Cinta ILAHI Cinta Utama

Saturday, February 24, 2007

Dilema Final Year...

Kuliah fasa dua dah bermula..cabaran sebagai seorang pelajar tahun akhir mula terasa..Fasa ni fasa untuk tebus segala kesilapan pada fasa pertama.Fasa ni juga subjeknya lebih 'berat',lebih banyak,lebih susah dan yang pastinya lebih memeningkan kepala...Fasa ni setiap pelajar akan menempuh setiap madah(subjek) yang digeruni turun temurun iaitu Al-Quran..Bukannya apa..untuk subjek ni para pelajar dihendaki menghafal juzuk atau surah yang telah ditetapkan untuk tahun atau furu' masing2..Jika final year ini untuk furu' Iskandariah dihendaki menghafal 6 surah iaitu Surah Yassin,Soffat,Sod,Zumar,Ghafir dan Surah Fussilat..Imtihan nanti..Al-Quran akan ada ujian bertulis(tahriri) dan juga ujian lisan(syafawi)...Inilah subjek paling susah buat saya....
Tekanan pada fasa ini pun banyak..pelajar tahun akhir selalunya akan membuat planning seperti melawat tempat2 menarik sekitar Mesir ini,membeli kitab2 yang belum dimiliki,membeli cenderahati untuk dibawa pulang untuk keluarga tersayang dan tak lupa yang mengikuti kursus2 bahasa(mustawar) untuk memantapkan lagi pemahaman mereka....
Krisis kewangan juga menjadi2 pada fasa ini,..maklumlah..bagi mereka yang mendapat bantuan zakat dan pinjaman,mereka boleh tersenyum,tapi bagi mereka yang tidak mendapat bantuan mana2 pihak..keadaan ini sungguh memeritkan...
Rasanya di mana2 IPT di dunia ini,student final yearlah yang akan dipandang tinggi dan dihormati..mungkin kerana ilmu atau pengalaman yang mereka miliki...namun diri ini merasa cukup kerdil,terasa tidak punya apa2..terlintas di fikiran,apa yang hendak dibawa balik ke tanah air tercinta...
Namun yang pasti,segala dugaan,ujian dan masalah yang silih berganti..InsyaALLAH..telah mematangkan diri serta menguatkan diri ini,lebih tabah dan lebih cekal dari dulu...Setiap kesulitan pasti ada kesenangan...seperti firman ALLAH Taala yang bermaksud

(( ......ALLAH kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan...))
(At-Thalaq:7)

InsyaALLAH..semua ini akan ada ganjaran disisiNYA..harapan agar fasa ini membawa seribu rahmat dan nikmat buat insan yang serba kekurangan ini.....
Ingin membawa balik mejayaan buat family tercinta...ingin berbakti pada agama dan masyarakat....
Final year membawa seribu rahmat buat pelajar bergelar wanita disini....bagi yang sudah mengikat tali pertunangan sudah semestinya merancang untuk membentuk bait Muslim selepas tamat belajar..agar hubungan lebih diredhai ILAHI....hubungan suci dan murni yang didambakan sebelum ini...tapi bagi mereka yang masih menyendiri,perhatian mungkin pada kerjaya,keluarga atau sambung belajar....
Mungkin diri ini juga tidak sebertuah orang lain tetapi masing2 ada bahagian masing2..bersyukurlah apa yang ada....
Hidup di perantauan betul2 menguji kesabaran,berjauhan dengan family tersayang,susah dan senang dirasakan berseorangan,rasa dunia ini seolah2 sunyi dan sepi..harapan dan pergantungan hanyalah pada ALLAH...jika pada manusia memang menderita...wanita memang tidak sekuat lelaki,apatah lagi dalam soal hati dan perasaan,namun wanita lebih cekal dan tabah dari lelaki..itu yang pasti....
Apapun final year ini..diri ini akan lakukan yang terbaik..insyaALLAH..segalanya diserahkan pada Yang Maha Kuasa...


(( Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang2 yang paling tinggi (darjatnya),jika kamu orang2 yang beriman)) (Al-Imaran:139)

Sunday, February 04, 2007

Dimanakah Kita?

Program cuti shitta' baru habis(1-3/2/2007)..Alhamdulillah banyak manfaat yang diperolehi.Antara aktiviti yang disertai adalah sukaneka dan daurah.Dalam program daurah ada talk about Syahadatul Haq,Ahamiyah Tarbiah,Amar Ma'ruf Nahi Mungkar dan Haya'.Syukur sekurang2nya cuti terisi dengan program2 ilmiah dan berfaedah.Sebelum tu sempat pergi ke Ma'rod Kutub Ad-Dauli(Pesta Buku Antarabangsa) di Kaherah.
Masa kat sana,rasa ta'jub dengan umat ISLAM yang boleh menghasilkan pelbagai buku dalam semua bidang baik sains,teknologi,sosial,agama dan sebagainya.Tapi sayang..kenapa hingga sekarang umat ISLAM masih diperlekehkan,dihina,dicerca dan diperangi?Adakah kerana kita sebagai umat ISLAM ini mempunyai ilmu tetapi tidak mengamalkan?atau kerana kita tidak diberi keberkatan oleh kerana kita jauh dari rahmat ALLAH Yang Maha Agung?
Terasa diri ini begitu kerdil,mempunyai secebis cuma ilmu ALLAH tetapi tidak berupaya menjadi muslimah sejati dalam erti kata yang sebenarnya...Umat ISLAM sekarang ketandusan tokoh2 ISLAM seperti Sultan Muhammad Al-Fateh,Salahuddin Al-Ayubi,'Amru Al-As,Umar Abdul Aziz dan juga tokoh2 lain yang berkaliber.Mereka cukup disegani dan berkaliber di zaman mereka(selepas zaman RAsullullah dan para sahabat)kerana mereka taat dan patuh pada ajaran ISLAM yang sebenar.Mereka cukup menjaga sesuatu perkara dari yang sekecil2nya hinggalah pada perkara yang sebesar2nya...Tetapi kita umat ISLAM sekarang..terlalu mengambil mudah pada semua perkara,baik soal pemakanan,pakaian,pergaulan,perkahwinan dan lain2 lagi.
Yang paling menyedihkan bila kita sebagai umat ISLAM ini sudah tidak dapat membezakan antara baik dan buruk.Budaya couple,rokok,adat bersanding,riba(faedah,bunga),ikhtilat,rasuah,konsert mungkar,hiburan melampau dan pelbagai lagi,perkara ini jelas bertentangan dengan hukum ISLAM tetapi sudah dipandang biasa oleh masyarakat kerana sudah sebati dlam diri mereka.
Masyarakat kita terlalu jahil,keadaan masyarakat sekarang seumpama masyarakat jahiliah lampau..tiada arah,pedoman dan tujuan malah kita mungkin lebih teruk lagi kerana ianya berlaku di saat kita sudah menpunyai Al-QUran dan As-sunnah...sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud
'' Tidak aku tinggalkan kepada kamu kecuali 2 perkara,selagimana kamu berpegang kepadanya,kamu tidak akan sesat buat selama2nya,iaitu Al-Quran dan As-sunnah"
Saya juga teringat satu hadith Nabi s.a.w yang bermaksud" ISLAM itu asalnya dagang(asing) dan akan kembali dagang"
Yaa...ISLAM sudah kembali dagang(asing)..lihatlah disekeliling kita..mereka yang patuh dan taat dengan ajaran ISLAM yang sebenar dihina dan dicerca,tapi yang jelas2 melakukan kemungkaran dan kerosakan disanjung dan dipuja.Yang mendedahkan aurat dikatakan cantik,lawa,jelita dan moden tapi yang menutup aurat dipanggil kolot,jumud,hodoh dan pelbagai lagi.Timbul pula slogan2 dan cakap2 yang mengarut dan memeningkan kepala seperti 'No Women No Cry'(pengamal homoseksual).'Tak kisah tak de dara/teruna,zaman dah moden' (pengamal seks bebas)'Muda hanya sekali..enjoyla..'..serta ratusdan kata2 yang hanya bersandarkan akal yang sempit dan nafsu semata2..
Belum termasuk dengan murtad,pengikut ajaran sesat,fahaman ISLAM yang salah-ISLAM Liberal,Sekular dan lain2 lagi...ISLAM diserang dari pelbagai bentuk dan penjuru,sama ada dari mereka yang mengaku ISLAM(padahal munafik) dan juga dari kafir harbi(yang terang2 ingin menghancurkan ISLAM)
Ayuh..renunglah diri kita...dimana kita sekarang?Sama2 muhasabah diri kita,dari mana kita datang dan kemana kita hendak pergi?Tidak teringinkah kita menjadi sebahagian dari jundullah?Menjadi pewaris para nabi?meneruskan dakwah para anbiya' dan ulama'?Lupakan kata2 'Aku tak layak','Aku bukan pelajar agama' dan seumpamanya kerana dakwah itu adalah tanggungjawab seluruh umat ISLAM,pada yang tahu,bukan pada penuntut ilmu agama sahaja.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud..''Sampaikan dariku walau satu ayat"
Jalan ke syurga itu penuh dengan onak duri,namun penyudahnya nikmat yang tidak terhingga..jalan ke neraka ditaburi bunga -bungaan,namun kesudahannya cukup menyeksakan..fikir2kan...