Cinta ILAHI Cinta Utama

Wednesday, April 25, 2007

Fatrah Imtihan.....

Jadual imtihan faslu thani dah keluar..debaran makin terasa....kalau tahun lepas,seminggu imtihan hanya untuk dua madah(subjek),tapi tahun ni imtihan seminggu 3 subjek...masa tengok jadual..rasa nak pitam pun ada...hehehhe...sebab selang sehari je untuk imtihan madah berikutnya,macam nilah kalau belajar..pengalaman2 lepas membuatkan diri kadang-kadang tak yakin,namun dalam masa yang sama cuba kuatkan azam dan kuatkan usaha....
Masa ni semua sibuk dengan kelas tuisyen,sama ada belajar dengan orang arab atau belajar dengan pelajar Melayu....nak lihat muka ahli bait pun susah..hehehe...masa fatrah imtihan ni jugak betul-betul menguji kesabaran,dengan tension dan stressnya,innaALLAHa ma'assobirin...insyaALLAH...
Madah yang agak susah untuk imtihan kali ini adalah madah Qodhoya,belajar mengenai hakikat kematian otak,so banyak istilah2 perubatan yang yang sebelum ini tak pernah dengar dan tahu,kena hafal...tapi inilah madah paling mencabar selepas madah Al-Quran...selepas Qodhoya ialah Usul Feqh kerana untuk madah ini kena hafal dan faham banyak istilah2 feqh yang digunakan oleh ulama'2 feqh..begitu juga dengan Feqh Muqarran kerana subjek ni kita kena ingat perbahasan ulama2 antara mazhab untuk mengeluarkan sesuatu hukum....insyaALLAH..jika niat belajar adalah lillAHITAALA...ALLAH akan permudahkan....
Fatrah imtihan nilah makan tak kenyang,tidur tak lena...yelah asyik terbayang nota2 dan kitab2 yang berlambak2 nak kena baca dan hafal....apapun...doakan kami semua disini..penuntut-penuntut di perantauan...oh ye..time ni jugaklah asyik terbayang-bayang wajah-wajah keluarga tersayang....
Robbuna Yusahil..Robbuna Yunajah.....

Jadual Imtihan

19/5/2007 : Qodhoya
21/5/2007 : Usul Feqh
23/5/2007 : Feqh ( Mazhab Syafei)
26/5/2007 : Hadith
28/5/2007 : Qoah Bahas Qodhoya
2/6/2007 : Feqh Muqaran
6/6/2007 : Quran Tahriri (Bertulis)
7/6/2007 : Quran Syafawi ( Ujian hafalan)

Saturday, April 21, 2007

Indahnya Ukhwah Kita

Kehidupan kita di dunia ini tak lepas lari dari berteman...tak mungkin manusia seperti kita yang serba lemah ini mampu hidup berseorangan tanpa teman...Nabi Adam a.s ketika di syurga juga memerlukan teman...walaupun syurga merupakan tempat yang indah dan serba menyenangkan hati...namun tanpa teman hati baginda juga sepi dan sunyi......
Kehidupan di perantauan yang serba mencabar ini, sahabat adalah keluarga dan juga teman....walaupun tidak dinafikan karenah mereka kadangkala atau selalunya menyebabkan diri dilanda tekanan...namun kehadiran mereka selalunya juga menyebabkan diri kita rasa disayangi dan diperlukan....saling tolong menolong,bantu membantu dan saling nasihat menasihati.....
Indahnya bila ukhwah ini adalah berdasarkan ALLAH semata2....bukan kerana satu negeri,satu negara,satu kampung atau atas sebab-sebab yang tertentu.....ada seorang sahabat saya yang berbangsa Arab selalu mengingatkan diri saya...jika ada apa-apa masalah dalam pelajaran atau masalah lainnya....jumpalah dia..sebab kata beliau dia menyayangi saya kerana ALLAH....(innihibbuki fillah)...kata beliau.. disini saya yatim piatu...tiada keluarga....jadi saya boleh harapkannya....
Saya amat bersyukur kerana ALLAH sentiasa menemukan saya dengan sahabat yang baik...walau memang tidak dinafikan adakalanya kita diuji dengan mereka yang menpunyai maksud tersirat dihati...atau mereka yang tidak ikhlas dalam persahabatan......moga mereka yang ikhlas ini sentiasa menemani perjuangan hidup kita walau dimana kita berada...indahnya uhkwah kita jika segalanya adalah kerana ALLAH........

Thursday, April 12, 2007

Imtihan Faslu Thani

Lama tak update blog ni....sejak dua menjak ni busy sikit...dengan tuisyen dan kuliah...tak lama lagi imtihan faslu thani pulak....bermula dari 15/5/2007 imtihan untuk madah takhalluf....kalau nak imtihan je mulalah tak senang duduk....dok pikir buku-buku yang nak ditelaah...minggu depan pulak start kelas bahasa...ambil kelas untuk hiwar (perbualan)nak improvekan bahasa arab fushah(standard) dan ammiah(pasar)...

Moga dalam setiap apa yang dilakukan ada ajrun yang menanti....dan moga-moga setiap usaha ada pengakhiran yang menggembirakan..apa pun yang dilakukan....pergantungan pada ALLAH Taala yang paling penting.....kerana perkara baik dan buruk hanyalah DIA yang menentukan dan kita hanya berusaha.......

Bittaufik wannajah khususon ila azhari wa azhariah......innALLAHa maana..insyaALLAH....