Rasullullah...kami hanyut...hanyut...kami tidak menjadikan Al-Quran sumber pegangan kami...apatah lagi Hadith dan sunnah yang engkau tinggalkan....hinanya kami Ya Rasullullah....
Lau Kana Bainana....saya ingin memohon syafaat Baginda...moga didoakan agar diri saya,pasangan hidup saya,anak-anak saya,ahli keluarga,sahabat handai dan seluruh umat ISLAM di dunia ini menjadi umat ISLAM dalam erti kata yang sebenar-benarnya...umat ISLAM yang taat..supaya selamat dunia akhirat...bahagia dunia akhirat....
Ya Rasullullah...Ya Habiballah......aku rindu pertemuan denganmu....

Salam Maulidur Rasul...Moga kita semua berusaha menjadi umat baginda yang baik...InsyaALLAH....

Wednesday, February 01, 2012

Menghitung Hari....Alhamdulillah......

Subhanallah...lamanya tak update blog ni...hampir setahun lebih...kekangan waktu+tiada idea+malas....hehehhe...Alhamdulillah...masih bernafas di bumi ALLAH ini...dalam tempoh ini...banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku yang kadang-kadang umpama mimpi dalam mimpi....
Lagi sebulan...saya akan mengakhiri kehidupan single mingle saya kepada status isteri orang....Alhamdulillah...syukur padaNYA Yang Maha Penyayang...menemukan saya dengan dirinya disaat-saat saya amat memerlukan sayap kanan....tempat untuk saya mencurahkan kasih sayang...tempat yang halal untuk saya berikan cinta dan rindu....pertemuan dengannya merupakan pertemuan yang sudah diaturkan Tuhan....yang sebelum itu pelbagai cerita yang berlaku...
Jodoh...persoalan yang agak rumit...sebab kita tidak tahu dengan siapa kita akan disatukan suatu masa nanti...ada orang bercinta bertahun-tahun..namun tiada jodoh...menunggu bertahun-tahun ...namun jodoh bukan dengan dia yang kita harap-harapkan....kita mungkin boleh berusaha...namun ALLAH yang menentukan....DIA tahu apa yang terbaik untuk kita...
Saya mengharapkan rumah tangga yang dibina nanti mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH Taala....saya mahu menjadi isteri solehah yang disayangi suami...sentiasa mendapat keredhaan suami....melahirkan zuriat yang soleh dan solehah....menjadi penyejuk mata dan penenang hati buat sang suami yang dicintai....
Saya agak takut dan berdebar-debar menantikan saat disatukan...kerana saya bukanlah insan sempurna dan terbaik...namun saya berusaha ke arah itu...menjadi yang terbaik!!...
Buat semua...doakan saya ye...semoga dipermudahkan segala urusan....akhirul kalam....Selamat tahun Baru Hijrah dan Masihi 2012...Kullu Am wa Antum Bikhair....

Monday, December 20, 2010

Bersua Kembali....

Rasanya sudah terlalu lama saya tidak mencoretkan sesuatu di dalam blog saya yang tidak seberapa namun amat saya sayang ini...bukan apa..mencari kekuatan dalam diri...blog ini terlalu banyak kenangan saya yang amat payah untuk saya lupakan....bermacam-macam...
Sekarang sudah penghujung tahun...hanya tinggal beberapa hari lagi untuk kita masuk ke tahun baru Masihi....dan kita sudah berada di tahun baru hijri sebenarnya...1432 Hijrah....moga-moga di tahun baru ini memberi seribu kebahagiaan buat kita...dan semoga amalan bertambah dan kita tidak dijauhkan dariNYA....amin...
Hari esok...lusa dan seterusnya...kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada kita....segalanya kita serahkan pada Dia Yang Maha Esa...hanya mampu berdoa untuk yang baik-baik....Alhamdulillah...Tahun 2010 banyak juga meninggalkan kenangan-kenangan manis buat saya...banyak juga impian saya yang ALLAH maqbulkan ...Ahamdulillah...syukur sangat...cuma ditahun baru ini saya mnegharapkan harapan lebih besar ALLAH akan maqbulkan...InsyaALLAH....
Alhamdulillah....Tahun 2010 juga seorang adik saya berjaya melanjutkan pelajaran ke UiTM Jengka,Pahang...syukur pada ALLAH...saya amat berharap adik-adik saya berjaya dalam kehidupan mereka dunia dan akhirat....dan kejayaan ini amat bermakna kerana beliau adik lelaki kami yang pertama ke IPTA....adik beradik lelaki kami hanya 3 orang...sorang lagi IPTS(sekarang bekerja sebagai Chef) dan sorang lagi masih berada di Tingkatan 3.....
Tahun baru ini juga didoakan semoga negara kita bebas dari pelbagai bala bencana,kes-kes jenayah dan keganasan yang bila kita baca di dada akhbar amat menakutkan dan membimbangkan...semoga kita semua di jauhkan.....
Akhirul kalam.....Kullu 'Am wa Antum Bikhair....Semoga sentiasa dibawah lindunganNYA....